Followers

Wednesday, August 3, 2011

Rahmat Ramadhan

Salam

Pejam celik pejam celik dah 4 Ramadhan. Seharusnya dah masuk juzuk ke 4 untuk hari ini. Alhamdulillah, tahun ini aku dapat menyambut Ramadhan sepenuhnya dengan family. Yang paling buat aku terharu ialah meja makan kami cukup korum pada hari pertama berbuka. Semua ada. Kebetulan abang aku balik dan sampai di rumah beberapa jam saja lagi sebelum berbuka. Gembiranya dapat berkumpul satu keluarga. Lama dah tak merasa  saat indah seperti ini. Alhamdulillah, Ramadhan telah menyatukan kami kembali 7 beranak.

Semalam tengok berita kat TV3 tentang penduduk Somalia menyambut Ramadhan dengan tragis sekali. Mereka di sana mengalami krisis ketidakcukupan makanan yang agak kritikal sampai tahap kebuluran. Kesian tengok mereka berebut rebut beratur mengambil makanan. Timbul rasa syahdu di hati ini memikirkan nasib mereka di saat kita menikmati pelbagai makanan yang enak2 dan lazat2 di Malaysia ini. Mungkin ini juga hikmah berpuasa, di mana kita dapat merasai sendiri penderitaan mereka yang kebuluran tidak cukup makanan di sana. Aku bersyukur, Ramadhan ini rezeki kami melimpah limpah. Kalau time berbuka tu, tak tau nak amik juadah ape dulu.

Aku bersyukur dikurniakan jiran tetangga yang baik-baik. Time berbuka tu, tak payah pergi bazar Ramadhan. Jiran-jiran kami saling menghulurkan makanan antara satu sama lain. Bunda pun selalu pesan, banyak bersedekah bulan Ramadhan ni. Mungkin ini satu rahmat Ramadhan juga. Kalau aku pergi bazar, aku akan beli ikut nafsu. Lagi satu, mata pun banyak menyumbang saham, tengok lelaki. Haha. Selama 4 hari menymbut Ramadhan,sekali pun aku tidak menjejak kaki ke Bazar Ramadhan lagi. Aku sebenarnya tak suka tempat yang terlalu ramai orang. Sesak nafas.

Banyak sebenarnya Rahmat Ramadhan ni. Cuma kita je tak sedar. Ape pun Selamat Berpuasa dan menjalani ibadah dengan cemerlang. Syaitan2 dan hantu2 semua dah masuk penjara kan, so jangan takut pergi terawih sorang2. Hehe. Tapi aku selalu berfikir, kalau syaitan tak de,kenapa kita buat dosa jugak ek. Siapa yang menghasut kita sebenarnya ek? Aku pernah tanya kat bunda dulu, bunda cakap ada syaitan yang tak lepas dari dalam perut tu. Aku : ??????

Selamat Berpuasa mulut, hati, mata, tangan, lidah, telinga dan semuanyalah.


5 comments:

  1. Syaitan tiada, nafsu masih ada.Dan nafsu itu fitrah, tak mampu dipadamkan, sekadar dikawal.. :)

    ReplyDelete
  2. aku sokong ko papoxi..mata tuh antara penyumbang saham terbesar..haih..ssh tol nk jaga mata, lagi2 bile ramai menunjukkan pemandangan indah..haih~

    ReplyDelete
  3. buat jahat sbb x cukup lapar la tu

    ReplyDelete
  4. wp: oh..selame ni nafsu la yang membelenggu kite.

    pojie: tp aku rasa lelaki lg dasyat kot..tunduk2 la ye kalau pegi bazar tu..hehe

    yau:mu cukop lapor x time pose?

    ReplyDelete