Followers

Sunday, May 29, 2011

Lapuran Hari Ini

Salam

Penat buat report. Abis satu minggu. Huh. Tatkala orang lain tengah bergelak ketawa melihat maharaja lawak, aku bergelak ketawa seko2 dengan laporan aku ni. HU HU. Tensi. Presentation tinggal sebulan lagi. My SV dah suruh buat slide presentation. Die lagi bersemangat dari aku. Ape ceghite ni. Reportnye banyak lagi tak setel. Ni satu.

Lagi satu,

Selalunye setiap pagi kalau aku bersiap nak pergi kerja tak pernah ade orang tegur aku. Semua dah tau aku nak pergi kerja. Tapi pagi tadi,siap2 mandi masuk bilik, adikku tercengang melihatku. Cemas dia. "Oi,mu nak g mane awal ngat mandi ni???" Sangkanya hari ni hari cuti.

Menyirap darah manisku mendengar soalan itu. Aiiii...aiiii..

Pastu dah siap2 pakai tudung then keluar bilik, adik lakiku pulak? Yang ni memang tak ley bla. Siap marah aku lagi. " Kak Na!! Kak Na nk g mane pakai lawo2 ni????" Siap marah aku tu. takot aku tinggal die.

Aku: GGGrrrrrrrrr.(makin menyirap2 darah aku. Tak jawab pun soalan die. Geram3)

Tak suka bila musim cuti sekolah. Aku sorang je kena kerja. Mak Abah dan adik2 semua cuti!!! WAAAAA!! Cemburuu3!! Pergi kerja dengan perasaan cemburu dan geram. Sampai perut sakit pun abaikan. Tak nak erk2 kat umah la camni,erk2 kat opis je la.. :(

Kesimpulannya,

AKU NAK JADI CIKGU JUGAKKKK!!

Friday, May 27, 2011

Perginya seorang sahabat baik.. Al fatihah

Kau Sahabat Kau Teman


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Rasa baru semalam mendengar suaranya. Rasanya baru semalam bergelak ketawa dengannya. Masih terngiang2 suara halusnya di telinga ku. Masih terbayang2 wajahnya yang comel. Rasa macam satu mimpi bila menerima satu panggilan mengatakan dia telah pergi dan tak kan kembali lagi. Arwah merupakan sahabat baikku di sekolah rendah. Studi grup same2. Waktu rehat makan same2. Jaga kelas sama2. Main bola jaring sama2. Kongsi masalah sama2. Rasanya baru semalam semua ni berlaku. Cepatnya dia meninggalkan kami.... :'(

Tak dapat meneruskan penulisan. Jariku semakin lembik. Semoga aku kuat menerima berita ini. Mungkin Allah lebih sayangkan die. Orang meninggal muda, Allah sayangkan??

Semoga arwah Wan Nur Hafizah Binti Wan Chik ditempatkan di tempat yang mulia bersama sama orang-orang yang beriman.Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas rohnya. Amin..

Buat arwah Wan Nur Hafizah,

KAU SAHABATKU, KAU TEMAN SEJATI..

SEMOGA KAU BAHAGIA DI SANA..

AL FATIHAH.....

Wednesday, May 25, 2011

Senaman jari

Salam.

Apa kabo peminat2 ku sekalian. HA HA HA. Dah lama tak menulis. Bukan malas. Tapi kekurangan masa. Pagi ni aku rasa sikit kelapangan dan kekenyangan selepas bekpes dengan 5 menu di opis pagi tadi. Bekpes paling banyak pernah aku ambil. Nasi kerabu, nasi kuning, nasi goreng, tepung bungkus dan cucur bawang. Oh..sangat murah rezeki aku pagi ini. Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak kan.. JANGAN TIRU AKSI AKU NI. One more time, JANGAN TIRU AKSI AKU INI.

Betul la orang kate, ramai orang naik berat badan after intern. What less me. HE HE. Tak kesah la. Naik pun naik la. Ayat dah pasrah. Nanti after intern aku pergi la jogging kat tasik stadium runtuh tu. Tangan bahu mata atas.

