Ini lah yang saya katakan post menarik pada entry yang lepas. Harap2 menarik la ye. Haha. Kalau tak menarik, sila tekan pangkah di hujung kanan skrin anda. Mungkin ramai yang tidak tahu aku buat bisnes kecil-kecilan sekarang. Bisnes ni actually dah lame start. Awal tahun ini. Tapi aku tidak publishkan secara besar-besaran. Medium promosi aku hanyalah mulut. Hehe.
Mestilah bisnes Kek Cokelat kan. Dah tajuk pon kek cokelat. Bisnes ini adalah joint venture between me and my only one sister Cik Nur Fatehah Roslee. Dan ini adalah idea kami berdua di kala kami sedang berangan menjadi orang kaya. Haha..
Namun begitu, ini adalah bisnes sementara kami sekadar hobi masa lapang memandangkan adikku sekarang sedang menunggu tawaran pengajian. Sementara aku berada di Terengganu tidak lama. Selepas internshipku habis,aku terpaksa berhijrah kembali ke Perak. Tapi,tak tau la kan, bunda tercinta mahu mengambil alih tugas kami nanti.
Tapi itu semua tak penting, yang penting kami gembira dan bersyukur kerana bisnes kek coklat kami mendapat sambutan. Memangla tak sama dengan secret recipe. Dengan kedai kek kampung pun kami kalah. Tapi Alhamdulillah tempahan tu tidak putus dari minggu ke minggu. Kek coklat kami ringkas dan biase je. Tapi ramai yang suka sebab choc moist nye. Lembab2 gitu.. Mari lihat.. Ni hanya beberapa je. Sebenarnya banyak lagi. Lain kali aku upload lagi. Insyaallah.
Kek atas ni ditempah oleh Kak Zan. Kakak ofis tempat praktikal lamaku. Banyak kali jugak dia tempah. Sebab Kak Zan dan anak-anaknya Hantu Kek Coklat. Harga : RM 25 dan ke atas (sekilo)