Followers

Wednesday, December 28, 2011

Bila Engineer Turun Dapur 2

Salam

Bertemu kembali kita dalam rancangan Bila Engineer Turun Dapur2. Hahaha. Ni bukan  nak gebang kat masyarakat aku turun dapur ya. Saja suka2. Nanti setiap kali aku lapar, biar aku bukak je blog ni. Mungkin dapat menghilangkan rasa lapar aku. Mungkin juga nanti aku dah kahwin, aku lupa cara nak masak or tak tau nak masak apa, aku bukak je blog aku, belajar balik.. walaupun aku tak bagi tau cara2 nak membuatnya, at least I have some idea to campak2 nanti. (masuk akal ke reason aku??)

Breakfast and lunch aku hari ni, Ayam Masak Halia, Sayur Campur Goreng, Jus Oren Tesco dan Kicap Adabi! Simple jerrr kan. Masakan orang bujang, biasala. (Abes la,tak de dah la orang nak kawin ngan aku lepas ni) Aku tak kisah simple pun, asalkan kenyang. Makan untuk hidup kan. Bukan hidup untuk makan. Hehe. Makan mesti secukupnya je.. ayat sape ntah ni.


Sihat dan berkhasiat tak??

Sayur Campur Goreng. Sedapp! tak tipu..

Ayam Masak Halia

Sejak bergelar final year ni, kami rajin turun ke dapur. Walaupun tengah sibuk dengan tests, assignment, projek dan sebagainya. And I did realize something, Cooking is actually a good therapy for me indeed! And dengan memasak ni juga, kami sebenarnya sedang memajukan TESCO SRI ISKANDAR yang baru dibuka bulan 11 yang lalu. Sebab semua barang mentah kami dapatkan di sana. Kalau hari2 kami masak, tak lama lagi TESCO-TESCO lain tutup kedai la...

Ok,perut dah kenyang, cuaca dah menggoda, mata mula layu...sehingga bertemu lagi dalam rancangan Bila Engineer Turun Dapur 3!

Saturday, December 3, 2011

Berkhatan VS Beranak

Salam

Ok,siapa yang dah sunat je boleh baca. Siapa yang belum, AWAS! 

Bagi yang tak tau, Sunat or Khatan adalah perkara yang wajib dilakukan oleh setiap lelaki Muslim. Nak tau lebih lanjut google la sendiri. Malu la kalau aku yang kupaskan. Malu, buat jugak entry pasal ni kan. Hehe. Aku tau pasal khatan ni pun masa zaman terbitnya komik anak2 sidek dulu. Aku dulu peminat setia komik ni kot. Setiap keluaran aku beli.

Dalam salah satu keluaran komik ni, ada menceritakan pasal kisah Ajib (Razif Sidek) yang ingin berkhatan. Dalam tu ada la gambar yang dia tunjuk. Ha! Bukan gambar tak senonoh ye. Bun (Misbun Sidek) ni suka takutkan si Ajib ni. Dia bagi gambaran kat Ajib  kalau orang bersunat macam mana. Ada batang pisang.. Ada tok mudim sedang asah pisau rambo nya... Pastu ada tempurung... Aku yang baca je pun jadi seghiau membayangkan. He.. Waahh,sampai sekarang aku ingat doe. Suruh baca buku Building Design xde pulak nak ingat macam tu kan. 

Sejak pada itu la aku pon set mind aku ni macam tu setiap kali kalau aku dengar pasal khatan ni. And aku selalu guna point ni nak takutkan abang and adik2 lelaki aku. Sekarang tinggal sorang lagi yang belum bersunat iaitu adik bongsu aku yang gambar dia kat tepi ni. Adik aku sorang ni pelik sikit. Muka je ganas,tapi penakut. Kat sekolah, dia selalu cakap dia la gangster sekolah. Semua orang takut dengan dia. Siap ade bodyguard bagai. Ni apa yang dia cerita kat aku la.Tapi hakikatnya, tidur sekarang pun masih dengan mak ayah aku. Gangster la sangat.

Tibe part sunat je,terus biru muka dia. Aku  selalu takutkan dia if dia tanya sunat tu cam mana. " Sunat tu kan macam ni, nanti tok mudim tu kerat macam kite potong batang pisang. Zassss!" sambil buat gaya yang agak extreme. Terus adik aku buat reaksi yang betul2 ." AArrrghhhh SAKITT!! xboh sunat la gini! Nak sunat umur 30 la".


Ni la azim my adik bongsu yang sangat nakal bersama anak saudaranya.


Untuk pengetahuan, esok lusa adik aku ni bakal menamatkan zaman kanak2 nya. Nanti dia nak jadi lelaki dewasa dah. Hehe. Yang peliknya kan, 2,3 hari ni dia selalu call aku pakai hp mak aku. Motifnya, pertama,nak suruh doakan dia bersunat dengan selamat. Aku tau die tengah berdebo tu. Dengar pada suara nya la.