Sejak kerja ni, aku rasa selera makan aku besar la. Aku sentiasa rasa lapar. Tambah2 bila pergi site. Balik kerja makan. Upah penat drive. Jauh woo. Malam pulak makan lagi dengan family. Mana tak mok mok. Hujung minggu pulak sekarng ni penuh dengan jemputan kenduri kahwin la. Kenduri kesyukuran la. Cukur jambul la. Baca yasin dan sebagainya. Hmm..takpe,aku suke makan2 ni. Ha Ha.

Bunda selalu pesan, “ Na, jaga makan. Nanti kencing manis macam tok ki. Kebanyakan penyakit berpunca daripada pemakanan kita”. Insaf sekejap. Nanti buat lagi. HA HA.

Okay la..nak sambung kerja. Jari aku dah sihat dan kuat. HEHE. Lambat lagi ke pukul 1. Perut lapar balik ni.huhu..

Sunday, May 8, 2011

Chocolate Moist Cake

Salam

As what I had promised before, nak upload gambar2 kek yang berjaya dijual. Hari ni tak banyak kerja kat opis, pendek kata free la, so luangkan masa jap untuk my part time job. Haha.


~As colurful as her~

Ini kek yang ditempah oleh Sue. Sue telah tempah 2 biji kek yang sekilo. Ni kek pertama. Hiasan oleh my sister. Cantek kan..(tangan dada mata atas)


Ni pulak kek kedua yang ditempah oleh Sue pada hari dan waktu yang sama. Hiasan oleh Farhana Roslee. Hehe. Mak cakap simple sikit yang ni. (Cakap je la tak cantik mak). So,boleh bezakan perwatakan kami melalui cara menghias kek? Haha. Dari kecik my sis tak boleh dipisahkan dengan kaler pink2 gitu. Aku pulak tanpa hijau tak bermakna hidup. So? Inilah hasilnya...


~As simple as me~


Seterusnya...



~Kek eksperimen oleh kami~

Atas ni kek yang telah ditempah oleh Kak Nor, hasil kerja kami berdua. Messy sikit. Kata Kak Nor, isi dalam sedap doh, hiasan tu kenapa jadikan Kak Nor bahan eksperimen korang.?? (Hehe, sorii Kak Nor :) )

~Goodbye everyone. Gudluck in Future~

Ini kek yang telah dtempah khas oleh Nana atau Syazana Asyila untuk majlis perpisahannya di UDM. Beliau dah abis diploma. So sebelum berpisah ngan kawan2 die, ni lah hadiah Nana untuk sahabat2nya sebagai kenangan.

Ok, setakat ini tu saja dulu. Di lain hari nanti aku paparkan lagi hasil kerja kami. :) Rasa puas bila customer suka. Customer2 boleh memberikan sebarang feedback kat sini or at our fb. Nak kutuk pun tak kesah. Because we want to improve it.

Konklusinya, Aku rasa aku suka bekerja sendiri la daripada bekerja di bawah orang. Hehe.

Thursday, May 5, 2011

Engkaulah Ratu Hati ku

Salam.

Ibu..
Ibu..
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibu..
Ibu...
Engkaulah ratu hati ku...

Teringat iklan susu ape ntah kat televisyen yang budak pompuan comel nyanyi tu. Mesti ibu2 suka kan tengok iklan tu.. i guess la.. sebab i bukan ibu lagi. Ha Ha.

Post kali ni tak mau cerita pengorbanan mak pada ku. Sebab kalau cerita 10 buah buku tak habis lagi. Hanya nak buat ucapan yang tersangat istimewa buat insan-insan yang tersangat istimewa.

Dengan ini saya Nur Farhana Roslee ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu yang teramat sangat paling ku sayangi Puan Hasana Abu Bakar yang telah melahirkan saya. Saya saaaaaaaaaaaaaaayang mak,mmmuah3, nanti dapat ciuman betul2 pulak. Sabar ye sabar.

Seterusnya, Selamat Hari Ibu buat insan-insan istimewa ini iaitu, ibu-ibu saudaraku Mak Long, Makcik Ros, Che Da dan Mak Su yang kini berada di Terengganu. Buat ibu-ibu saudaraku yang jauh di mata, Mama , Mak Ngah, Ibu, Mak Jah, Mak Julie , Mak Fauzi, Mak Ya, Mak Na and Mok Cu. Kami semua (sepupu2) ni adalah anak2 anda.. Terima kasih kerana menyayangi kami semua.

Seterusnya, Selamat Hari Ibu buat insan-insan istimewa ini (cousin belah bunda)iaitu Kak Long, Kak Nina, Kak Lini. Semoga menjadi ibu yang kuat dan tabah ye,my kezen..

Selamat Hari Ibu juga buat insan-insan istimewa ini (cousin belah ayahnda) iaitu Kak Sue, Kak Erin, Kak Ekin (mother to be.. insyaallah), Kak Ani, Kak Leni, Kak Umi, Kak Melati and kak Nadia.. Semoga tabah melayani kareneh anak2 ye.

Kepada sahabat2ku yang sudah bergelar ibu atau bakal bergelar ibu, selamat hari ibu. Jadilah ibu yang terbaik dan solehah.

Buat semua insan yang bergelar ibu di luar sane, sedar la..kehadiran kalian memang tiada tandingannya. Tanpamu ibu siapalah kami. Kepada semua ibu-ibu atau ibu-to-be yang membaca atau terbaca.. Farhana ucapkan...

<3 SELAMAT HARI IBU <3



p/s: Mana anak2 aku tak wish hari ibu ke kat aku

Tuesday, May 3, 2011

Sabar Itu Indah

Salam

Semenjak bundaku ditarik nikmat sihatnya hampir 2 tahun lalu, aku jarang bersembang dengan bunda. Bukan tidak mahu, tetapi kesihatan bunda yang tidak mengizinkan dia untuk mendengar luahan hati anak2nya. Kalau dulu, pantang nampak bunda, mesti ada benda nak cerita kat dia. Dari A sampai Z. Kalau aku suka seseorang pun pasti bunda juga akan tahu. Pendek kata antara kami tiada rahsia.

Ternyata Allah itu sangat sayang pada bunda. Dia memberikan bunda sakit yang agak lama supaya bunda sentiasa dekat denganNya. Walaupun sakit bunda tidak seteruk orang lain,tetapi aku tetap merasai bunda sedang menderita.

Sekarang bunda tidak banyak bercakap. Mendengar orang bercakap ape tah lagi. Masanya dihabiskan dengan berzikir, membaca al-Quran dan berubat. Kalau dulu aku sentiasa ada benda nak diceritakan pada bunda, sekarang, aku hanya menunggu dia bersuara dahulu baru aku akan start sembang. Dan waktu itu lah aku memanfaatkan peluang sebaik-baiknya untuk sembang dengan bunda.

Semalam bunda tiba2 mahu bersembang denganku. Dia menceritakan perangai anak-anak muridnya di sekolah. Aku hanya mendengar dengan tekun. Teruknya remaja sekarang. Tak habis2 dengan gejala sosial. Hatiku bersuara. Mendengar luahan bunda, terasa ingin menggantikan tempat bunda di sekolah. Bunda dah la tidak sihat. Sabar ya bunda. Allah pasti bersama orang yang sabar.

Bunda lantas menunjukkan majalah solusi terbaru yang baru dibelinya di sekolah. Muka depannya terpampang "Sabar Itu Indah". Bunda pesan padaku, walaupun seberat mana ujian yang Allah berikan pada kita, kita mesti sabar. Jangan sesekali mengeluh. Kena kuat. Kalau Allah beri sakit, tu maknanya Allah sayang kita. Sakit itu kan penghapus dosa. Aku pernah terbaca satu kisah dalam majalah solusi keluaran lalu, para sahabat dahulu ada yang berdoa supaya diberikan sakit supaya terhapus segala dosa-dosanya. Lihat, sampai sanggup doa minta sakit.

Bunda selalu pesan juga,kalau ditimpa musibah,ujian atau sakit, cuba positif. Terima semua itu secara positif. Pesan bunda lagi, waktu sakit je kita akan merasai nikmat sihat. Waktu kita susah je kita akan merasai nikmat senang. Itulah serba sedikit pesan bunda semalam.

Terima kasih bunda, semoga bunda kuat, sihat dan gemuk macam saya.