Salam
Aku tau mesti semua dah bosan kan,bukak blog aku tak de update. Kan kan.. Asyik tengok jadual exam aku je, sampai dah keluar pun resultnya. Hehe. Biasa la kan,rajin manusia ni ada naik ada turun. Macam iman la kan. Ok abes muqoddimah.
Semalam 12 Februari 2012, aku telah meneroka sebuah gua yang terletak di Kampung Jeram di Perak yang dikenali sebagai Gua Tempurung. Setelah 2 tahun, aku lagi sekali kembali ke sini. Dulu bersama-sama Tunas Cemerlang, tapi dulu kami hanya mengambil pakej Half Tour je. Semalam aku pergi bersama-sama 27 orang termasuk Budak Civil dan beberapa orang Budak Chemi. Kami ambik yang Grand Tour punye. So, abis satu gua tu la kami teroka. Al maklumla tak pernah merasa jadi orang gua.
Ekspedisi kami bermula seawal 7 pagi. 7 pagi tu janji Melayu punya la. Selepas breakfast di sebuah restoran mamak iaitu Restoran Ameeth kami memulakan perjalanan secara berkonvoi 7buah kereta menuju ke Gua Tempurung yang memakan masa selama 45minit dari Tronoh.
|
Breakfast di Ameeth di hadapan sinaran matahari. Ada VITAMIN B tu. |
|
Konvoi 7 kereta. Dah macam X Tuned dah. Haha |
Sampai di sana bergambar lagi sebelum masuk. Gambar dengan manusia memang tak dapat dipisahkan bagai ikan dengan air. Sebenarnya nak tengok different sebelum masuk gua dan selepas keluar dari gua.
|
Wajah bersih sebelum masuk gua |
Ekspedisi yang penuh onak duri, liku dan ranjau ini mengambil masa selama 4jam. Dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Oh,jangan ingat kat dalam macam hotel ye, boleh landing2 dalam aircond yang diterangi cahaya malap. Tidak sama sekali. Hanya yang kuat fizikal dan mental sahaja boleh melaluinya. Kalau rasa diri tak kuat, kena gigit nyamuk sikit pun dah nanges, disarankan tak payah la pergi. Ini bukan main2, ini serius. Bukanlah nak berlagak aku ni kuat sangat. Tapi kalau dah berjaya keluar senyum nampak gigi tu, boleh dikategorikan sebagai kuat la kan. Haha.
Ekspedisi ini banyak mengajar erti semangat setiakawan dan teamwork. Baru aku tau, ramai jugak kawan2 aku yang sayang aku rupenye.. Hehe. Terima kasih kepada yang menyelamatkan aku semalam. Tak kisah la pertolongan korang besar ke kecik ke, even yang bagi aku minum air pun semalam, aku hargai niat baik korang.
Selepas 4 jam bertarung nyawa di dalam gua yang gelap itu, akhirnya kami nampak cahaya, menandakan kami hampir sampai ke pintu keluar gua. Fuhh. Alhamdulillah. Finally, WE DID IT!!!
|
YESSS!!WE DID IT!!! |
Ekspedisi yang sangat mencabar bagi aku. Cukup la dah merasa sekali. Nanti kalau orang tanya, tak de la malu sangat kan cakap aku dah pergi. Sangat penat tapi sangat best! Walaupun dah keluar tu rasa macam dah hilang lutut, bontot dan tangan, tapi kenangan Ekspedisi ke Gua Tempurung tak kan dapat ku lupakan. Banyak kali la jugak aku test kekuatan bontot ni..
jatuh dalam kurungan. Haha. Sampai ke hari ni rasa sakit lagi. Skru2 pun rasa dah longgar. Nasib baik boleh makan nasi pakai tangan lagi..
Penat2 meneroka gua, inilah makannya....
|
Bila orang gua jumpa KFC |
|
Macam ni lah jadinya.. |
|
Untung orang gua zaman sekarang.... |
|
Senyum sampai telinga dapat makan KFC...
|
Kalau korang, mesti pandang sebelah mata je kan kalau KFC. Hekeley KFC je pun... Yela kat dalam gua ada tanah, air sungai, limestone, kala jengking ngan batu je weh.. Kami nak merasa pulak makan ayam pulak..
Bajet duduk gua dua bulan. Haha
Mungkin dengan sedikit coretan ini, dapat ku jadikan sebagai diari hidupku. Nanti tua2 baca balik, dapat sengih sorang2. Boleh cerita kat cucu2.. Bukan nak suruh orang baca pun. Haha. Kalau dah terbaca tu,terima kasih la ye..
Sekian,...
No comments:
Post a Comment