Followers

Wednesday, September 29, 2010

Kalau lah...

Salam

Isu kalau lah ni selalu bermain di hati , fikiran dan mulut setiap orang. Sebab kita ni manusia yang lemah. Yang banyak kekurangan. Yang tak sempurna. Yang inginkan sesuatu lebih daripada kemampuan yang ada pada diri kita. Tak kira lah sama ada orang tu baik ke,jahat ke. Pandai ke, tak pandai ke. Kaya or miskin. Semua tak terlepas daripada mengucapkan perkataan ni. Percaya tak? Kalau tak pernah cakap tu,memang tak normal la tu, ada urat2 tak bersambung betul la tu.

Kenapa aku barcakap pasal isu kalau lah ni?? Sebab sekarang ni, banyak isu kalau lah dalam fikiran aku. Mari aku senaraikan dua,tiga.

Kalau lah... aku boleh cerita pada dunia ape perasaan aku sekarang, apa yang ada pada
fikiran aku sekarang.

Kalau lah.... aku lecturer,aku tak perlu buat kerja2 sekolah ni. Aku tak kan bagi kerja sekolah kat students aku.

Kalau lah.... aku boleh mintak sesuatu macam cerite aladin tu, aku nak mintak sebuah toilet khas untuk kucing2 blok umah aku untuk beristinjak. Aku penat. Penat! Seriusly penat! Down la macam ni,kalau hari2 nak masuk toilet,mesti ade cenderahati dari makhluk tu.

Kalau lah... kucing2 tu faham bahasa aku, aku nak buat tutorial khas untuk diorang. Free of charge! Aku tak kisah nak pinjam tandas aku, tapi buang la di tempat yang betul. Tak kesah la tak reti nak flash pon. Asalkan bukan di tempat yang sepatutnya. Geram ni geram. Sekali dua boleh la sabar nak tolong cuci,hari2 dah naik lemak la pulak.

Kalau lah... aku masih kanak2 berusia 3 tahun. Aku tak payah fikir assignment2, projek2 dan lab2 report semua ni.

Kalau lah... aku sebatang pokok, aku tak perlu ada hati dan perasaan kepada sesiapa. Buat ape kan. Buat penat hati je.

Kalau lah... nyawa aku ditarik esok, sudah bersediakah aku???

Kalau lah... aku tak buat post ni,sudah siap satu assigment aku..

Kalau lah... aku stop menulis ni.........

Friday, September 24, 2010

Kenapa lelaki selalu lambat pergi solat Jumaat

Salam

Sengaja buat topik ni,memandangkan hari ni hari Jumaat. Satu lagi , selepas test Reinforced Concrete Design malam ni,aku rasa nak release tension jap setelah penat memerah otak walaupun tak memerah mane pun . Ok,back to our topic, saya ulang lagi sekali lagi? Kenapa lelaki selalu lambat pergi solat Jumaat? Kepada lelaki yang baca ni,jangan terasa der. Wa tak berniat pon nak menjatuhkan martabat kaum der. Hehe.

Kenapa ya? Bukan di tempat aku belajar/ UTP sahaja, kat umah pun. Family aku ramai lelaki. Tapi,ayah aku pergi awal la,maksud aku adik2 and abang aku. Kalau kat rumah tu,mesti ade 4 trip pergi solat Jumaat. Pertama, pukul 1230adik bongsu aku yang darjah 3. Yang ni semangat nak main kejar2 je ngn tok imam tu. Kedua, pada pukul 1,ayah aku,selalu constant Encik Roslee ni dari dulu smpai sekarang. Cey,puji ayah sendiri kot,nak dapat 'markah' lebih. Ketiga,adik aku yang form 2,pukul 1 lebih2 sikit. Keempat,mesti la abang aku yang tua pada aku. Yang ni xpayah cakap la, kalau korang yang salu pergi lewat solat Jumaat tu, ha same la ranking nye dengan yang trip keempat ni. Aku tak buruk2kan siapa2. Aku cuma geram je sikit. Tak banyak.

Yela,kadang2 kat TV1 tu dah sembahyang,die baru terhegeh hegeh nak pergi. Bukan pergi masjid. Pergi mandi....Selalunya remaja yang umur baye2 aku la. Betul ke aku remaja lagi? Insyaallah remaja lagi kot, tak layak mengundi pon lagi.

Kalau la aku lelaki, aku nak jadi orang first kot masuk masjid tolong tok imam bentang sejadah. Haha.. Tipu la kan. Tapi kenapa suka pergi lewat? Ngantuk ek dengar khutbah? Dah la pergi lambat, balik awal sekali pulak tu. Memang la kan,dah kate sampai last,dapat tempat kat tangga pulak tu,mesti la orang paling awal dapat start moto kan. Ntah2, belom pon sempat naik tangga pon lagi,orang dah baca doa nak balik dah. Lagi satu,sah ke kalau tak dengar khutbah? Aku tak tau ni,sebab aku tak pernah pergi sembahyang Jumaat. Betulkan pemahaman aku ni wahai kaum Adam.

Walaubagaimanapun, tepuk la dada. Tanya iman sendiri. Aku tak berani nak komen banyak2. Geram je sikit. Mungkin sebab aku wanita,senanglah aku cakapkan? Helo,aku bercakap benda betol kot. Aku tau,mesti ramai yang terasa waktu membaca ni kan. Hehe.

Nasihat aku,pergilah awal. Ambil barokah tu yang penting. Cerita ini takde kaitan dengan sesiapa ok. Baik yang hensem,yang tak hensem, yang alim, yang tak alim, yang putih yang hitam atau sesiapa sahaja. Ianya hanya secara kebetulan.

Ok,anak menangis lagi. Perlu pergi.

Thursday, September 23, 2010

Today is the happiest day!

Salam

Sudah lame tak update blog. Sempena hari bahagia aku hari ni,aku update. Sungguh bahagia,gembira dan bersyukur pada hari ini. Setelah sekian lama menanti, akhirnya doa aku dimakbulkan DIA. Terima kasih ya Allah. Aku bersyukur ke hadrat Mu. Terima kasih.

Ucaplah Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah

Tak payah la tau ape kan,nanti kan cakap nak showed off pulak. Tak mau la kan. Haha.. Apela, tak nak bagi orang tau,tapi nak cerita kat blog jugak. Tak pe la,aku nak cerita pada dunia,hari ini aku sangat gembira!! Rasa nak panjat bukit besar kat ganu tu,pastu nak jerit sekuat hati. Rasa gembira tu,x macam rasa gembira waktu dapat 24A1 time SPM dulu. Dasyat lagi. Nak menangis pun ade,tapi ape barang nangis2 ni,pondan la. Haha.

Ok la, anak dah menangis tu. Perlu pergi.