Followers

Tuesday, February 23, 2010

For the Rest of My Life

For the Rest of My Life Lyrics

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart


p/s: Aku tujukan lagu ni khas buat semua sahabat2ku yang selalu berkongsi suka dan duka dengan aku,walaupun lagu ni sebenarnya ditujukan oleh seorang suami kepada isterinya..

-menunggu 'puteraku' menyanyikannya untukku dalam mimpi..wuahahaha .- ^__^ =)

Saturday, February 20, 2010

nak pahala free x?

Sering kali kita dapat dosa free je kan melihat maksiat di mana2. Kali ni kita cuba dapat pahala free pulak dengan melihat 4 perkara ni. Semoga dapat redeem balik dosa2 yang pernah kita lakukan. Insyaallah..


(1) Melihat kaabah

bila la dapat pergi haji ni..

(2) Melihat ibu kita dengan penuh kasih sayang

lama tak tengok dia senyum macam ni..

(3) Melihat al-Quran nul karim

jangan tengok sahaja, luang la masa untuk membacanya..

(4) Melihat laut sambil memikirkan kekuasaan Allah swt

tengok laut je tau,jangan tengok buih,nanti otok benok (otak lembab+dungu). Ini fakta.

Senang je kan nak dapat pahala? Tapi jangan duk asyik tengok mende ni je sampai x smyang bang.. Yang wajib tetap wajib. Sekian,sharing is caring.


p/s: teringat kat mak sebenarnya lepas dengar suara dia, mak pesan suruh teruskan hidup walau ape pun terjadi..mak doakan saya jadi anak yang kuat,doa orang yang sakit apetah lagi seorang ibu tidak disia siakan Allah..kuat ye mak!

Thursday, February 11, 2010

kisah seorang cooking disorder

Disebabkan tidak tahan dengan insiden yang berlaku,aku terus melepaskannya di blog ini. Sangat susah untuk aku makan hati or terasa dengan orang. Aku tidak suka ambil kisah apa orang cakap pasal aku,apatah lagi mengutuk aku. Mungkin satu kelebihan yang Allah bagi pada aku. Alhamdulillah. Aku bersyukur. Namun, untuk satu benda ni,memang aku tak boleh tahan. Memang aku tak boleh berlakon untuk tidak menagambil peduli kata2 orang itu. Aku dah cuba. Tapi masih tak boleh.

Sebenarnya dah lame aku nak keluarkan isu ni. Tapi tahap sabar aku masih di bawah tahap boleh kawal. Sekarang dah sampai tahap optimum kot,sampai aku berani buat entry ni. Aku boleh terima ape saje kutukan orang,tapi bila orang kutuk aku mengenai "kisah hidupku di dapur" aku sangat sensitip. Serius. Tak tipu.

Insiden di rumah, aku mengaku, kalau dibandingkan dengan adik pompuan aku,aku memang tidak arif pasal ilmu memasak ni. Tapi,bukan bermakna aku tidak pernah sekali pon sentuh kuali or pisau. Aku perempuan. Aku tahu,aku harus lakukan semua itu. Ayat yang aku salu terima, "na,xkan mende senang ni pon x tau buat.buat malu je jadi pompuan.." sirius tak tipu. Kalau aku x ke dapur,cakap aku pemalas. Anak dara tak tau masak la. Ape la. Bila aku ke dapur,semua yang aku buat,semua tak kena. Walaupun sekecil zarah mende yang aku buat MESTI WAJIB ade komen!! Tensionnnya aku!!!Tak masuk lagi kutukan adik2 lelaki ku. Lagi la dasyat. Kate laki. Kenapala aku dilahirkan macam ni????Ini kisah di dapur sahaja ya.

Itu kisah adikku,abah pulak. Kalau aku masak sesuatu atau sediakan kopi kegemaranya,mesti ade yang tak kena. Dan setiap kali abah suruh aku buat kopi or anything,aku menjadi trauma. Macam2 doa aku baca nak kasi sedap dan tak mau kena kutuk.Kalau aku igt satu quran tu,aku bace kot. Kadang2 tu aku mengambil masa stgh jam nak siapkan satu cawan kopi. Aku tak mintak jadi begini. Aku nak belajar. Tapi setiap kali aku nak belajar,kenapa semua orang meruntuhkan semangat aku? Kenapa? Adakah aku ada cooking disorder? Tidakk...xdapat terima semua tu.