Kedua, die nak mintak pengeras. Dah jadi tradisi setiap kali ada orang khatan, mesti kena bagi hadiah/duit/mainan/apa2 saja lah. Adik aku sorang ni pulak dia mintak aku hadiahkan dia PENDRIVE 8G. Tak paham aku dengan adik aku sorang ni. Orang lain sunat,mintak psp la, kereta control la, dia nak PENDRIVE 8G??? Apekah? 

Katenye pendrive 8g untuk bahagian POTONG. Basikal fixie untuk bahagian TAHAN SAKIT. PSP untuk bahagian cucuk ubat bius. Hmmm, ni la beza budak sekarang ngan dulu. Eh tak,ni la beza lelaki bersunat dengan perempuan beranak. Aku wonder la, sakit sangat ke sunat tu sampai nak basikal fixie,psp? Orang beranak bagi biskut je. Siap suruh aku amik cuti lagi tengok die sunat. Eerrrk.. 

Doakan adik aku selamat ye. Takde kan doktor yang salah potong. Bimbang jugak aku ni.



Thursday, November 24, 2011

Bila Engineer Turun Dapur

Salam

Di saat orang lain bertungkus lumus struggle for their final year, aku masih sempat mencuri sedikit waktu yang Allah bagi untuk mengasah bakat di dapur. Haha. Jangan kagum sangat ye. Aku bukan lah dikategorikan seorang yang sangat pro di dapur. Sekadar mengisi masa lapang dan mereleasekan tension,boleh la..

Lagi satu mak aku selalu comparekan antara aku dengan dia masa zaman anak dara dia dolu2. "Mak dulu,umur 12tahun dah reti masak gulai,masak lauk.." Sebagai nak sahut cabaran mak itu, aku selalu la jugak turun ke dapur menjelang umur dah 20-an ni kan. Tapi kan,mak aku ni,kalau aku turun dapur,mesti benda yang sama dia suruh aku buat. Basuh pinggan and tumbuk sambal belacan. Tu je.

Ayat yang selalu aku guna masa tumbuk sambal belacan, " Belajo tinggi2,suruh tumbuk sambal belacan je mak??" Kalau kena basuh pinggan pulak " Macam mana la Ana nak pandai masak mak, asal turun dapur je mesti suruh basuh pinggan je".

Tak kisah la kan, nak belajar masak ni,mane2 pun boleh blajar kan. Yang penting keinginan mesti kuat. Tambah2 final year ni duduk satu rumah dengan housemate yang gemar memasak. Lagi la bertambah skill2 memasak kami kan. Jangan ada orang order sudah la lepas ni. He..

Hari ni kami telah memasak sambal ikan bilis pedas. Sambal ni sangat sedap di makan begitu sahaja dengan nasi yang panas2. Cicah roti pun sedap. Makan camtu je pon kiteorang boleh abiskan. Tapi sambal ni tak elok untuk orang yang menghidapi buasir. Takut terkeluar je buasir tu nanti. Hehe. Dan ini lah hasilnya bila engineer turun dapur.



Sambal bilis pedas

Cara nak buatnya senang je, pakai ikan bilis, 4biji bawang besar, segenggam cili burung dan garam. Lepas tu,masak pakai minyak. Tuje..Senang kan? Ni cubaan kali kedua,masa kali pertama buat dulu tak berapa pedas. Yang ni better sikit la. Dan lagi sedap. (Aku tak masuk bakul angkat sendiri tau, ini betul2 sedap) Mungkin hasil penat lelah Mareney menumbuk bawang dan cili kot. Dan mungkin Mareney menumbuk dengan penuh kasih sayang kot. Mungkin lah.


Last word from me, ingat engineer tak reti masak ke?? haha..

Monday, October 31, 2011

Kisah Lelaki Ego


Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju je Johor Bharu melalui lebuhraya. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Perak katakan. Sesampai mereka di perhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Setelah berehat agak lama, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB. Lebih kurang 15 minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,

Isteri: "Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!"

Suami: "Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la. Cermin mata tu pun awak tak boleh nak jaga. Nak pusing balik lagi, kena bayar tol lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni."

Si suami terus membebel sepanjang jalan manakala si isteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamanapun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter. Bila sampai di tempat tadi si isteri turun tergesa-gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal. Tiba-tiba si suami memanggilnya semula.

Suami: "Nak pergi mana?"

Isteri: "Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!"

Suami: "Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!"

Isteri: *&^%^(##$!!!

Moral of the story: Tak luak pon kalau turunkan sikit ego tu.

Wahai Muslimah..





Mode: Rindu bunda. I know she really need me right now. Bunda, kita sama2 bertabah ye.

Thursday, October 27, 2011

Jauh perjalanan..

Salam.

Insyaallah malam ni aku dan 14 orang lagi coursemateku akan bertolak ke Johor untuk site visit for our Civil Engineering Project. Hopefully everything will run smoothly as planned. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan pulang.

