Followers

Friday, December 31, 2010

Menjelang 1.1.11

Salam 1 Malaysia

Lagi berapa jam kita akan menyambut tahun baru. Seperti biasa, umur bertambah lagi satu. 21+1= 18.. Betul kan? Add math saya fail dulu. Betul la kot.. Haha. Bile nak pilihan raya ni. Tak sabar nak mengundi. Nak rase duk dalam kotak undi tu. Cane ye rasenye.. Haha. Darak ulu pueh mu Farhana Roslee.

Asal tahun baru je,mesti orang bercakap pasal azam baru. Azam baru. Azam baru. Azam baru. Azam lame takde pulak org cakap dah capai ke belum. Aku tak pernah ade azam baru menjelang tahun baru. Sebab tiap2 hari aku bangun tidur pon aku ade azam baru. Berhati hati semua. Farhana sedang menipu ni. haha..

Ape azam baru aku tahun ni? Nak bangun pagi awal2. Tidak. Nak belajar masak sampai pandai. Pon tidak. Abes la jatuh saham aku lepas ni. haha. Nak jadi the hardworking pekerja. Tidak kot. Nak belajar bersungguh2. Mungkin ye. Tapi sem ni aku pektikal. So,tidak jugak lah. haha. Hm. azam aku tahun ni.. adalah aku nak ajar dan didik adik bongsu aku sampai pandai basuh berak sendiri.. Dalam erti kata lain,nak ajar die sampai pandai. Pandai belajar. Pandai mengaji. Pandai menguruskan diri. Pandai berfesbuk. Dan sebagainya.

Adik bongsu aku ni special sikit. Hyperaktif. Mungkin sebab die dilahirkan tidak cukop bulan. Sebut la semua aksi2 extreme, semua dia pernah cuba dan alami. Dan tak pernah serik. Dilanggar MPV. Sudah.. Jatuh dari pokok. Berapa kali dah. Tuh buaian depan umah tu,jadi tempat die buat gimnastik hari2. Dah bengkok sikit besinya. Aksi membelasah kawan2 tu aku x tau la. Kalau kat umah, hmm.. malas la nak cerite panjang2. Bayangkan spiderman or cicakman je la. Macam tu la adik aku yang berumur 9tahun. Tapi satu je die tak pernah cube and takut nak cube, bersunat atau berkhatan. Sebab dua,dua abangnya selalu memberi bayangan yang buruk kepadanya..Termasuk la aku. haha. Padan muka kau dik.. Tapi yang ni semua lelaki takut kan? Kan..kan..sakit sangat ke?hahaha. Ops isu sensitip!

Berbalik kepada azam. Aku harap,azam aku kali ni tercapai walaupun die tak dapat no satu dalam kelas. Walaupun die tak khatam satu Quran. Walaupun die masih tak pandai lipat baju sendiri. Asalkan ade sedikit perubahan. Mudah mudahan..

Semoga azamku yang ini tercapai sebab ini adalah amanah ibuku. Demi mak. Dan kerana Mu ya Allah..

p/s: isu 1.1.11 di fesbuk tu adalah tidak benar sama sekali.. Maaf ye kepada sesiapa yang terkena. Itu adalah gurauan semate2..hehe. saje gatai sikit..tapi kalau betol kan best..haha.kay stop it Farhana!

Thursday, December 16, 2010

Rindu kamu

Salam satu Malaysia.

Lame tak jenguk blog ni..rindu pulak.. Sebut pasal rindu ni..banyak mende yang aku rindu sekarang.. Sejak memulakan kehidupan sebagai seorang pekerja pelatih ni,banyak mende yang aku tak dapat lakukan sekarang. Aku sangat merindui waktu dulu.

Aku rindu bangun pagi lambat pukul 10,11pg..
Sekarang,lepas subuh tak leh tido dah..830masuk kerja..

Aku rindu tido lewat malam, 1,2 pagi..
Sekarang sebelum kul 12 dh kena tdo,kadang2 kul9 dah tertido. Kecapetan..

