Followers

Friday, August 20, 2010

post bosan

Salam

Alhamdulillah hari ni genap 11hari kita berpuasa. Alhamdulillah dapat puasa penuh lagi setakat ni. Tak mau tinggal tahun ni. Pliss.

Kenapa ye aku buat post ni?

Pertama, boring. Rumate takde. Aku ditinggalkan lagi.
Kedua, aku tak tau nak buat ape, walaupun keje aku banyak sekarang. Kenapa ni nurfarhana malas sangat. Berubah nur. Pliss..
Ketiga, aku rase aku nak menulis. Suka hati aku la.
Keempat, aku rase kecewa. Bila aku kecewa aku akan menulis untuk hilangkan kekecewaan itu.
Wahai hati, sabar ye. Nur yang kuat!

Ape ye keje aku? Meh nak senaraikan.

  • Baju tak lipat lagi
  • Bilik tak vacuum lagi
  • Ego tak pernah mandikan lagi sejak balik cuti hari tu

Kalau la ade robot buatkan semua ni untuk aku. Pemalas nye anak dara ni. Oh ni semua keje yang xde coursework mark,keje yang bercoursework mark plak,

  • Lab report Wastewater
  • Assignment Wastewater
  • Lab report Highway Engineering
  • Preparation for Professional Communication Skill (PCS)
  • Cari company internship
  • Engineering Team Project (ETP)

Nur,sila berubah okay. Jangan malas. Jum start keje! Caiyok!! Nanti boleh hadiahkan diri sendiri makan sedap2.

Babai.

Friday, August 13, 2010

sahur ketiga

Salam.

Hari ni genap 3 hari kita berpuasa. Seperti biasa, sahur aku tidak miss lagi setakat ni. Syabas untuk diri sendiri. Pencapaian yang membanggakan tu. Cumanya sahur ketiga ni mencipta satu sejarah buat diri sendiri. Oh terasa sangat malu. Atau bahasa kampung aku,terase darak ulu pueh. Takpe,aku memang orang kampung pun.

Selama 20 tahun 7 bulan 12 hari aku bernafas di muka bumi ni,baru semalam aku melihat ghupe siput sedut. Makan apetah lagi kan. Tentulah tak pernah. Terima kasih Farhana Sidek sebab beli lauk tu kat bazar semalam. Kalau tak,lagi lama aku hidup,lagi malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Okay,memang aku ditertawakan semalam. Kesian gile zaman muda aku kan. Itu pon tengok yang dah jadi lauk masak lemak cili api. Tak tengok yang betol2 lagi. Nasib baik la tak tengok,kalo tak,x sior aku nak nelannya. Aih,bahase ape aku cakap ni. Hehe.

Tapi tula nak cerite,betapa kesiannye aku ni. Dulu waktu balik kampung abah kat Johor,abah pernah cakap pasal siput sedut ni. Gaya abah cakap macam sedap sangat. Mak pulak lain 'mazhab'nye, "saya xkan sesekali masak siput sedut ni,saye geli..", camtu la lebih kurang gaya nye mak cakap kat abah. Aku pulak time tu buat la 'mazhab' sendiri. Mungkin siput sedut ni macam siput babi kot. Sebab tu mak tak pernah beli or masak. Sejak dari itu lah mindaku di set. 'Siput sedut ni macam siput babi kot. Kotor. Geli. Jijik. Eeeii' sampai la semalam bila aku melihat dengan mata kepala sendiri ketika ia dah jadi lauk. Nasib baik aku tak buat perangai jakun aku kat bazar semalam. Sempat dikawal la oleh saraf tunjang dan nebula aku ni.

Tu baru cerite ghupe siput sedut,belom masuk mulut lagi. Nasib baik tak makan waktu buka,kalau tak aku rase, jadi bahan ketawa je. Sebab semalam aku buke puase berjemaah satu rumah. Jadi kami simpan la buat sahur. Pukul5 pagi, Farhana Sidek call,suruh naik bilik dia. Bila angkat phone terbayang siput sedut tu. Terus segar. Berlari naik. Malangnya, indah khabar dari ghupe. Siput sedut yang aku ingat senang nak makan,rupanya......Sahurku terbantut. Aku gagal menyedutnya. Walaupun beberapa kali diajar oleh Farhana, Ain and Linda. Memang aku fail. Tapi tak hairan la kan,1st time kot jumpa. Nasib baik aku takde athma, kalau tak aku rase kena makan dengan inhaler dah semalam.

Dalam puluhan siput2 tu,hanya dua tiga je aku berjaya sedut. Tu pon bagai nak rak aku sedutnya. Yang lain Fana Sidek sedutkan,then aku makan. Macam burung bagi anaknya makan la pulak. Sungguh besar jasa Fana Sidek ni. Tenkiu Fana, tolong sedutkan siput untuk aku. Semoga kat akhirat nanti,siput sedut ni tolong kau.hehe.patotnya tolong aku la kan,sebab bukan aku yang sedutnya.