Ya Allah
Selamatkan lah perjalanan kami
Lindungilah kami semua dari kecelakaan dan musibah
Permudahkanlah urusan kami
Berkatilah usaha kami ini..
Wahai Yang Maha Melindungi lagi Maha Mengetahui..



p/s: Sorry for everything..







Tuesday, October 25, 2011

Jemputan ke Majlis Perkahwinan Saya!

Salam.

Ya. Dah sangat lama aku tak menulis, tangan dan otak terasa sangat lembab. Bukan saja malas nak meng'update', jenguk pun jadi malas. Tak tau la kenapa, tapi rasa malas nak share cerita kat orang sekarang ni. Ok, perkembangan terbaru aku, aku nak kahwin tak lama lagi! Yeayyyy alhamdulillah... :) Statement berani mati gile kan. Terkejut leteww semua. Hehe. Aku tipuu je la. Jangan mare tau..Tajuk kat atas tu pon saje je nak buat suspen. Sebenarnya aku jeles. Yela dah ramai sangat kenalan2 aku nak mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Kat fb tu banyak walimatulurus orang2 yang aku kenal dan sebaya dengan aku.

Macam tak sangka je kan. Eeee dia dah nak kawin! Dia pulak dah ada anak! OMG. OMG. Ape ni. Ape ni? hehe.. Terlalu cepat masa berlalu aku rasa. Rasa nya baru semalam main anak anakan. Mandi sungai dengan budak2 jantan. Main polis entry. Aisshh. Ok,now i should accept the reality, bahawa aku dah besar! Dah masuk awal dewasa. No more childish at this age okay!

"Mak, abah.. anak mak ni dah besar..bile boleh kahwin??"  hehe. Terbayang respon mak abah aku,
Kebarangkalian pertama :PANGG!! (aduhh)
Kebarangkalian kedua : Tak payah nak menggatai,blajo pong xabes lg! (akur)
Kebarangkalian ketiga : Mak abah tak kesah, lagi cepat lagi bagus.. (terapungg,weeee!)

Hopefully kebarangkalian ketiga kan. Hahaha. Dah. Enough farhana!. Wake up! wake up! (tampo pipi laju2) Takpe la farhana, dah jodoh diorang. Doakan je la yang terbaik buat diorang. Aku doakan siapa yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, semoga segala nya berjalan lancar dan semoga uols bahagia hingga akhir hayat. Aminn.

Aku pon tak paham kenapa aku buat entry pasal ni. Aku tak la desperate sangat nak kawin. Haha. Aku tahu banyak lagi tanggungjawab yang aku perlu laksanakan sebelum aku menjadi hak orang lain. Nak kawin bukan macam main kawin2 macam zaman kanak2 dulu. Kan2. First thing first kena jadi matang dulu ye farhana. Hehe. Nanti dah cukup semua ilmu di dada,baru la boleh.... huhu.

To my future husband,yang tidak ku ketahui siapa dirimu, sebelum ku tidur, dengarlah pesananku ini.. Khas buat dirimu seorang.

Wahai calon Imamku yg akan bertakhta di hatiku, jika engkau mengharapkan harta, aku pasti mengecewakanmu, jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti mengecewakanmu, jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti mengecewakanmu, kerana aku hanya wanita biasa dengan ketakwaan yang biasa saja, dan kecantikanku pun tak pantas di perhitungkan, namun aku adalah wanita akhir zaman, yang ingin berusaha menjadi wanita Solehah, yang akan berusaha mengabdi pada Suamiku.. InsyaAllah.. Amin Ya Rabb..

Gudnite..wassalam~





Tuesday, September 27, 2011

Luahan Hati Adik Final Year..

Salam

Aku tak tau kenapa dah empat hari aku di UTP, aku rasa SANGAT BOSAN. SERIUSLY! Mungkin dengan class yang agak sikit Dan asyik cancel.cancel.cancel! Orang baru semangat nak belajar. Dah 10bulan tak mendengar lecture ni tau. Padahal excited nak tengok coursemate baru balik dari internship. Hehe. Seronok. Ada yang maintain. Ada yang berubah. Berubah?? Berubah apa? Haha. Kebanyakannya berubah dari segi 'kecomelan' la. Ramai yang semakin 'comel'. Hehe. Dapat buat kesimpulan, ramai orang naik berat badan waktu intern, termasuk aku. Tetapi, mungkin sebab puasa kot, 'kecomelan' aku berjaya dikurangkan. Buktinya, waktu intern dulu kalau nak butang kain or seluar mesti kena tahan nafas dulu. Habis je intern, tak perlu tahan2 nafas dah. ^_^

Oh ya, kalau dulu suasana malam kat UTP sangat meriah. Dan agak bising. Sekarang aku rasa sangat sunyi. Ditambah lagi duduk di blok paling hujung dunia. Dekat dengan hutan belantara. Pagi2 keluar dari toilet tu, rasa macam berjiran dengan tarzan pulak. Riuh rendah dengan jeritan2 si beruk,kera or orang utan kat hutan tu. Ada ke orang utan? haha.Rasa macam duk dalam zoo pun ada. Nak keluar toilet pon rasa tak selamat, takut beruks sekodeng. Hu..

