Salam
Aku ingat aku kuat bila mak dan abah tiada. Ternyata aku memang lemah. Baru diuji sikit, aku dah tak berdaya. Banyak nye benda buruk terjadi kebelakangan ni. Lepas satu,satu musibah menimpa.
Walaupun benda tu tak menimpa pada diri sendiri, namun ia melibatkan orang-orang yang rapat denganku. Orang-orang yang aku sayang sebagai sahabat. Tpi aku anggap semua tu sebagai ujian dan peringatan buatku yang sentiasa lagha ni.
Dua hari sebelum mak abah pergi umrah, hati aku rasa sangat sayu. Sedih. Takot. Dan terasa benda buruk ingin berlaku. Seolah olah hatiku tidak dapat menerima peninggalan mak abah. Memangla pergi sekejap je. Tapi hatiku seperti tidak meredhainya. Astaghfirullah. Ampunkan aku Ya Allah. Sedangkan mereka pergi keranaMu..
Status di facebook ku 2hari lepas menunjukkan perasaan aku ketika itu,
kenapa kebelakangan ni rasa pelik je.rasa x sedap hati..takot..sedih...rasa semakin sayang kat family...lindungilah semua ahli keluargaku ya Allah..
status ni aku buat sehari sebelum mak abah bertolak ke umrah. Tinggallah aku empat beradik di rumah. Dan sekarang aku adalah sebagai ketua keluarga menggantikan mak abah. Aku lah mak. Dan akulah abah. Inilah kali pertama kami ditinggalkan..
Ternyata apa yang aku rasa sebelum ni benar2 terjadi. Dan ianya terjadi kepada diriku sendiri. Aku terlibat dalam kemalangan jalan raya selepas pulang dari kerja petang semalam. Iaitu sehari selepas mak abah aku meninggalkan kami. Diuji lagi.. Bersyukur kerana tidak melibatkan kehilangan nyaw
a. Alhamdulillah3..ingin menitis air mataku ketika menulis entry ini. Disaat mak abah tiada aku diuji seperti ini. Terasa seperti tiada tempat bergantung. Adik2 aku la penguat semangat aku semalam.. Aku tak mampu untuk cerita semua, sbb dah penat menangis semalaman. Aku tak mau menagis lagi..Kesian makcik dan pakcik aku terpaksa datang membuat air jampi untukku semalam...
Semoga apa yang berlaku semalam,menjadi iktibar buat diriku terutamanya. Dan berharap kejadian semalam mematangkan lagi aku disaat ketiadaan mak dan abah.. Terima kasih buat insan2 yang sudi membantu,bekas bosku, Encik Hasmadi dan wak karlim terutamanya.. Allah sahaja dapat membalas jasa baik kamu..dan semua yang membantu semalam.
Lindungilah kami ya Allah. Lindungi mak abah di sana. Lindungilah kami adik beradik. Lindungi makcik dan pakcikku ya Allah. Lindungilah sahabat2ku. Lindungi kami semua dari kecelakaan dan musibah. Amin..
Buat Hazwan Arif, semoga selamat menjalani pembedahan hari ni..Aku doa mu cepat sembuh.. Lumba lari ngn aku pulok nanti..he
sabar fana !
ReplyDeleteaku tau mu kuat ...
Allah beri ujian pada hamba nya yang mampu saja...
so, ko memang mampu hadapi ujian2 ni...
fighting farhana!! =D
btl ckp sky tu...
ReplyDeletesemoga Allah bgi kekuatan utk anda n adik2...
chaiyok popo!!kami doakn anda tabah...
olololo~
ReplyDeletecian nye die.
cabaran n dugaan. snyum sokmo deh :)