Kalau semua orang buat aku macam ni,semakin lama nanti,aku akan semakin takut untuk ke dapur. Dan yang paling malang nanti ialah suamiku. Ni kisah akan datang. Abaikan buat masa sekarang.

Itu baru di rumah,x masuk lagi kat UTP,aku paling sensitip bila aku buat or masak sesuatu,dan beri pada orang,then orang akan cakap," ko ke yang masak ni,cam x caye je". Tahun lepas,aku pernah masuk pertandingan memasak di universitiku, dan memenangi tempat ke dua. Sangat gembira. Tapi, hampir semua orang cakap,"alah,setakat ko tolong potong bawang je,boleh la." Semangatku runtuh lagi. Aku tidak minta untuk dihargai. Tapi at least tolong la jangan jatuhkan semangat aku. Aku dalam proses nak belajar. Aku pun manusia jugak. Kambing pun menangis cakap die busuk. Memang aku sangat sensitip bab ni. Kalau korang nak kutuk aku ape benda pon aku tak kisah. Sirius. Aku tak kisah. Tapi,part ni,sorry to say ar. Jangan terkejut la kalau satu hari nanti,tetibe masuk paper sorang budak mati bunuh diri makan bawang dan cili cicah mauripan akibat tekanan. Aku harap xde la.

Tapi alhamdulillah,aku mempunyai seorang sahabat yang selalu menaikkan semangat aku untuk terus belajar memasak. Namun nauzulillah,apabila masakan aku lagi sekali dikutuk. Kat umah boleh la nak menangis dalam jamban,kat sini,jamban terbukak atas,nanti orang dengar. Menangis dalam hati je la.

Aku mintak maaf jikalau entry ini melukakan hati sesetengah pihak,walaupun aku tahu mereka tidak berniat melakukannya. Tapi,just luahan hati seorang insan yang bernama perempuan. Mungkin bukan aku seorang yang mengalaminya.

Tuesday, February 9, 2010

Merapu merepek

Genap sebulan tak update blog. Mesti semua menyampahkan,bukak2 tengok gambo bawah ni.hee~ Maaf semua. Terlalu malas sekarang. Malas nak belajar. Malas nak hidup. Malas nak update blog. Serba serbi malas. Tak tau la penyakit ape ni. Macam kena curse pulak. hahaha..
Ni saje try bukak,tengok pandai tak lagi buat entry baru..

Jumaat ni balik kampung,tak sabar nak jumpa family,terutama ibu tercinta. Semoga ibu dapat mengukirkan senyuman yang manis kepadaku nanti. Balik nanti harap2 aku tak kena masak dah.

Hari ni hari Rabu, 2 briefing aku ponteng. Tidak ada sebab lain,sebab MALAS jugak.haishh.

Tadi sempat tidur 3 jam sebelum zohor, tetibe termimpi apa ntah,mimpi sedih jugakla. Menangis bagai aku. Bangon2 tengok mata dan pipi sudah basah. Harap2 tangisan itu tidak berbunyi semasa aku tido. Malu dengan rummate kalau dia dengar.

Aku dah kurangkan aktiviti lagho aku sekarang iaitu berfesbuking. Alhamdulillah, 2 hari ni ada improvement.yeah~ But then,kita tengok 20 hari lagi cam mane...hehe

Aku dah memulakan gaya hidup yang sihat sekarang. Setiap petang aku akan bersenam di bilik selama 15-20 minit bersama sama Liyana dan rummatenye,mira. Alhamdulillah 2 hari ni menjadi. Kita tengok 20 hari lagi cam mane...hehe~ Yana,you go girl!!you can do it!we'll see the result later.

Aku rindu dengan kawan2 lamaku. Today,my bestfriend Aliaa will fly to Australia. Good luck, dear. ^_^ Kepada yang lain termasuk aku teruskan perjuangan walau di mana kita berada.


Aku merepek...tapi alhamdulillah aku pandai lagi rupanya menulis.