Aku rindu minum pagi sambil bergosip2 dengan girfriend2ku..
Sekarang minum pagi smbil dengar orang duk cerita pasal bola.tak pon minum smbil dicemari asap2 rokok..

Aku rindu lunch same2 kat cafe..
Sekarang,makan nasi bungkus.Tak pun x lunch la jwbnye. Tak pun lunch dengan asap2 rokok la lagi skali..abes tercemar paru paru aku 8 bulan prektikal ni..

Aku rindu nak pakai baju2 perempuan..girlish2 sikit..
Sekarang,p keje pakai t shirt and slack je..otai..haha.

Aku rindu tidur di siang hari..
Sekarang nak take a nap kat surau jap pon takot..takot terlajak..

Aku rindu nak p window shopping,tengok baju2 lawa..tengok ragam orang kat shopping complex..tak pon p mydin mall pon jadi la..
Sekarang, tengok concrete.concrete.concrete..tengok pekerja2 indonesia bekerja..

Aku rindu kawan2 perempuanku..
Sekarang,sorang2 je perempuan kat tempat kerja..sedih la.

Aku rindu nak sembang2 pasal pompuan ngn girlfrend2 aku..
Sekarang asyik dengar diorang sembang pasal bola,kereta.bola,kereta..mensampah aku.

Aku rindu class yang ber'aircond'..
Sekarang 'class' kat bawah terik matahari..ngn 'lecturer'2 dari indonesia..tp bagus la,diorang banyak ajar aku..ape yang diorang ajar lebih nampak dari apa yang aku belajar dalam cls..walaupun diorang pekerja biasa atau lebih tepat lagi buruh binaan,ilmu diorang sangat berguna..dengan sape2 pon boleh belajar..selain engineer dan orang2 kuat syarikat, pekerja2 indonesia ni juga banyak memberi tunjuk ajar y berguna kepadaku..walaupon tengah panas, sibuk bekerja,diorang still memberi layanan y baik kepadaku. Terima kaseh mas. cewah..mas terus.. Haha..part ni paling panjang.

Aku rindu semua ni..rinduu...
Aku rindu masa lalu..

Yang aku tak rindu,
Assignment
Lab report
Lab wastewater
Test
Final exam
Lecture

Sekian esok diumumkan saya cuti,sape free esok,ajak la saya p jalan2...hirup udara segar..hari2 saya hirup asap rokok..


Sunday, December 5, 2010

Sehari Menjelang Praktikal

Salam

Esok 6 Disember 2010,bermula la hari internship or praktikal kami, pelajar tahun tiga Universiti Teknologi Petronas. Good luck kepada semua kawan2 baek yang intern kat Malaysia,overseas or over the sea, Sabah and Sarawak. Jadikan hari pertama ni,hari bersejarah buat kamu semua. Eh, silap..kita semua.. OKEY??!

Kepada sahabat2 tahun tiga, terutama warga CIVILIAN, Adah, Mareney, Farhana, Farahin, Nad, Nisa, Cikin, Sekai, Liyana, Wani, Soleh, Sya, Afaf, Balqis, Ain, Robi, Eniza, Put, Kel, Eton eh silap Izzatun, Gee, Ecah, Syazliyana, Iryani, Husna, Catherine, Su Jane, Goh, Huilin, Tracey,Meili sori kalau ade yang tertinggal,ALL THE BEST OKEY. wah tahniah untuk aku mampu ingat semua nama budak perempuan kelas aku .. Tunjukkan kemampuan kita dalam bidang ni walaupun kita ni wanita. Kita pun mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki. Kan kan?Sorry lelaki.hehe.

Yang lelaki pun same. Sori,xleh nak list nama,terlalu ramai. Dua kali ganda kami. Apepon, Gud Luck. Keje sungguh2. Cukup2. Yang lelaki tak payah pesan panjang2..Diorang ade satu telinga je. Hee. Semoga ketemu lagi 10bulan akan datang. Huhu. Yang bukan warga civilian pun same. Selamat berinternship semua.

