Followers

Saturday, August 11, 2012

Kehilangan terbesarku.

Salam,

Di tengah kesibukan menyiapkan report FYP, aku tetap ingin menulis di sini. Sebab aku tau, report aku tak kan siap selagi belum tiba due date. Biasa la, student universiti. Bagi awal2 pun, bukan nak buat kan, esok nak hantar malam ni kompem siap nya. So aku bermain main la dulu di sini.

Hari ni genap seminggu pemergian atuk aku yang ku panggil tok ki pergi menemui Rabbul Izzati. Masih terbayang-bayang lagi wajah tok ki menyuruhku urut tangannya, picit belakangnya. Hmm..masih terasa lagi kekasaran tapak tangannya tatkala aku bersalam dengannya, kelicinan dahinya tatkala aku menciumnya. :(

Aku tidak pernah merasa kehilangan orang yang sangat rapat denganku. Ini adalah kali pertama dalam hidupku. Ya memang, atuk dan nenek sebelah abah dah meninggal. Tapi diorang meninggal masa aku masih kecik, dan aku sangat jarang berjumpa mereka disebabkan jarak Terengganu-Johor yang jauh. 

Berbanding dengan tok ki, aku lebih rapat dengannya. Sebab, masa kecik aku dibesarkan oleh tok dan tok ki aku. Semasa mak dan abah pergi kerja, tok dan tok ki lah menjaga kami. Kalau kami balik lewat dari sekolah, tok ki la akan pergi cari kami di sekolah. Betapa risaunya dia kalau aku balik lambat, rupanya di sekolah sedang bermain tiang. Kalau hujan, tok ki la datang menjemput aku dari sekolah dengan berjalan kaki sambil memegang sekaki payung berwarna hitam. Aku tak boleh lupa itu. Tak kan boleh lupa. Tak kan.. :'(

Teringat masa dulu2, tok ki pernah menghantar aku untuk menghadiri reunion bersama kawan sekolah rendahku dengan menaiki motosikalnya. Masa tu, aku menolak untuk dia memboncengku, sebab aku malu naik motosikal lamanya, motosikal lampu bulat, takut ditertawakan oleh orang kampung yang melihatnya. Biasalah budak2 kan. Hidup nak bergaya je. Tapi itulah yang tinggal kenangan sampai sekarang, motosikal tua tu dah dijual, Tuannya pun dah diambik oleh Pemilik kekalnya. 

Tok ki la yang selalu membuatkan kami layang2 waktu dulu kalau ada musim layang2 di kampung. Walaupun hanya memakai surat khabar lama, kami tetap eksaited. Kalau tak, kami tak tahu macam mana nak buat layang2 sendiri. Sekarang ni, kalau nak, tunjuk je,mak bayar. It's not the same. Not at all. :(

Banyak kenangan dengan tok ki yang kalau diceritakan boleh menangis air mata berdarah depan laptop ni. Aku redha dia pergi sekarang. Tambah2 di bulan Ramadhan penuh barakah ini. Biarlah dia pergi, sebab dah lama dia menderita dengan sakitnya. Semoga kesakitan yang dialaminya selama ini adalah sebagai kafarah dosa2nya. Semoga terhapus segala dosa2nya selama dia sakit tu.

Tok ki selalu pesan, jangan sesekali tinggal solat. Nak keluar rumah tutup aurat. Belajar betul2 sampai berjaya. Sayangnya, aku tidak sempat menunjukkan segulung ijazah pada tok ki. 

Tok ki, rindukan tok ki SANGAT5! Ya Allah tempatkanlah tok ki ku dikalangan orang beriman, Permudahkanlah urusannya di sana. Masukkanlah dia ke dalam syurga bersam orang2 yang beriman.al- fatihah..

Dalam kenangan..with tok, adik dan tok ki.

Arwah pergi meninggalkan kami buat selama lamanya pada 15 Ramadhan 1433 bersamaan 4 Ogos 2012 jam 740 petang waktu berbuka..



"Yang pasti adalah tidur dan mati merupakan duahal dari jenis yang sama. Hanya saja kematian adalah putusnya hubungan secara sempurna, sedang tidur adalah putusnya hubungan tidak sempurna dilihat dari beberapa segi." surat Al-Zumar(39): 42 

Ok, masa untuk mati sementara. (Tidur) Maafkan segala dosa2ku. Wassalam.





4 comments:

  1. semakin meningkat dewasa, kehilangan orang yg tersayang itu adalah kemestian.

    al-fatihah

    ReplyDelete
  2. al-fatihah.. moga rohnya dirahmati..

    ReplyDelete
  3. al fatihah..bile kehilangan mmg akan terasa..jgn lupe hargai yang masih hidup..insya Allah..

    ReplyDelete