Salam
Sejak kecil lagi aku diajar oleh kedua orang tua ku untuk solat. Teringat kisah masa kecil dulu, aku solat untuk mendapatkan ganjaran dari orang tua ku. Sebagai contoh, aku tidak dibenarkan untuk ikut mak dan abah keluar jalan-jalan selagi aku tak solat. Kadang2 aku sanggup menipu dalam solat semata-mata takut ditinggalkan. Menipu dalam solat? Macam mana tu..
Bila mak dah tinggikan suara suruh solat sebelum keluar rumah, aku cepat2 amik wuduq, masuk bilik, kunci pintu, pakai telekung, sembahyang 'patuk ayam'. Tok aku cakap sembahyang patuk ayam ni sembahyang laju2 tanpa toma'ninah macam ayam patuk makanan tu.. Bayang. Bayang.. :)
Dah besar sikit, mak aku beli rotan. Sebab nak rotan anak2 dia yang tak solat dan malas mengaji. Sudah menjadi rutin harian kami adik beradik untuk mengaji depan abah atau tok atau mak setiap kali lepas solat magrib. Kalau tak kami dilarang sama sekali buka tv pada waktu malam.
Aku ingat lagi masa darjah 6, Ustaz Ishak suruh kami buat buku solat harian. Kalau solat tick. Kalau tinggal solat cross kan. Aku tak tau la kenapa aku terlalu jujur waktu tu, so aku buat la apa yang ustaz tu suruh, sebab Ustaz Ishak takutkan kami, kalau menipu perut akan kembung.
So disebabkan itu aku makin rajin solat tanpa disuruh oleh mak,abah, tok dan tokki. Tapi kalau tinggal, aku cross kan je. Takut perut kembung betul. Setiap hari khamis buku solat harian kami akan dihantar kepada Ustaz untuk disemak. Kemudian kami akan dipanggil ke depan kalau ada tanda cross kat dalam buku tu. Ustaz Ishak akan merotan tapak kaki kami mengikut bilangan cross untuk seminggu. Sejak dari itu, aku semakin rajin untuk solat, sebab takut kena rotan tapak kaki. Sakit woo. Banyak kali la jugak kena.
Tapi kenapa di kaki?why? why? Rotan la kat bontot ke. Banyak sikit isinya. Ustaz Ishak cakap, sebab kaki ni malas nak pergi ambik wuduq untuk solat. Ouw macam tu.. kay ustaz,rotan la banyak2.
Tapi kenapa di kaki?why? why? Rotan la kat bontot ke. Banyak sikit isinya. Ustaz Ishak cakap, sebab kaki ni malas nak pergi ambik wuduq untuk solat. Ouw macam tu.. kay ustaz,rotan la banyak2.
See? Masa aku kecik2 dulu, aku solat, mengaji semata-mata untuk nak dapat ganjaran manusia. Sebab takut kena tinggal. Sebab takut kena rotan. Sebab takut tak boleh tengok tv. As I grew up, aku sendiri belajar untuk solat sebab Allah. Sebab takutkan azab dari Allah. Sebab nak ganjaran dari Allah. That's why, walau di mana aku dicampakkan,jauh dari orang tua ku,tok dan tokki ku, aku cuba untuk tidak meninggalkan solat dengan sengaja.
Bila dah besar, aku hanya berkongsi perasaan aku dengan ibuku, sebab ibuku adalah orang yang paling aku percaya. Kalau aku cakap pada mak aku nak kawin,(ni main2 je). Soalan pertama mak akan tanya, solat dia macam mana? Bukan dia nak tanya anak siapa ke, belajar kat mana, kaya ke x,hensem ke x? Bukan semua tu. Sebab mak cakap, kalau solat cukup, insyaallah yang lain tu pun akan cukup untuk membimbing dan menyara aku dan anak2 nanti.
Ibarat kata rummate aku, tak mintak yang grad dari Al-Azhar, cukuplah dapat yang tak tinggal solat and tahu hukum Allah. :)
“Sesungguhnya
Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan-Ku. Oleh itu, sembahlah Aku, dan dirikanlah
solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha, ayat 14)