Lagi satu, sekarang ni hanya tinggal beberapa batch sahaja di UTP, memandangkan banyak batch yang sedang bercuti 4bulan sekarng. Oleh yang demikian, setiap kali pergi kelas, rasa macam budak course aku je yang berada kat UTP sekarang. Yela,kalau dulu balik class penuh je orang. Sekarang dah takde. Sunyi nya!!! Takde dah abang2 senior nak diusha. Haha.

Tapi yang best untuk sem Final Year ni ialah, rumah aku! Aku sangat suka rumah baru yang aku duduk ni. Suasananya seperti di rumah sendiri. Lebih meriah lagi, duduk dengan coursemates sendiri, dengan AKAK farahin, AKAK mareney, AKAK fana, AKAK nadira, AKAK liyana dan aku, adik farhana roslee.:P Kami suka meja kedai kopi kat dapur tu. Tempat kami berkumpul, bercanda ria, makan dan mengeratkan silaturrahim.Insyaallah..Eeee sukenyee.. :D

Tula perbezaan dulu dan sekarang. Sekian sahaja luahan hati dari Adik Final Year.. Wassalam~




Nota kaki: Rindu pule pada bisnes kek coklat dulu.. :(

Saturday, September 24, 2011

UTP??

Salam

Entry pertama untuk sem baru. Secara tiba-tiba aku tak tahu macam mana aku boleh tiba di UTP. Ape perasaan aku?? Bosan dengan suasana ni. Rasa janggal. Pelik. Malas. Dapur kotor. Dan macam2 lagi yang negative. Adakah ini homesick? Sebab dah lame duk bawah ketiak mak? Barangkali YA.

Terlalu bosan hari ni. Nak bersosial dilaman web pon dah malas. Baca paper pun dah malas. Tengok muvie pun malas. Tak tau nak buat ape lagi dah. Makan pun malas. Nak mandi pun malas. Ish virus apa ni!!

Mak, rindu mak... 10bulan masih tak puas..

p/s: sorry la ye,entry xberfaedah pon,saja nak luahkan perasaan.haha



Thursday, September 22, 2011

Lagi2 kecurian..

Salam.

Kebelakangan ini kes kecurian, rompakan, ragutan dan sewaktu dengannya sudah tidak asing lagi bagi kita. Kalau dahulu, kes ragut hanya sinonim dengan spesis kambing, namun tidak lagi sekarang. Manusia durjana itu tiada bezanya lagi dengan kambing. Malah lebih teruk dari kambing. Aku percaya kalau diberi pilihan, mesti si ibu peragut itu lebih rela memilih kambing, daripada memilih anak yang bergelar peragut.

Bila aku terbaca pasal kes ragut je, aku rasa sangat marah.Entry ni pon dibuat selepas baca blog Kalampatah ni. Kalau aku boleh jadi macam supermak tu,dah lama aku hancurkan jadi debu peragut2 tu tanpa rasa belas. Ye. Memang aku buat kalau aku ada kuasa macam tu. Tapi, Allah lebih berkuasa. Siapalah kita ni kan nak melawan qada dan qadar Tuhan. Memang aku tidak maafkan peragut itu sampai mati. Sebab dia la, pengasuh adik aku yang kami panggil 'ummi' merangkap jiran baik kami meninggal dunia. Memang la ajal maut tu di tangan Tuhan. Kami dah redha dengan pemergian dia. Kepada kau wahai peragut, kau terlepas kat dunia ni je,nanti kat akhirat,kau jawabla! Kecik2 taknak mampus,besar2 menyusahkan masyarakat.

Itu kisah peragut yang lebih hina dari seekor kambing yang hanya meragut rumput. Walhal peragut ini bukan sahaja meragut wang, malah turut meragut nyawa manusia yang tidak bersalah. Ni pulak kisah pecah masuk rumah. Adik beradik peragut jugak ni. Masuk ini dah dua kali rumah aku menjadi mangsa Syaitan2 ini. Masa pertama kali, kebetulan aku berada di UTP ketika kejadian ini berlaku. Lebih malang lagi, pencuri itu menceroboh melalui tingkap bilik aku. Bersyukur jugak aku tiada ketika itu, kalau tak mesti dah hilang laptop ni. Hasil yang dia dapat, barang2 kemas bunda termasuk cincin kahwin nya. Kesian bunda.

Kali kedua pula, masa Ramadhan baru2 ini, dua hari sebelum raya. Mungkin nak beli baju raya kot,sebab tu diorang buat operasi. Tapi memang betul,nak dekat raya memang banyak rumah kena pecah masuk kat kawasan aku ni. Tau jugak nak beraya diorang ni kan. Tu bulan puasa tu. Kali ini, hasil yang dia dapat memang lumayan. Sebuah skuter EGO putih yang amat aku sayang. 'TAHNIAH WAHAI PENCURI!!"

