Followers

Monday, February 13, 2012

Hafalan Shalat Delisa



Salam

Baru saja menghabiskan sebuah cerita Indon. Bukan Bawang Putih Bawang Merah tu. Citer tu langsung tak de pengajaran. Mengarut je lebih. Pari-pari la. Mati hidup semula la..

Cerita yang aku maksudkan adalah Hafalan Shalat Delisa. Cerita ini mengisahkan seorang gadis kecil yang ceria bernama DELISA, tinggal di sebuah kampung kecil di Pantai Acheh. Ayahnya bekerja di luar negara dalam sebuah kapal tangki minyak.

DELISA sangat rapat dengan ibunya yang dipanggil UMMI. DELISA ditemani UMMI menjalani ujian solat, tiba-tiba Tsunami melanda, memusnahkan kampung kecil mereka. Kakak-kakak dan UMMI nya meninggal dunia dalam kejadian itu. DELISA diselamatkan oleh seorang askar bernama SMITH. Malangnya, kecederaan menyebabkan kaki kanan DELISA terpaksa dipotong. Namun begitu, selepas peristiwa itu DELISA tetap berkongsi tawa dengan semua orang. DELISA ibarat Malaikat kecil yang selalu membawa tawa disetiap kehadirannya.


Bagi aku cerita ini penuh dengan pengajaran. Antaranya ialah ketaatan kepada suruhanNYA, ikhlas dalam beribadat, nilai kekeluargaan dan kesabaran menghadapi ujian NYA. Sepatutnya cerita-cerita begini yang harus disiarkan di TV, bukan cerita Sumpahan Kum Kum, Hantu Dalam Botol Kicap, BUKAN! Bukan jugak cerita sinetron yang ada pari-pari yang selalu disiarkan itu.

Siapa yang tengok pasti menangis. Paling ego pun berkaca la mata tu. Aku bagi 9/10 la. Kata best, kenapa tak 10? Sebab... 10 tu hanya untuk Allah je.. Hanya DIA yang TERBAIK.. Nak tau, tengok sendiri. Hehe..


Sekian,...





5 comments:

  1. hahaha.first time yau tak jadi orang first.. dah tgk ke cite ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas nak komen, sbb mu post awal dr aku haha..



      letak la button LIKE wei..smpai leni aku failed nk letak reply komen button >_<

      Delete
  2. citer ni based on cter sebenar kan farhana? kalau x silap, time tsunami kt acheh tu btol2 blaku, btol x?

    ReplyDelete
  3. dah tgk kat astro! kusyuk budak tu solat smpai tak sedar tsunami. :)

    ReplyDelete