Salam
Blog diabaikan seketika gara-gara menyiapkan final report internship. Entry ni pun dah lama draft,tapi tak siap2 sampai lah hari ini.Sampai dua2 mata dah jadi macam mata panda dan terpaksa habiskan RM25 jumpa doktor. Doktor cakap mata aku terkena jangkitan kuman dan mata terlalu penat mengadap laptop lama2.
Tapi aku harus memandang sakit mata ku ini dari sudut positive. Mungkin Allah bagi mata aku sakit sebagai kifarah dosa2ku. Sebagai balasan apa yang telah aku lakukan kepdaNYA. Mungkin selama seminggu ni,aku terlalu taksub dalam menyiapkan reportku. Makan ku entah ke mana. Kesihatanku entah ke mana. Aku dah lama tak menjenguk tok dan tok ki aku sebab report ni. Dan yang besar adalah aku telah mengabaikan Dia. Beberapa hari ni aku rasakan solatku tidak kusyuk, asyik memikirkan pasal report, repot, report. Aku juga sering melewatkan solat dalam seminggu ni. Pernah sekali tu kat ofis, sebab nak kejar masa, lepas solat aku tadah tangan, then aku doa. “Ya Allah, Maafkn aku. Macam biasa la Ya Allah” . Terus aminkan doa. ASTAGHFIRULLAHALAZIM.. Ampun kan aku Ya Allah.
Lihat betapa manusia amat mengejar dunia kan? Oh Ya Allah,lagi sekali aku alpa dengan nikmatMu. Ampunkan dosaku Ya Rabbi.
Tapi itulah. Inilah lukisan alam. Ramai di antara kita hanya bersungguh-sungguh melakukan perkara duniawi. Akhirat, kita hanya memandang remeh. Ramai antara kita belajar bersungguh2 untuk menghadapi final exam sebab nak CGPA tinggi. Tapi berapa ramai antara kita yang bersungguh2 bangun malam nak ‘4flat’ kat akhirat kelak?
Same je dengan cerita aku di atas. Bab report bukan main pulun lagi. Tapi seruan Allah aku abaikan. Jangan jadi seperti ini. Berdosa. Ampunkan aku Ya Allah..
____x____
Azamku untuk Ramadhan kali ini:(ni antara yang kritikal je la)
- Kurangkan berfb.
- Kurangkan tido.
- Banyakkan mengaji.
- Banyakkan bersedekah.
- Tidak mahu tinggal Terawikh
- Banyak diam dari bercakap.
- Puasa penuh di rumah sendiri. Hehe.. (FYI, inilah kali pertama aku berpuasa penuh kat rumah sejak form 1 dulu)
p/s: Maafkan segala khilafku wahai sahabatku.
konfem y ketujuh tuh xkn berjaya..kekeke
ReplyDeletepandai2 je die buat kesimpulan..
ReplyDeleteaku maksodkn aku menyambut ramadhan kat kampung halaman..not the 2nd thing that u think.
pehe?
kekeke..mane r aku tau ko mksd kn camtuh..that is the 1st thing me thinking..LOL :P
ReplyDelete