Hati memang susah nak redha kalau benda macam ni terjadi. Dalam kepala macam2 fikir. Antaranya ialah : -"Kalaulah aku ade kuasa untuk menangkap pencuri2 itu,aku nak rendam diorang dalam tangki najis"- " Kalaulah boleh dicipta pagar elektrik yang bervoltan tinggi yang boleh membaca niat orang"- dan banyak lagi.. Tapi bunda tidak, "Dari awak cakap benda yang bukan2 baik awak buat sembahyang hajat ke baca yassin ke". Itu kata bunda..

Dan selepas sahur itu juga kami sekeluarga membuat sembahyang hajat dan bacaan yasin. Mana la tau,rezeki kami masih ada. Tapi selalunya, kalau kes kecurian motosikal memang susah nak dapat balik. Sebab mungkin diorang dah tukar semua body ego aku tu.huhu.. Setiap kali lepas solat,aku selalu berdoa supaya pencuri itu lembut hati untuk memulangkan Ego putih aku kembali. Dan setiap kali aku terlihat Ego putih yang sama, mesti aku cakap kat family aku, "Tu ego kita!tu ego kita!". Sob3. Nak buat cam mana kan,mungkin ujian di bulan Ramadhan. Everything happened for reason. Sekejap je Allah nak bagi kita nikmat,dan sekejap je kalau dia nak tarik balik nikmat tu. Kami sama2 bermuhasabah diri. Jadi kita mestilah menjadi hambaNya yang selalu bersyukur. Tidak sombong dan tidak riak dengan kelebihan yang kita ada.

Dah banyak kali aku cakap kat blog ni, Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pengasih. Ada sebab dia menguji kita. Dia tak nak kita jauh denganNya. Sebagai balasan, Dia memakbulkan doa kami selama ini.Selepas 12hari kami berikhtiar dengan doa yang tidak putus2, akhirnya Allah bagi balik Ego tu pada kami. Mungkin rezeki kami masih ada pada Ego putih itu. Pihak polis telah menelefon abah bahawa Ego kami telah dijumpai dan penyangak2 itu berjaya ditumpaskan. ALHAMDULILLAH. Terus aku sujud tanda syukur kepadaNya kerana Dia telah memakbulkan doa kami..

Walaupun Ego kami sakit teruk sekarang ini dan masih ditahan di hospital bengkel, kami doakan dia pulih seperti sedia kala. Aku amat merinduinya. Semoga dia tak trauma dengan apa yang berlaku dan dapat meneruskan hidup seperti sedia kala. Hope for that.

Jadi begitulah ceritanya. Kepada perompak, pencuri, penyamun, peragut, penyeluk saku, pemecah rumah, dan sebagainya, fahamilah jiwa kami. Cari lah kerja lain pulak. Cukuplah menyeksa jiwa kami. Susah tau nak redha kalau barang kena curi,tambah2 kita beli dengan penat lelah kita sendiri. Plis ye.. turunkan egomu,pulangkan balik harta yang bukan milikmu.

Dan kita juga, perlu sentiasa beringat. jangan dah kena baru nak belajar kunci pintu. Banyak2 berdoa dan bersabar kepada mangsa seperti aku. Bacalah ayat Qursi setiap kali selepas solat,kerana fadhilatnya amat besar iaitu malaikat akan sentiasa melindungi kita dari musibah sehingga solat yang seterusnya. Wallahua'lam..



Friday, September 16, 2011

Kalau sayang,tinggal2 kan..

Salam.

Haha. Begitu lama aku meninggalkan mu kan. Orang tua tua cakap,kalau sayang,kena tinggal tinggalkan. Ni la aku buat pada blog aku ni. :D

Pepatah orang tua tu sangat betul. Kerna sedikit hari lagi, aku akan meninggalkan familyku untuk menyambung dan meneruskan cita-citaku di bumi Tronoh. Sudah hampir setahun (Dec2010-Sep2011) aku duduk di kampung bersama bunda, abah dan adik-adik. Susah senang semua dengan mereka. Sayangnye dan beratnya hati nak tinggalkan mereka lagi. Nak tak nak, harus juga. :(

I'll be missing u always~




Kalau sayang tinggal tinggalkan. Huhu. Tak lama lagi juga, semua akan menyambung kembali tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Termasuk aku dan kawan2. Sebelum masing2 berangkat, fly or wutever cara sekalipun, kami sempat membuat pertemuan terakhir. Siapa tahu, ini adalah pertemuan terakhir kami kan? Sangat best bila berkumpul! Perangai kami sejak bersama di asrama sampai sekarang tidak pernah berubah kalau berkumpul. Waktu menulis ni pun,aku rasa terapung-apung. Seghonokkk!! Tambah2 bila dah sangat lama tak jumpa. Dua jam terasa sangat cepat...Huhu..

