Salam,
Sungguh panas malam ini. Tidak tahu apa patut dibuat.
Tiba-tiba fikiranku melayang jauh teringat zaman sekolahku dahulu kala. Boleh dikatakakan
hampir separuh hidupku, aku dibesarkan bersama kawan-kawan. Aku telah dihantar
ke asrama penuh seawal usiaku 14tahun. Di saat kanak-kanak seusiaku ketika itu
masih mengharapkan ibu diorang membasuh pakaian dan kasut sekolah mereka.
Mengharapkan ibu diorang mengemas tempat tidur , bangun pagi dengan pakaian
yang sudah bergosok, kemudian terus duduk di meja makan dengan hidangan yang
sudah tersedia sebelum pergi ke sekolah. Sebelum ke sekolah peluk cium mak abah
dulu.
Tapi tidak kepada aku. Sejak aku dihantar ke asrama penuh,
semua benda aku terpaksa uruskan sendiri. Basuh baju sendiri. Bukan setakat
baju sekolah,tapi semua baju termasuk ‘adik2’ kena basuh pakai tangan. Nasib
baik time sekolah dulu aku pakai kasut hitam. Jadi tak payah basuh kasut. Yey
dah kat situ. Pastu bangun pagi tiada lagi suara merdu bunda, sebaliknya suara
orang mengaji dan berzikir mengejutku bangun subuh seawal 5 pagi. Kalau dulu
630pagi sempat lagi bangun, tapi masuk asrama, pukul530 pagi tak bangun lagi
alamatnya crowded la toilet tu. Then tertinggal jemaah. Rugi.
Selalunya pelajar perempuan takde masalah bangun pagi. Tapi
kalau lelaki tu siap kena ghodang pukul dengan rotan lagi dengan warden
atau PK HEM. Sebut pasal rotan, aku mengenal erti rotan semasa aku tinggal di
asrama. Sebelum itu,badan aku suci dari rotan. Abah aku tak pernah pukul aku
pakai rotan. Mak aku pernah kot. Sebab mak aku lagi brutal dari abah aku.
Teringat masa kecik2 dulu,aku dan adik kacau dia sembahyang,dia kurung kami
dalam bilik air pada waktu malam sampai dia siap sembahyang. Dulu bilik air kat
tanah beb. Atap terbuka. Nampak hutan. Gelap..Takut beb..
Sambung kembali, kena rotan adalah perkara biasa kepada
pelajar asrama. Budak baik macam aku pun kena rotan. Haha .Tak. Aku tipu. Aku
jahat masa sekolah dulu. Aku pernah kena rotan sebab tidak menghadiri kelas
tambahan. Aku juga pernah dirotan sebab cadarku tak tegang. Ulang lagi sekali, dirotan sebab cadar tidak
tegang. Kesian kan budak asrama. Banyak lagi la aku kena hukum. Kena buat entry
khas pasal ni. Kalau tak tahan takkan boleh hidup kat asrama.
Pastu sebelum pergi kelas,tiada lagi tangan kasar abah dan
tangan halus bunda nak cium. Yang ada hanya leteran kasar oleh pengawas2 dan
warden2 pasal perkara yang sama setiap pagi kat roll call sebelum bergerak
secara jemaah ke kelas.
Sebab itula zaman sekolah menengah,aku sangat anti prefect. Sekolah rendah tak,sebab aku pengawas.Aku
tak suka pengawas. Menyampah! Disebabkan seorang pengawas, aku benci semua
pengawas. Sori ye kepada pengawas2 sekolah ku dulu. Walaupun hampir semua budak
kelasku dulu adalah pengawas. Even kawan baikku sendiri adalah pengawas. But
prefect is prefect! Friend is friend! Cey wah macam dalam KL gangster pulak. Tu dulu la.. Sekarang takde lagi dah.
Tapi tak semua pahit tinggal kat asrama ni,ada manisnya
juga. Malam hujung minggu adalah paling best. Boleh buat pesta dalam bilik.
Yela hari sekolah sekor semut pun tak boleh nampak berjalan atas lantai. Apatah
lagi tahi hidung. Hujung minggu la boleh sepah2 kan bilik pun. Salunya tiap
hujung minggu kami akan bentang tilam kat bawah. Kami tidur berjemaah. Ingat
solat je ke boleh berjemaah. Kat asrama
semua benda kena berjemaah tau. Even nak erk2 pun kitaorang berjemaah. Sebelum
tidur,macam2 la nak sembangnya. Topik yang selalu digemari oleh pelajar wanita
ialah gosip2 pasal lelaki. Selalunya abang2 senior la yang menjadi mangsa .
Hehe. Sorry kawan2, aku terbocorkan rahsia wanita kita.
Dah menjadi rutin kami, light off je, kami tidak terus tutup
mata. Kami akan sembang2 dulu. Sampai tertidur sendiri. Seronoknya masa itu..
Sampai satu masa, ada satu cerita tersebar. Kita tak boleh sembang2 dah dalam gelap.
Sebab pernah terjadi kat sebuah sekolah
ni, pelajar2 perempuan nya suka sembang dalam gelap sebelum tidur,pastu tiba2 ada
suara lain yang menyapa. Ni cerita je la. Sohih atau tidak wallahu’alam. Lepas
tersebarnya cerita ni,kitaorang terus tak berani sembang dalam gelap. Kelakar
kan. Macam mak tengah takutkan anak2 nya
yang masih kecil yang tak nak tidur malam.
All and all, hidup di asrama ni telah menjadikan aku seorang
yang berdisiplin, berdikari, pandai mengurus masa dan menjadikan aku seorang yang
matang yeke matang?. Bila dah masuk U,aku tidak lagi kekok. Aku boleh
berdiri di atas kaki sendiri. Tapi satu je, perlu ada kawan. Kalau kat rumah
kita ada family. Kat hostel kawan2 la family aku.
Dah penat bebel sorang2. Kena light off pulak. Chow~
giler skima cadar pun kene tegang
ReplyDeletehehe..biase ar tu..sapa skrg aku apply lagi mende tu..
ReplyDeletehoii! kutuk prefect.. kampung punye fana. haha
ReplyDeletesee, masih terkesan didikan cadar tegang by pengawas kat skolah dulu kan.. karang nk kna didik anak2 gitu plak..