Salam
Semenjak bundaku ditarik nikmat sihatnya hampir 2 tahun lalu, aku jarang bersembang dengan bunda. Bukan tidak mahu, tetapi kesihatan bunda yang tidak mengizinkan dia untuk mendengar luahan hati anak2nya. Kalau dulu, pantang nampak bunda, mesti ada benda nak cerita kat dia. Dari A sampai Z. Kalau aku suka seseorang pun pasti bunda juga akan tahu. Pendek kata antara kami tiada rahsia.
Ternyata Allah itu sangat sayang pada bunda. Dia memberikan bunda sakit yang agak lama supaya bunda sentiasa dekat denganNya. Walaupun sakit bunda tidak seteruk orang lain,tetapi aku tetap merasai bunda sedang menderita.
Sekarang bunda tidak banyak bercakap. Mendengar orang bercakap ape tah lagi. Masanya dihabiskan dengan berzikir, membaca al-Quran dan berubat. Kalau dulu aku sentiasa ada benda nak diceritakan pada bunda, sekarang, aku hanya menunggu dia bersuara dahulu baru aku akan start sembang. Dan waktu itu lah aku memanfaatkan peluang sebaik-baiknya untuk sembang dengan bunda.
Semalam bunda tiba2 mahu bersembang denganku. Dia menceritakan perangai anak-anak muridnya di sekolah. Aku hanya mendengar dengan tekun. Teruknya remaja sekarang. Tak habis2 dengan gejala sosial. Hatiku bersuara. Mendengar luahan bunda, terasa ingin menggantikan tempat bunda di sekolah. Bunda dah la tidak sihat. Sabar ya bunda. Allah pasti bersama orang yang sabar.
Bunda lantas menunjukkan majalah solusi terbaru yang baru dibelinya di sekolah. Muka depannya terpampang "Sabar Itu Indah". Bunda pesan padaku, walaupun seberat mana ujian yang Allah berikan pada kita, kita mesti sabar. Jangan sesekali mengeluh. Kena kuat. Kalau Allah beri sakit, tu maknanya Allah sayang kita. Sakit itu kan penghapus dosa. Aku pernah terbaca satu kisah dalam majalah solusi keluaran lalu, para sahabat dahulu ada yang berdoa supaya diberikan sakit supaya terhapus segala dosa-dosanya. Lihat, sampai sanggup doa minta sakit.
Bunda selalu pesan juga,kalau ditimpa musibah,ujian atau sakit, cuba positif. Terima semua itu secara positif. Pesan bunda lagi, waktu sakit je kita akan merasai nikmat sihat. Waktu kita susah je kita akan merasai nikmat senang. Itulah serba sedikit pesan bunda semalam.
Terima kasih bunda, semoga bunda kuat, sihat dan gemuk macam saya.
betul lah..
ReplyDeletebile sakit ni baru kita fhm ape tu nikmat kesihatan..kite juga akan mula kenal sape sebenarnya kawan kite ^__^
so aku ni kawan yang jenis cm mane?hee
ReplyDelete"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka mangucapkan "Innalillahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" - Al Baqarah (155-157)
ReplyDeletemu tau2 sdiri ar :P
ReplyDeletethanx WanPai atas perkongsian.
ReplyDeletehazwan: tau doh..hehe(tangan dada mata atas)