Followers

Monday, July 18, 2011

Habis Praktikal

Salam.

Ni adalah entry pertama selepas tamatnya prektikal selama 32minggu atau 8bulan. Lama tak? Eh, tak... tak lama pun. Rasa semalam baru je rasa cuak nak pegi lapor diri masuk keje. Macam yang ni ha. Tup tup dah dapat certificate Nur Farhana Roslee has successfully completed her internship at Mohd Asbi & Associates for eight month. Alhamdulillah. Dah boleh jadi engineer dah. Haha.

Gembira memang la gembira dah abis intern. Tak payah bangun pagi pagi lagi gosok baju. Mekap2. Drive jauh2. No more benda2 yang memenatkan ni. Tapi, dah abis, rasa macam satu kehilangan. Bosan. Biasa la,manusia tak pernah puas.

Orang lain dah abis intern, pergi melancong sana sini. Ada yang pergi pulau kapas mencandat sotong, pergi Singapore la, ada yang datang Terengganu la, yang bawak buah hati pergi Cameron la, yang jadi model la. Oh, nampk sangat aku stalk orang kan. Haha. Macam2 lagi la. Tak cemburu . Tak cemburu.


Aku pula,

  1. Kembali menjadi Lisa Surihani. Hehe. Tak la, now I'm becoming Farhana Surirumah. Nasib baik la ada part time job yang ni. Takde la bosan sangat bangun pagi jemur baju, sapu sampah, kemas rumah,masak, fesbuking and so on. Siapa nak tempah kek coklat mesej aku ya.
  2.  Cuti 2 bulan ni aku berazam akan turunkan kembali berat badan. Aku nak jadi wanita normal kembali. Oh, bukan pegi jogging tiap2 pagi. Tidak sama sekali. Aku tak suka jogging2 ni. Tak suka lelaki jogging belakang aku. Lelaki kan suka jogging sambil minum air. Ops! Sorry.. Padahal memang malas.
  3. Aku akan pulihkan kembali kulit kulit yang rosak akibat berjemur kat site.
  4. Habis pektikal juga, aku dapat job baru, aku jadi penggubal soalan SPM. Haha. Tolong abah je sabagai penggubal soalan. Ha nak tau soalan bocor cepat sediakan pengeras. Hehe. Bukan semua soalan la. Soalan yang abah aku ngajo je. Sebab dah ada terima mesej mintak aku kumpulkan contoh2 soalan SPM. Hahaha. Sorry ye abang2 dan kakak2, adik tak buat semua tu..
  5. Ni yang paling menyampah, abis pektikal, berhempas pulas kena buat report. Nak muntah dah buat report. Walaupun due date 5 Ogos nanti, tapi kena siapkan awal2. Nanti nak kena hard bound lagi sebelum kurier ke UTP. Pastu nanti nak pergi Paris lagi jumpa abang. Abang betul okey. Bukan 'abang'. Nak tak nak kena siapkan by next week. Janji pada dirimu wahai Farhana.
Oh aku dah sebut pasal report,jadi aku kena stop. Terngiang ngiang kat telinga ni Si Kecilku reportku memanggilku. Mama..mama... cepatla siapkan ku..

Sekian saja..



Nota kakiku : Tugasan untuk Liyana Rais, ko aktifkan ayat pasif di bawah ye.

Si gendut

Liyana, aku tak rindukan ko. Kalau ko tak sayangkan aku, tak yah la datang la sini. 

7 comments:

  1. Pehh..Cuti 2 bulan dah bermula.. [jeles]

    ReplyDelete
  2. "Tak suka lelaki jogging belakang aku. Lelaki kan suka jogging sambil minum air"

    pakai je molek skit..

    ReplyDelete
  3. molek ke dok molek ke memang kat situ tumpuan mata lelaki. pakai telekung sembahyang pon tengok.
    ye dak?

    ReplyDelete
  4. haha..aku baru nk komen yau da komen..baru nk tanye cane la joging smbil minum air..xtersedak ke ape?rupenyer mksd laen..haha..LOL

    ReplyDelete
  5. eley pojie..
    sudah gaharu cendana pule..

    ReplyDelete
  6. bg r aku pluang skali skale nk jadi innocent..haha

    ReplyDelete