Salam,
Nak dengar satu cerita tak kawan2? Rugi tau kalau tak bace sampai habis..hehe..Kisahnye bermula macam ni..Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di
tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar
satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg
kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri.
Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun
kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang
pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek
harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata
nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam
perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba
Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa
kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat,
tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu
ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada
buaya. Semakin risau dan takut.
Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar
seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg
hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis,
kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor
tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat
atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak
buat ni... habislah jadi mangsa buaya.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau
tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang
hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar
satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg
sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut
si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah
ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana
setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut
perigi dan buaya yg menantinya di bawah.
Kalau korang nak tau kan...
Si Hamba Allah itu
adalah sebenarnya kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang
sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yangg
tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita, kalau pendek talinya maka
panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.
Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu...
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik
saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam
kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat
Allah. Astaghfirullahalazim...
Tula kisah Nur Farhana Roslee..sekian sahaja..
kredit to satu blog ni
No comments:
Post a Comment