Salam.
Pernah dengar pasal TEST 8 JAM tak?? Haaa aku la salah seorang calon yang menduduki test tersebut. Rasanya masih belum terlambat untuk aku membuat post pasal test 8 jam ku yang berlangsung semalam. Ikotkan hati nak je aku buat post ni masa tengah jawab test. Tapi apakan daya, soalan test pon tak terjawab. Mungkin suatu masa nanti anak cucu aku boleh baca pasal pengalaman ngeri ummi or tok wan die ni..hihi.
Untuk pengetahuan semua, sekali lagi kami telah menjadi tikus putih untuk TEST 8 JAM ni. Kami adalah batch yang pertama dalam Civil Engineering yang menjadi perintis menjawab test selama lapan jam ini. Bukan 4jam. Bukan 6 jam. Lapan jam okey! Rasanya pernah dibuat orang tak? Kalau pernah bagi tau aku. Aku rasa exam nak ambil IR je kot 7-8jam. Final exam pon paling lama 3jam je. Tu pon satu subjek je. Ini 8 jam, merangkumi semua subjek yang aku ambil start dari 1st year sampai la Final Year ni.
Antara subjek2 nya adalah:
- Steel Design
- Reinforced Concrete Design
- Structural Analysis
- Geotechnical Engineering
- Fluid Mechanics
- Wastewater Engineering
- Water Treatment Plant Design
Masa TEST 8 JAM ni, kami dibenarkan untuk membawa buku, laptop dan makanan. Walaupun boleh bawa buku, tapi sebenarnya tak sempat pun nak selak satu2 buku tu. Buku satu2 tebal 3inci. Bukan macam buku teks zaman sekolah dulu.
Liyana sedang tekun menjawab test. |
Walaupun kami dibenarkan keluar untuk ke toilet, solat dan makan, namun 8jam bagi aku sangat berguna. Aku hanya keluar untuk solat zohor dan ke toilet sebanyak 2 kali. Tu pun sebab cirit birit. Sampai cirit birit doe jawab test 8jam. Kamu pernah? Makan sorry la. Bawak bekalan makanan punya la banyak. Satu pun tak sempat usik.
Cukup pukul 5, abam2 GA nak pungut kertas, tapi kami protes suruh tambah lagi extra time 30minit. Ingatkan 8jam dah lebih dari cukup, rupanya tidak. Bagi 4hari 4malam pun belum tentu boleh siap dengan sempurna.
Detik inila aku rasa aku guna otak aku dalam jangka masa yang paling lama NONSTOP sepanjang hidup aku bergelar pelajar. Serious, mustahil untuk aku lupakan pengalaman menjawab TEST 8 JAM ni sampai bila2. Rasa nak menangis pun ada tengah jawab test. Balik je dari test, terus rasa nak peluk mak. Tapi apakan daya, mak tiada di sini.. Otak pun dah jadi weng weng weng lepas 8 jam bekerja keras. Balik je dari test tu, tanpa tukar pakaian terus aku keluar dari kampus untuk lari jauh2 dari zone UTP ni dan bermalam di rumah kawanku di Ipoh. Rasa macam mau lari jauh2 dari UTP ni. Tapi tak boleh jauh2,tak larat nak berlari.
Tengok buku si wan tu..satu kerusi untuk buku saja. |
Ni antara buku2 yang dibawa semasa test. Bawak luggage beb. Bukan beg sekolah. Sampai semua orang tegur, 'nak balik kampung ke kak??'
Siap bawak anak patung in case nak nap sekejap. hehe. Xde maknenye.. |
Buat junior2 Civil Engineering, be prepared! Next is your turn. Bersedia la jiwa raga mental fizikal zahir dan batin untuk subjek Civil Engineering Design/Capstone ini. Dulu,masa awal2 senior2 yang takutkan kami dengan CED ni. Bagi aku, 'ala,lek2 suda..' Tapi selepas merasai sendiri pahit maung CED ini, aku tidak nafikan Capstone ini la climax bagi students Civil. Orang tua2 cakap, sebabkan CED, boleh bercerai berai rumah tangga. Hehe. Tapi tak pe, sesusah mane pun, insyaallah, ALLAH pasti akan tolong kalau kita mintak tolong dari dia.
CED JE PON! TAK MATI NYEE..
Setakat ni je la umi/tok wan dapat share buat anak2 and cucu2 tok wan..sebelum mengundur diri, kredit to abam Fazren atas gambar2 and blog imba UTP atas post mengenai TEST 8 JAM kami. Gud luck buat sesiapa yang amik test EIS esok!
Korang please la berkenalan dengan abam fazren ni..nanti aku rasa bersalah.. Sorry Fazren.LARIII!!!! |
entah2 ni batch first n last yg ade test 8 jam..
ReplyDeletetahniah dh habis.
Kalau first and last kompem aku amuk blok 13 n 14 tu.biar makin berhantu.HAHAHA
ReplyDeletesesungguhnya kamu tidak dibenarkan berkomunikasi dengan rakan2..apatah lagi berkongsi nota..
ReplyDeletenampaknye ade mata2 dr shahir la..hehe
Deleteamboi papoki lebih pulak ni. hahaha tapi terima kasih lah byk. berderet2 orang add aku lepas kau post ni. hahaha :P
ReplyDeletebelanje aku sebab pomot kau.hahah
ReplyDelete