Followers

Tuesday, March 6, 2012

I miss them

Salam

Aku nak share something kat sini. Dulu-dulu masa darjah 3,4,5,6 ade satu permainan yang aku sangat suka main. Aku rasa perempuan je kot main permainan ni. Kalau ade lelaki yang main jugak, something wrong letew dengan jiwa raga dia. Kalau ade lelaki yang baca blog aku ni yang pernah main sorry ye menyentuh sensitiviti anda. Hehe. No heart feeling tau. Nak tau permainan ape??

....



........



............


TARAAAA!


Tak tau la korang panggil ape. Kiteroang panggil anak-anakan. Haha. Comel kan permainan aku dulu2? Haha. Kenapa aku suka main anak-anakan ni.. Sebabbbnya.... dia ada baaaanyak baju cantik2! Pelbagai design dan warna pulak tu. Lumrah la kan, baju cantik dengan wanita kan memang tak dapat dipisahkan. Bagai mulut dengan bibir.  

Dah lama aku mencari gambar ni. Hari ni terjumpa tiba2 teringat kisah kecik2 dulu. Kalau dulu,setiap kali nak main anak-anakan ni selalunya kiteorang berkumpul rumah sorang kawan aku ni, nama dia Mimi. Mimi ni antara pengumpul terbanyak mende2 ni. Macam2 design ada.

Selalunya aku buat alasan kat nenek aku nak pergi rumah Mimi nak buat kerja sekolah same2.  Sampai sane, takde pun buat homework nya, kiteorang main menda ni la! Haha. Teruk kan aku. Dah dosa dengan nenek aku. Dulu aku tinggal ngan nenek ngan atuk aku masa mak abah aku pergi kerja.

Lagi satu apa yang best nya tentang anak-anakan ni ialah, kiteorang perlu menggunakan imaginasi yang tinggi untuk melakonkan watak2 nya. Macam main mak2-yang ade-masak2 tu. Cuma permainan ni kita yang melakonkan patung2 kertas ni. Seghonokk.. Rasa macam orang kaya boleh tukar2 baju cantik.Haha. Ikut occasion la..For example, nak pergi jalan2 pakai baju ni, nak gi jumpa boyfriend pakai baju ni. Macam tu la.  Comel jugak ye permainan aku dulu2. Hikhikhik. (Senyum sorang2)

Sebenarnya bukan ni je permainan yang aku main, banyak la lagi. Cuma ni salah satu permainan yang boleh buat aku tersenyum bila aku ingat kembali. So Sweettyy i tell u!! Gedix nyeww  Rindu teman sepermainan aku dulu, Fatin, Mira, Aina, Seha.. huhu.. Ni kisah 14-15 tahun dahulu,sekarang semua orang dah patut kawin dah.. hehe.. Nanti dah ada anak,kita cite kat anak2 kita tau tentang kecomelan kita waktu dulu.  :)

Ok,dats all...actly aku tension sekarang,dengan pelbagai kerja yang nak kena setelkan within 1month ++. sebab tu aku menulis. Dengan menulis aku rasa happy! Tanx my blog sudi dengar cerita saya..

Pray for my me ya,so that Allah will ease me in this world and hereafter. Amin..

1 comment:

  1. sebenarnya..aku pernah try main dulu...kakak aku punye


    HAHAHA

    ReplyDelete