Followers

Thursday, April 21, 2011

Siapa SYAFIQ?

Salam..

Kisah ini tiada kaitan dengan Syafiq Kecik or Syafiq Syazwan (betol ke nama ko ni), budak class aku skrg. Takde juga kaitannya dengan Syafiq Hassan, budak class aku ketika di SBPIBR dulu. Langsung xde kaitan juga dengan Syafiq Muda, kawan sekolah rendah ku dulu, up sikit nama, Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa yang ku sayangi sampai sekarang.

Tapi kisah ini ade kaitannya dengan Syafiq yang tidak pernah ku kenal. Tidak pernah ku jumpa. Tidak pernah kulihat. Oh Syafiq, siapakah kau sebenarnya.

Aku pernah cerita dalam entry sebelum ini, rujuk sini , setiap kali first time jumpa orang baru kenal, mesti dia nak samakan muka aku dengan seseorang. Tapi kali ini berbeda, selepas tender briefing di site semalam, aku lunch bersama engineer ku, dan nak dijadikan cerita die mengajak 3 orang kawannya yang bekerja di IWK sekali. Oh terasa hot diapit 4 jejaka ganteng. Ha Ha.

Ceritanya, adalah sorang kawan die ni, asyik duk pandang je aku makan. Dalam hati, ada nasi ke kat hidung aku or hodoh sangat ke aku makan. Perpepsi manusia bila orang asyik memandangnya. Then dia bersuara, " Mung perasang x, muka dia macam muka Syafiq" .

Yang lain dah stat pandang aku dengan gelak jahatnye. Aduh.. MALUNYAAaa. Rasa nak angkat pinggan nak makan bawah meja je. Dah la baru kenal aku, selamba badak je tegur aku camtu. Dahla samakan aku dengan muka Syafiq. Kalo Joyah xpe gak. Ape muka aku ni jantan sangat ke??

Ini dialog yang aku sempat rakam dengan otak aku di kala muke tengah bere (bengang).
"Mung ni gok, ade ke samekan muka dia dengan jantan. Aku tengok cukop ayu doh tu"
"Bukang muka die yang napok jantan, muka Syafiq tu muka tine"
Pesanan dari penaja, kalau tak faham,sebut satu2, lama-lama faham la. Insyaallah.

Ni la yang aku tak faham dari dulu sampai sekarang. Kalau jumpe orang baru kenal mesti camni. Mungkin Syafiq ni orang yang ke tujuh kot yang mempunyai iras muka denganku. Lainkali, biar aku yang stat perbualan kalau jumpe orang yang baru kenal, tanya dulu diorang 'muka aku ni ada sama dengan sedare2 diorang tak'. Hmm... betol jugak kan, baik cube..

Kepada Syafiq yang tidak kukenal, entry ni aku tujukan khas untuk kau. Mesti kau comel kan. HA HA HA HA.

Tunggu post menarikku akan datang! Roti canai dah pulang! Jom tambahkan kolestrol.

1 comment:

  1. kalau muka cm ahmad syafiq nk? macho kot...
    kahhhhhhhhh!!!

    ReplyDelete