Selamat meneruskan perjuangan sahabat2ku semua.. Jaga diri di tempat orang. Kalau rindu,sedekahkan la doa kat kite ye walau di mana kite berada...Kite sentiasa doakan u olls berjaya dunia akhirat" (sori gedix skit..hihi).

~Nur sayang siti, zulfah, aten, wani, hamizah, cuda dan seh~


~Iftar bersama | Sayang semua!~

Have a safe journey my friends! Jangan bawak kapal terbang laju2 tau. Panjang umur kite jumpe lagi.. Begitulah hidup kan. Yang datang,akan balik. Yang hidup,pasti akan mati..

Ok, got to go. Ada hitea bersama orang yang sedang merinduiku.. :D



Wednesday, August 3, 2011

Rahmat Ramadhan

Salam

Pejam celik pejam celik dah 4 Ramadhan. Seharusnya dah masuk juzuk ke 4 untuk hari ini. Alhamdulillah, tahun ini aku dapat menyambut Ramadhan sepenuhnya dengan family. Yang paling buat aku terharu ialah meja makan kami cukup korum pada hari pertama berbuka. Semua ada. Kebetulan abang aku balik dan sampai di rumah beberapa jam saja lagi sebelum berbuka. Gembiranya dapat berkumpul satu keluarga. Lama dah tak merasa  saat indah seperti ini. Alhamdulillah, Ramadhan telah menyatukan kami kembali 7 beranak.

Semalam tengok berita kat TV3 tentang penduduk Somalia menyambut Ramadhan dengan tragis sekali. Mereka di sana mengalami krisis ketidakcukupan makanan yang agak kritikal sampai tahap kebuluran. Kesian tengok mereka berebut rebut beratur mengambil makanan. Timbul rasa syahdu di hati ini memikirkan nasib mereka di saat kita menikmati pelbagai makanan yang enak2 dan lazat2 di Malaysia ini. Mungkin ini juga hikmah berpuasa, di mana kita dapat merasai sendiri penderitaan mereka yang kebuluran tidak cukup makanan di sana. Aku bersyukur, Ramadhan ini rezeki kami melimpah limpah. Kalau time berbuka tu, tak tau nak amik juadah ape dulu.

Aku bersyukur dikurniakan jiran tetangga yang baik-baik. Time berbuka tu, tak payah pergi bazar Ramadhan. Jiran-jiran kami saling menghulurkan makanan antara satu sama lain. Bunda pun selalu pesan, banyak bersedekah bulan Ramadhan ni. Mungkin ini satu rahmat Ramadhan juga. Kalau aku pergi bazar, aku akan beli ikut nafsu. Lagi satu, mata pun banyak menyumbang saham, tengok lelaki. Haha. Selama 4 hari menymbut Ramadhan,sekali pun aku tidak menjejak kaki ke Bazar Ramadhan lagi. Aku sebenarnya tak suka tempat yang terlalu ramai orang. Sesak nafas.

Banyak sebenarnya Rahmat Ramadhan ni. Cuma kita je tak sedar. Ape pun Selamat Berpuasa dan menjalani ibadah dengan cemerlang. Syaitan2 dan hantu2 semua dah masuk penjara kan, so jangan takut pergi terawih sorang2. Hehe. Tapi aku selalu berfikir, kalau syaitan tak de,kenapa kita buat dosa jugak ek. Siapa yang menghasut kita sebenarnya ek? Aku pernah tanya kat bunda dulu, bunda cakap ada syaitan yang tak lepas dari dalam perut tu. Aku : ??????

Selamat Berpuasa mulut, hati, mata, tangan, lidah, telinga dan semuanyalah.


Sunday, July 31, 2011

Selingan Ramadhan

Cuba double klik dan zoom in gambar ini.
 
 

Report dan Ramadhan


Salam

Blog diabaikan seketika gara-gara menyiapkan final report internship. Entry ni pun dah lama draft,tapi tak siap2 sampai lah hari ini.Sampai dua2 mata dah jadi macam mata panda dan terpaksa habiskan RM25 jumpa doktor. Doktor cakap mata aku terkena jangkitan kuman dan mata terlalu penat mengadap laptop lama2.

Tapi aku harus memandang sakit mata ku ini dari sudut positive. Mungkin Allah bagi mata aku sakit sebagai kifarah dosa2ku. Sebagai balasan apa yang telah aku lakukan kepdaNYA. Mungkin selama seminggu ni,aku terlalu taksub dalam menyiapkan reportku. Makan ku entah ke mana. Kesihatanku entah ke mana. Aku dah lama tak menjenguk tok dan tok ki aku sebab report ni. Dan yang besar adalah aku telah mengabaikan Dia. Beberapa hari ni aku rasakan solatku tidak kusyuk, asyik memikirkan pasal report, repot, report. Aku juga sering melewatkan solat dalam seminggu ni. Pernah sekali tu kat ofis, sebab nak kejar masa, lepas solat aku tadah tangan, then aku doa. “Ya Allah, Maafkn aku. Macam biasa la Ya Allah” . Terus aminkan doa. ASTAGHFIRULLAHALAZIM.. Ampun kan aku Ya Allah.

