Followers

Wednesday, July 6, 2011

Roadblock


Salam

Selama aku dapat lesen and bawak kereta selama 5tahun ni, tak pernah aku kena tahan dengan polis or JPJ. Setakat lalu and pura-pura senyum yang agak tak ikhlas then pecut. Tak pernah pun lesen aku kena check. Dan agak berlagak jugak la kalau ade roadblock tu. Maklumla, aku ade lesen. Buat pe nak takut. Nak tengok,tengok la lesen aku. Hehe. Lagi satu aku agak annoying la kalau tengok JPJ tu. Kalau nak tau Farhana Roslee adalah seorang yang anti JPJ. Adalah peristiwa hitam sikit yang berlaku dulu menyebabkan aku anti JPJ.

Namun, langit tak selalu cerah.  Haha. Lesen aku ditakdirkan mati 22 Jun yang lalu. Gara2 sibuk dengan final presentation, aku jadi lupa nk renew lesen aku. So selama 3minggu sebelum ni aku memandu secara haram la.

Nak dijadikan cerita, semalam masa balik dari kerja, ada satu roadblock JPJ kat Jalan Kuala Ibai. Kt situ memang selalu ade roadblock time petang2. Tapi dah tertulis bahawa pada hari itu, aku harus lalu jalan tu. What can I do? He.

Selalunye kalau roadblock,takde la sampai tahap beratur panjang. Lalu,senyum sikit,blah. Kalau kereta la. Nak2 yang pompuan cam aku ni bawak. Mind set aku dari dulu roadblock hanya untuk motosikal and lorry. So, bawak kete takyah takut. Sebab tu aku relax2 je kalau ada roadblock.

Tapi semalam berbeda. Dah la beratur lama. Tengok kat tepi banyak kereta and motor yang kena tahan. Aduhh.. Tak kan nak check lesen jugak. Tiba2 rasa nebes. Otak dah berpusing ligat. Fikir camne nak berlakon nanti. Camneni2?? Mula la baca surah2 yang kuingat. Doa banyak2 supaya pegawai JPJ tu lembut hati denganku and lepaskan aku.

Tiba giliran kereta depan aku,dia mintak sesuatu. Suddenly, pegawai JPJ tu suruh ke tepi. Aduh..lagi la nebes aku ni. Tekan cluch pun dah terketar2,Parkinson. Ya Allah selamatkanlah aku! Lepas ni aku janji aku pergi renew lesen. Aku tak nak berlagak dah kalau ada roadblock.Aku janji aku tak anti JPJ lagi dah. Ampunkan aku Ya Allah…

Sampai je turn aku, aku cuba senyum seikhlas, selebar dan semanis yang mungkin kepada pegawai JPJ tu. Tunduk kepala sikit tanda hormat. Sebelum2 ni hagham la aku nak buat semua tu. SUDDENLY lagi, JPJ TU BAGI SIGN SURUH PERGI!! FUHHHHH~ WHAT A MIRACLE AGAIN HAPPENED TO ME!! Rasa kan ,nak turun kereta la tu jugak buat sujud syukur.

Then aku tengok la kenderaan belakang aku. Pegawai JPJ tu suruh berhenti and mintak something. Aaaa.. Syukur3 kepadaMu Ya Allah kerana menyelamatkan duit aku.

Moral of the storey, jangan kedekut pitih duit nak sambung lesen. Ni tidak,jadi dulu baru nak menyesal. The most important thing, He always listens to your doa not matter wherever you are. So jangan sesekali melupakan Dia yang tak pernah melupakan kita. Sekian ~

4 comments: