Followers

Thursday, September 22, 2011

Lagi2 kecurian..

Salam.

Kebelakangan ini kes kecurian, rompakan, ragutan dan sewaktu dengannya sudah tidak asing lagi bagi kita. Kalau dahulu, kes ragut hanya sinonim dengan spesis kambing, namun tidak lagi sekarang. Manusia durjana itu tiada bezanya lagi dengan kambing. Malah lebih teruk dari kambing. Aku percaya kalau diberi pilihan, mesti si ibu peragut itu lebih rela memilih kambing, daripada memilih anak yang bergelar peragut.

Bila aku terbaca pasal kes ragut je, aku rasa sangat marah.Entry ni pon dibuat selepas baca blog Kalampatah ni. Kalau aku boleh jadi macam supermak tu,dah lama aku hancurkan jadi debu peragut2 tu tanpa rasa belas. Ye. Memang aku buat kalau aku ada kuasa macam tu. Tapi, Allah lebih berkuasa. Siapalah kita ni kan nak melawan qada dan qadar Tuhan. Memang aku tidak maafkan peragut itu sampai mati. Sebab dia la, pengasuh adik aku yang kami panggil 'ummi' merangkap jiran baik kami meninggal dunia. Memang la ajal maut tu di tangan Tuhan. Kami dah redha dengan pemergian dia. Kepada kau wahai peragut, kau terlepas kat dunia ni je,nanti kat akhirat,kau jawabla! Kecik2 taknak mampus,besar2 menyusahkan masyarakat.

Itu kisah peragut yang lebih hina dari seekor kambing yang hanya meragut rumput. Walhal peragut ini bukan sahaja meragut wang, malah turut meragut nyawa manusia yang tidak bersalah. Ni pulak kisah pecah masuk rumah. Adik beradik peragut jugak ni. Masuk ini dah dua kali rumah aku menjadi mangsa Syaitan2 ini. Masa pertama kali, kebetulan aku berada di UTP ketika kejadian ini berlaku. Lebih malang lagi, pencuri itu menceroboh melalui tingkap bilik aku. Bersyukur jugak aku tiada ketika itu, kalau tak mesti dah hilang laptop ni. Hasil yang dia dapat, barang2 kemas bunda termasuk cincin kahwin nya. Kesian bunda.

Kali kedua pula, masa Ramadhan baru2 ini, dua hari sebelum raya. Mungkin nak beli baju raya kot,sebab tu diorang buat operasi. Tapi memang betul,nak dekat raya memang banyak rumah kena pecah masuk kat kawasan aku ni. Tau jugak nak beraya diorang ni kan. Tu bulan puasa tu. Kali ini, hasil yang dia dapat memang lumayan. Sebuah skuter EGO putih yang amat aku sayang. 'TAHNIAH WAHAI PENCURI!!"

Hati memang susah nak redha kalau benda macam ni terjadi. Dalam kepala macam2 fikir. Antaranya ialah : -"Kalaulah aku ade kuasa untuk menangkap pencuri2 itu,aku nak rendam diorang dalam tangki najis"- " Kalaulah boleh dicipta pagar elektrik yang bervoltan tinggi yang boleh membaca niat orang"- dan banyak lagi.. Tapi bunda tidak, "Dari awak cakap benda yang bukan2 baik awak buat sembahyang hajat ke baca yassin ke". Itu kata bunda..

Dan selepas sahur itu juga kami sekeluarga membuat sembahyang hajat dan bacaan yasin. Mana la tau,rezeki kami masih ada. Tapi selalunya, kalau kes kecurian motosikal memang susah nak dapat balik. Sebab mungkin diorang dah tukar semua body ego aku tu.huhu.. Setiap kali lepas solat,aku selalu berdoa supaya pencuri itu lembut hati untuk memulangkan Ego putih aku kembali. Dan setiap kali aku terlihat Ego putih yang sama, mesti aku cakap kat family aku, "Tu ego kita!tu ego kita!". Sob3. Nak buat cam mana kan,mungkin ujian di bulan Ramadhan. Everything happened for reason. Sekejap je Allah nak bagi kita nikmat,dan sekejap je kalau dia nak tarik balik nikmat tu. Kami sama2 bermuhasabah diri. Jadi kita mestilah menjadi hambaNya yang selalu bersyukur. Tidak sombong dan tidak riak dengan kelebihan yang kita ada.

Dah banyak kali aku cakap kat blog ni, Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pengasih. Ada sebab dia menguji kita. Dia tak nak kita jauh denganNya. Sebagai balasan, Dia memakbulkan doa kami selama ini.Selepas 12hari kami berikhtiar dengan doa yang tidak putus2, akhirnya Allah bagi balik Ego tu pada kami. Mungkin rezeki kami masih ada pada Ego putih itu. Pihak polis telah menelefon abah bahawa Ego kami telah dijumpai dan penyangak2 itu berjaya ditumpaskan. ALHAMDULILLAH. Terus aku sujud tanda syukur kepadaNya kerana Dia telah memakbulkan doa kami..

Walaupun Ego kami sakit teruk sekarang ini dan masih ditahan di hospital bengkel, kami doakan dia pulih seperti sedia kala. Aku amat merinduinya. Semoga dia tak trauma dengan apa yang berlaku dan dapat meneruskan hidup seperti sedia kala. Hope for that.

Jadi begitulah ceritanya. Kepada perompak, pencuri, penyamun, peragut, penyeluk saku, pemecah rumah, dan sebagainya, fahamilah jiwa kami. Cari lah kerja lain pulak. Cukuplah menyeksa jiwa kami. Susah tau nak redha kalau barang kena curi,tambah2 kita beli dengan penat lelah kita sendiri. Plis ye.. turunkan egomu,pulangkan balik harta yang bukan milikmu.

Dan kita juga, perlu sentiasa beringat. jangan dah kena baru nak belajar kunci pintu. Banyak2 berdoa dan bersabar kepada mangsa seperti aku. Bacalah ayat Qursi setiap kali selepas solat,kerana fadhilatnya amat besar iaitu malaikat akan sentiasa melindungi kita dari musibah sehingga solat yang seterusnya. Wallahua'lam..



No comments:

Post a Comment