Salam
Ok,siapa yang dah sunat je boleh baca. Siapa yang belum, AWAS!
Bagi yang tak tau, Sunat or Khatan adalah perkara yang wajib dilakukan oleh setiap lelaki Muslim. Nak tau lebih lanjut google la sendiri. Malu la kalau aku yang kupaskan. Malu, buat jugak entry pasal ni kan. Hehe. Aku tau pasal khatan ni pun masa zaman terbitnya komik anak2 sidek dulu. Aku dulu peminat setia komik ni kot. Setiap keluaran aku beli.
Dalam salah satu keluaran komik ni, ada menceritakan pasal kisah Ajib (Razif Sidek) yang ingin berkhatan. Dalam tu ada la gambar yang dia tunjuk. Ha! Bukan gambar tak senonoh ye. Bun (Misbun Sidek) ni suka takutkan si Ajib ni. Dia bagi gambaran kat Ajib kalau orang bersunat macam mana. Ada batang pisang.. Ada tok mudim sedang asah pisau rambo nya... Pastu ada tempurung... Aku yang baca je pun jadi seghiau membayangkan. He.. Waahh,sampai sekarang aku ingat doe. Suruh baca buku Building Design xde pulak nak ingat macam tu kan.
Sejak pada itu la aku pon set mind aku ni macam tu setiap kali kalau aku dengar pasal khatan ni. And aku selalu guna point ni nak takutkan abang and adik2 lelaki aku. Sekarang tinggal sorang lagi yang belum bersunat iaitu adik bongsu aku yang gambar dia kat tepi ni. Adik aku sorang ni pelik sikit. Muka je ganas,tapi penakut. Kat sekolah, dia selalu cakap dia la gangster sekolah. Semua orang takut dengan dia. Siap ade bodyguard bagai. Ni apa yang dia cerita kat aku la.Tapi hakikatnya, tidur sekarang pun masih dengan mak ayah aku. Gangster la sangat.
Tibe part sunat je,terus biru muka dia. Aku selalu takutkan dia if dia tanya sunat tu cam mana. " Sunat tu kan macam ni, nanti tok mudim tu kerat macam kite potong batang pisang. Zassss!" sambil buat gaya yang agak extreme. Terus adik aku buat reaksi yang betul2 ." AArrrghhhh SAKITT!! xboh sunat la gini! Nak sunat umur 30 la".
|
Ni la azim my adik bongsu yang sangat nakal bersama anak saudaranya. |
Untuk pengetahuan, esok lusa adik aku ni bakal menamatkan zaman kanak2 nya. Nanti dia nak jadi lelaki dewasa dah. Hehe. Yang peliknya kan, 2,3 hari ni dia selalu call aku pakai hp mak aku. Motifnya, pertama,nak suruh doakan dia bersunat dengan selamat. Aku tau die tengah berdebo tu. Dengar pada suara nya la.
Kedua, die nak mintak pengeras. Dah jadi tradisi setiap kali ada orang khatan, mesti kena bagi hadiah/duit/mainan/apa2 saja lah. Adik aku sorang ni pulak dia mintak aku hadiahkan dia PENDRIVE 8G. Tak paham aku dengan adik aku sorang ni. Orang lain sunat,mintak psp la, kereta control la, dia nak PENDRIVE 8G??? Apekah?
Katenye pendrive 8g untuk bahagian POTONG. Basikal fixie untuk bahagian TAHAN SAKIT. PSP untuk bahagian cucuk ubat bius. Hmmm, ni la beza budak sekarang ngan dulu. Eh tak,ni la beza lelaki bersunat dengan perempuan beranak. Aku wonder la, sakit sangat ke sunat tu sampai nak basikal fixie,psp? Orang beranak bagi biskut je. Siap suruh aku amik cuti lagi tengok die sunat. Eerrrk..
Doakan adik aku selamat ye. Takde kan doktor yang salah potong. Bimbang jugak aku ni.