Followers

Tuesday, June 7, 2011

Cikgu Nur

Salam

Jadi cikgu? Hari ni tercapai impian aku untuk menjadi cikgu. Aku menjadi cikgu Nur kepada si comel Ain Maisara. Ain Maisara adalah anak Kak Wan kat opis aku ni. Dah 2 hari dia datang opis sebab cirit birit. Dan dua hari ni juga aku menjadi cikgu Nur. Seronok la jadi cikgu Nur ni.

Kebetulan pula sv dan engineer aku takde. So,keje pon tak banyak la. So buat la part time job. Cikgu Nur nye sikit jer. Main je lebih dengan Sara. Sara ni suka bergambo. Macam2 dia suruh aku ambik gambo dia. Posing maut kalah cikgu Nur. Ha Ha.

Meet Ain Maisara
Sara ni asalnya cirit birit. Mungkin jumpa cikgu Nur kot terus baik cirit biritnya. Agaknye la. :P Opis aku 2 hari ni meriah sikit. Walaupun dia sorang tapi macam 5 orang. Macam kat nursery pulak rasenya. Tetibe terpikir nak bukak nursery bila tua2 nanti. Tu pon kalau panjang umur. Takdela masa tua bangka tu. Dah puas2 makan gaji boleh la bukak nursery kan. Haha. Berangan la cikgu Nur ni.

Engineer kecik
~Sara~


Sebenarnya dari kecik lagi aku bercita cita nak jadi cikgu sebab kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Tapi apakan daya,takde rezeki kat situ. Namun begitu,jadi cikgu Nur 2 hari ni pon jadi la. Insyaallah nanti cuti 2 bulan lepas intern aku nak jadi cikgu tuisyen. Cikgu Nur.. He He..



~ Sara dan Cikgu Nur ~
Ok,cikgu Nur dah puas berangan. Ha Ha Ha. Sila like banyak2 kalau suka aku jadi cikgu Nur. Hoho..

6 comments: