Followers

Friday, December 31, 2010

Menjelang 1.1.11

Salam 1 Malaysia

Lagi berapa jam kita akan menyambut tahun baru. Seperti biasa, umur bertambah lagi satu. 21+1= 18.. Betul kan? Add math saya fail dulu. Betul la kot.. Haha. Bile nak pilihan raya ni. Tak sabar nak mengundi. Nak rase duk dalam kotak undi tu. Cane ye rasenye.. Haha. Darak ulu pueh mu Farhana Roslee.

Asal tahun baru je,mesti orang bercakap pasal azam baru. Azam baru. Azam baru. Azam baru. Azam lame takde pulak org cakap dah capai ke belum. Aku tak pernah ade azam baru menjelang tahun baru. Sebab tiap2 hari aku bangun tidur pon aku ade azam baru. Berhati hati semua. Farhana sedang menipu ni. haha..

Ape azam baru aku tahun ni? Nak bangun pagi awal2. Tidak. Nak belajar masak sampai pandai. Pon tidak. Abes la jatuh saham aku lepas ni. haha. Nak jadi the hardworking pekerja. Tidak kot. Nak belajar bersungguh2. Mungkin ye. Tapi sem ni aku pektikal. So,tidak jugak lah. haha. Hm. azam aku tahun ni.. adalah aku nak ajar dan didik adik bongsu aku sampai pandai basuh berak sendiri.. Dalam erti kata lain,nak ajar die sampai pandai. Pandai belajar. Pandai mengaji. Pandai menguruskan diri. Pandai berfesbuk. Dan sebagainya.

Adik bongsu aku ni special sikit. Hyperaktif. Mungkin sebab die dilahirkan tidak cukop bulan. Sebut la semua aksi2 extreme, semua dia pernah cuba dan alami. Dan tak pernah serik. Dilanggar MPV. Sudah.. Jatuh dari pokok. Berapa kali dah. Tuh buaian depan umah tu,jadi tempat die buat gimnastik hari2. Dah bengkok sikit besinya. Aksi membelasah kawan2 tu aku x tau la. Kalau kat umah, hmm.. malas la nak cerite panjang2. Bayangkan spiderman or cicakman je la. Macam tu la adik aku yang berumur 9tahun. Tapi satu je die tak pernah cube and takut nak cube, bersunat atau berkhatan. Sebab dua,dua abangnya selalu memberi bayangan yang buruk kepadanya..Termasuk la aku. haha. Padan muka kau dik.. Tapi yang ni semua lelaki takut kan? Kan..kan..sakit sangat ke?hahaha. Ops isu sensitip!

Berbalik kepada azam. Aku harap,azam aku kali ni tercapai walaupun die tak dapat no satu dalam kelas. Walaupun die tak khatam satu Quran. Walaupun die masih tak pandai lipat baju sendiri. Asalkan ade sedikit perubahan. Mudah mudahan..

Semoga azamku yang ini tercapai sebab ini adalah amanah ibuku. Demi mak. Dan kerana Mu ya Allah..

p/s: isu 1.1.11 di fesbuk tu adalah tidak benar sama sekali.. Maaf ye kepada sesiapa yang terkena. Itu adalah gurauan semate2..hehe. saje gatai sikit..tapi kalau betol kan best..haha.kay stop it Farhana!

4 comments:

  1. please la belaja bgn awal...kalo x,final year nnt, kite jarang pi clas lagi...silap2,dorg xknl kita dah...=p

    ReplyDelete
  2. sorry partner,
    sejak dah tak sebilik ngn ko ni,
    aku dh makin tinggalkan rutin harian kite dulu..

    kay2,aku cube blaja bgon awal..

    ReplyDelete
  3. Berat nanang mu nih..blaja malas,masak malas,bgn awal malas..jom join club aku!
    muahaha~

    ReplyDelete
  4. hahaha
    mu lagi berat nanang!!
    semua ni terikot ikot mu la ni
    mu sifu aku

    ReplyDelete