Amboi farhana roslee..sibuk duk bagi wasiat kat orang. Sebenarnye aku sendiri cuak ni.. Debor.. Buat ni tak kena. Buat tu tak kena. Hadoi. Macam macam aku fikir untuk menghadapi hari esok. Baju ape nak pakai. Kasut ape nak pakai. Ape nak bawa. Nak pergi pukul berapa. Macam mana keaadaan tempat kerjaku nanti. Macam nak g jumpe bakal mak mertua pulak. Waa.. Cuak cuak. Cuak dandan. Istilah OBS dulu.

Jadi pagi tadi pergilah call bakal office ku esok, cewah..dah boleh sebut officeku konon konon nak memberitahu atau dengan kata lain nak memberi ingatan terakhir kepada pihak mereka akan ketibaan aku di ofis mereka esok. Bajet la diorang nak sambut aku dengan paluan kompang. Jangan berangan Farhana. Tolong. Tolong jangan berangan. Dalam hati cuak ni.. Berhati hati je menyusun ayat. Skima wa tertib terenim (tertib dan teratur) je struktur dan intonasiku. Jaga imej UTP kununnye lah.

Orang yang menjawab panggilanku pun perasan,barangkali budak ni terlalu nervous nak datang esok ni. Aku pun istiqomahkan lagi bicaraku, sebelum aku menekan butang End call hp aku,aku bertanya soalan last, "Cik, ade pape tak saya perlu bawa esok". Cik tadi jawab," Oh tak perlu bawok pape. Bawok diri jer.. Bawok pisang sikat bace dalam loghat ganu ye". Aku: ????? Aku yang mulanya kontrol bicaraku, akhirnya berguling guling ketawa atas katil. Cik tadi juga ketawa berdekah dekah bersamaku...

Hilang rungsingku. Hilang debaranku seketika. Terima kasih cik..

Thursday, December 2, 2010

Adik dan Facebook

Adik:Kak na,kak na buat la fesbuk kat ajim se. Kawan2 ajim sume doh ade fesbuk
Aku:Ajim,fesbuk tu mende?
Adik: Mane ajim tau. Kak na xyoh banyok tnye la,buat je la kat ajim fesbuk tu.
Aku: T__T

Ape aku nak bagi alasan kat budak darjah tiga ni? Aku taknak die lagho dengan dunia internet yang tidak berfaedah ini pada usia semuda dia.

Aku: Jim,kak na try banyak kali doh,die kate ajim xcukop umur lagi..Xley buat fesbuk..
Adik:Oloh kak na ni....tukor la tarikh lahir ajim.buat la tinggi sikit macam umur kak na ke umur aboh ke..
Aku: T___T

Ape lagi alasan aku nak bagi ni..kang aku buat kang,nanti die suro aku ajar die maen pulak cam mane. Ni aku malas nak buat ni..

Aku: Ajim,xjadi jugok la..die kate ajim x sunat lagi.orang x sunat lagi xleh main fesbuk..ce ajim bace ni.(sambil tunjuk pade ayat omputeh,konon2 die tak paham)
Adik: ha ye ke kak na???oloh...buat jer la No..(muka sedih giler). Kak na ni..banyok alasang sunggoh..ke kak na dok reti nok wat.
Aku: ????

Adoiyai adikku..ape lagi aku nak bagi alasan kat budak ni..Sebenarnya, aku memang tak nak buat. Biar die rase ape aku rase mase aku kecik2 dulu. Dulu2 mane ade aku terdedah dengan dunia internet ni. Walaupun banyak kebaikannya,tapi pada aku,lebih banyak buruk dari baiknya pada budak semuda Ajim ni. Aku tak kan benarkan. Tak kan.. Biarlah aku berbohong sunat demi kebaikan die.

Mati la aku kalo esok die mintak ngn abah nak bersunat. Ape aku nak jawab pulak lepas ni??

p/s: kalau tak paham,google kamus bahase Terengganu