Lihat betapa manusia amat mengejar dunia kan? Oh Ya Allah,lagi sekali aku alpa dengan nikmatMu. Ampunkan dosaku Ya Rabbi.

Tapi itulah. Inilah lukisan alam. Ramai di antara kita hanya bersungguh-sungguh melakukan perkara duniawi. Akhirat, kita hanya memandang remeh. Ramai antara kita belajar bersungguh2 untuk menghadapi final exam sebab nak CGPA tinggi. Tapi berapa ramai antara kita yang bersungguh2 bangun malam nak ‘4flat’ kat akhirat kelak?

Same je dengan cerita aku di atas. Bab report bukan main pulun lagi. Tapi seruan Allah aku abaikan. Jangan jadi seperti ini. Berdosa. Ampunkan aku Ya Allah..

____x____

Sempena Ramadhan ini,ingin aku ucapkan selamat menjalankan ibadah dengan sebanyak2nya buat semua umat Islam. Moga inilah Ramadhan yang terbaik bagi kita semua.

Azamku untuk Ramadhan kali ini:(ni antara yang kritikal je la)
  1. Kurangkan berfb.
  2. Kurangkan tido.
  3. Banyakkan mengaji.
  4. Banyakkan bersedekah.
  5. Tidak mahu tinggal Terawikh
  6. Banyak diam dari bercakap.
  7. Puasa penuh di rumah sendiri. Hehe.. (FYI, inilah kali pertama aku berpuasa penuh kat rumah sejak form 1 dulu)
Semoga azam2ku tercapai. Insyaallah.Ok, selamat menjalani ibadah di bulan penuh Barakah ini..






p/s: Maafkan segala khilafku wahai sahabatku.

Tuesday, July 19, 2011

Kapal Persahabatan Selama Lamanya.



Kata amat, kapal bersahabatan kan salamanya. (friendship forever). Yes! The picture is telling the truth of it.

Kami start jumpa dari form 1 kat Sekolah Menengah Agama Batu Rakit.  Start dari kelas lain2. Sorang 1 Umar Al Khatab, sorang 1 Usman Affan, sorang lagi 1 Ali Abi Talib.Then, masuk Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Baru Rakit sama-sama, barulah kami ditempatkan dalam kelas yang sama start dari form 2 hingga la abis SPM. Kami lah pemeriah Rumah Biru dulu. Kami pernah tinggal sebilik. Sorang tu roommate aku dari form 3 sampai form 5. Yang sorang lagi sempat setahun je sebab dia diangkat jadi pengawas.Pengawas tak boleh campur dengan students biasa. Hehe.

Tamatnya SPM kami ditawarkan ke universiti yang sama iaitu Universiti Teknologi Petronas. Tambah menarik lagi kami belajar di dalam kursus yang sama iaitu Civil Engineering. Cuma kiteorang tak sama in take. Aku masuk lambat sikit. Orang cakap kalau Jan intake tu semua budak pandai2. So aku ni kategori tak berapa pandai la sebab aku July intake. So aku ni adalah junior diorang kat UTP.

Jadi 2 orang ni adalah roommate sampai sekarang. Dah la satu sekolah. Satu kelas. Satu U. Satu kos. Satu housemate masa praktikal. Satu bilik. Nasib baik tak satu katil. Jangan nanti kawin satu suami dah la ye. Hehe.

Hampir 9 tahun kami bersama. Kapal persahabatan kan selamanya. Kepada Diyani dan Amatillah, terimakasih seinfinitinya sebab banyak menolong juniormu ini dalam mewariskan buku2 dan lecture2 note kamu kepada ku. Aku sangat terhutang budi dengan kamu berdua. Semoga kita grad dengan cemerlang ye nanti. Nanti mana tau kerja pun tempat yang sama kan.

Sebab kapal persahabatan kan selama lamanya walaupun ia terjadi secara kebetulan kan..

Memori Zaman Muda


Salam,

Sungguh panas malam ini. Tidak tahu apa patut dibuat. Tiba-tiba fikiranku melayang jauh teringat zaman sekolahku dahulu kala. Boleh dikatakakan hampir separuh hidupku, aku dibesarkan bersama kawan-kawan. Aku telah dihantar ke asrama penuh seawal usiaku 14tahun. Di saat kanak-kanak seusiaku ketika itu masih mengharapkan ibu diorang membasuh pakaian dan kasut sekolah mereka. Mengharapkan ibu diorang mengemas tempat tidur , bangun pagi dengan pakaian yang sudah bergosok, kemudian terus duduk di meja makan dengan hidangan yang sudah tersedia sebelum pergi ke sekolah. Sebelum ke sekolah peluk cium mak abah dulu.

Tapi tidak kepada aku. Sejak aku dihantar ke asrama penuh, semua benda aku terpaksa uruskan sendiri. Basuh baju sendiri. Bukan setakat baju sekolah,tapi semua baju termasuk ‘adik2’ kena basuh pakai tangan. Nasib baik time sekolah dulu aku pakai kasut hitam. Jadi tak payah basuh kasut. Yey dah kat situ. Pastu bangun pagi tiada lagi suara merdu bunda, sebaliknya suara orang mengaji dan berzikir mengejutku bangun subuh seawal 5 pagi. Kalau dulu 630pagi sempat lagi bangun, tapi masuk asrama, pukul530 pagi tak bangun lagi alamatnya crowded la toilet tu. Then tertinggal jemaah. Rugi.

Selalunya pelajar perempuan takde masalah bangun pagi. Tapi kalau lelaki tu siap kena ghodang pukul dengan rotan lagi dengan warden atau PK HEM. Sebut pasal rotan, aku mengenal erti rotan semasa aku tinggal di asrama. Sebelum itu,badan aku suci dari rotan. Abah aku tak pernah pukul aku pakai rotan. Mak aku pernah kot. Sebab mak aku lagi brutal dari abah aku. Teringat masa kecik2 dulu,aku dan adik kacau dia sembahyang,dia kurung kami dalam bilik air pada waktu malam sampai dia siap sembahyang. Dulu bilik air kat tanah beb. Atap terbuka. Nampak hutan. Gelap..Takut beb..

Sambung kembali, kena rotan adalah perkara biasa kepada pelajar asrama. Budak baik macam aku pun kena rotan. Haha .Tak. Aku tipu. Aku jahat masa sekolah dulu. Aku pernah kena rotan sebab tidak menghadiri kelas tambahan. Aku juga pernah dirotan sebab cadarku tak tegang.  Ulang lagi sekali, dirotan sebab cadar tidak tegang. Kesian kan budak asrama. Banyak lagi la aku kena hukum. Kena buat entry khas pasal ni. Kalau tak tahan takkan boleh hidup kat asrama.  

Pastu sebelum pergi kelas,tiada lagi tangan kasar abah dan tangan halus bunda nak cium. Yang ada hanya leteran kasar oleh pengawas2 dan warden2 pasal perkara yang sama setiap pagi kat roll call sebelum bergerak secara jemaah ke kelas.

Sebab itula zaman sekolah menengah,aku sangat anti prefect.  Sekolah rendah tak,sebab aku pengawas.Aku tak suka pengawas. Menyampah! Disebabkan seorang pengawas, aku benci semua pengawas. Sori ye kepada pengawas2 sekolah ku dulu. Walaupun hampir semua budak kelasku dulu adalah pengawas. Even kawan baikku sendiri adalah pengawas. But prefect is prefect! Friend is friend! Cey wah macam dalam KL gangster pulak. Tu dulu la.. Sekarang takde lagi dah.

Tapi tak semua pahit tinggal kat asrama ni,ada manisnya juga. Malam hujung minggu adalah paling best. Boleh buat pesta dalam bilik. Yela hari sekolah sekor semut pun tak boleh nampak berjalan atas lantai. Apatah lagi tahi hidung. Hujung minggu la boleh sepah2 kan bilik pun. Salunya tiap hujung minggu kami akan bentang tilam kat bawah. Kami tidur berjemaah. Ingat solat je ke boleh  berjemaah. Kat asrama semua benda kena berjemaah tau. Even nak erk2 pun kitaorang berjemaah. Sebelum tidur,macam2 la nak sembangnya. Topik yang selalu digemari oleh pelajar wanita ialah gosip2 pasal lelaki. Selalunya abang2 senior la yang menjadi mangsa . Hehe. Sorry kawan2, aku terbocorkan rahsia wanita kita.

Dah menjadi rutin kami, light off je, kami tidak terus tutup mata. Kami akan sembang2 dulu. Sampai tertidur sendiri. Seronoknya masa itu.. Sampai satu masa, ada satu cerita tersebar. Kita tak boleh sembang2 dah dalam gelap. Sebab  pernah terjadi kat sebuah sekolah ni, pelajar2 perempuan nya suka sembang dalam gelap sebelum tidur,pastu tiba2 ada suara lain yang menyapa. Ni cerita je la. Sohih atau tidak wallahu’alam. Lepas tersebarnya cerita ni,kitaorang terus tak berani sembang dalam gelap. Kelakar kan. Macam mak tengah takutkan anak2 nya  yang masih kecil yang tak nak tidur malam.

All and all, hidup di asrama ni telah menjadikan aku seorang yang berdisiplin, berdikari, pandai mengurus masa dan menjadikan aku seorang yang matang yeke matang?. Bila dah masuk U,aku tidak lagi kekok. Aku boleh berdiri di atas kaki sendiri. Tapi satu je, perlu ada kawan. Kalau kat rumah kita ada family. Kat hostel kawan2 la family aku.

Dah penat bebel sorang2. Kena light off pulak. Chow~