Hmm,overall boleh la tahan rasenya. Takde la aku suka sangat macam sorang kawan aku ni,"weh,tak pro ar makan camtu,kat umah aku makan sambil tengok tv kot,"pergghh macam makan kacang ngan yin ke ape. Pro tak pro. Janji aku sedut jugak semalam. Then,baru aku tau kenapa mak aku tak pernah beli dan tak pernah cerita pon kat aku pasal siput sedut ni. Hm..patotla.. Nanti aku pun akan buat benda yang sama kat anak aku. Aku geli jugak sebenarnya. Semalam tu berlagak cool je. Depan membe....


p/s : tak yah la hidangkan aku dengan benda2 camni lagi ek. cukop la sekali.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan

Salam

Hari ni bermulalah satu Ramadhan. Bulan yang dinanti nantikan setiap orang Islam. Insyaallah. Syukur kepadamu Ya Allah kerana aku masih diberi peluang untuk merasai Ramadhan kali ini. Bermulalah solat terawih pada malam ini. Bermulalah sahur. Bermulalah iftar di masjid. Lebih afdhal la kan. Duit habis beli buku wastewater, maaf Dr Shak. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat diriku dan kita semua. Semoga aku lebih merasai nikmat Ramadhan itu sendiri. Bukan lagi asyik sibuk pikir nak raya je. Ni bukan budak2 lagi. Seperti Ramadhan2 sebelum2nya,aku sentiasa berdoa nak jumpa malam Lailatul Qodar. Aku harap aku dapat berjumpa dengannya tahun ini. Insyaallah. Sama2 doakan.

Selain kisah Ramadhan yang berlaku pada hari ini,aku juga telah melakukan satu perkara yang dikira sangat kejam oleh adikku, Hanif. Aku lupa langsung hari ini adalah hari lahirnya. Susah aih ramai adik ni. Patut la banyak je miscall dari rumah hari ni. Tak pikir la plak diorang sedang bagi hint. Sampaikan waktu tengah mekap2kan resume untuk internshipku malam tadi,aku menerima satu sms dari adikku sendiri, mesej nye berbunyi begini, "x wish pon birthday aku,satu hari aku tunggu, kakak jenis ape mu ni". Oh! Tersentak kejap aku membacanya. Tak sangka lelaki pun mengharapkan Birthday wishes rupenye. Haha. Ingatkan tak kisah. Namun,aku tidak pedulikan mesejnya lantas sambung membuat resumeku yang ku kira lagi penting. Memang kakak yang sangat jahat kan. Tengah malam dah masuk hari seterusnya,baru aku wish. Namun gagal mendapat sebarang balasan. Dah makan dalam kot budak tu...

Buat adikku, Muhammad Hanif Muslihin, selamat ulang tahun yang ke 14. Jatuh pada 1 Ramadhan tu. Jadi entry kau la pulak. Okeh. Cukup.

Berbalik kepada topik Ramadhan pulak, aku harap hari2ku yang mendatang terutama pada bulan puasa ini lebih baik, lebih kuat dari hari hari sebelumnya dan setiap urusanku dipermudahkan olehNya. Amin.. Pesan seorang sahabatku, "Berdoalah sewaktu nak bukak puasa,sebab doa waktu tu sangat mustajab", sambil memberikan aku satu contoh sahabatnya yang telah dimakbulkan doanya oleh Allah pada keesokan harinya. Subhanallah.. Cepatnya doanya dimakbulkan. Nak tau doa apakah itu,do pm me okay! Haha. Apapun doa dia, lihatlah betapa Allah Maha Mendengar doa kita kan,terutama di bulan yang penuh barokah ini. So, Jom rebut peluang keemasan ini. Sementara stok masih ada. Oh maaf,kalau penggunaan istilah salah.Hmm, Setakat ini sahaja senaman tanganku sebelum bersahur. Oh,nasi goreng ayam. Cepatlah.


"Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan, manakala akhirnya adalah pelepasan dari seksa api neraka."

Selamat berpuasa semua! wassalam.

Friday, August 6, 2010

saya manusia yang sangat lemah rupanya

Salam

Merujuk kepada tajuk post di atas,yup. Memang betul. Baru aku sedar sekarang,aku seorang manusia yang sangat lemah sebenarnya. Aku tidak boleh buat perkara yang extreme,yang ganas,yang challenging. Dulu,aku rasa aku sangat kuat. Aku rasakan aku boleh lakukan macam abah lakukan. Aku boleh buat ape yang abang aku buat,dan aku juga boleh buat apa yang adik2 lelaki aku buat. Tapi baru aku sedar sekarang. Sebenarnya aku tidak sekuat itu. Dulu aku cuba berlagak kuat. Aku berlagak aku bukanlah seorang yang manja. Aku tidak takut pada cabaran. Aku tidak takut pada aktiviti2 extreme. Tapi,pada hakikatnya,tidak.

Mak dan nenek aku selalu compare,antara aku dengan adik perempuanku, diorang salu cakap adikku sangat berani dan kuat,tapi aku pulak penakut dan lembik. Dan aku selalu berusaha untuk membuktikan kata2 mereka adalah salah sama sekali.

Beberapa detik ini baru aku perasan sesuatu pada diri aku. Aku sangat lemah sebenarnya. Lembik paling tepat. Sejak berOBS di tengah2 laut,aku rasa diri ini sangat lemah,dan cepat penat. Dan satu perkara yang aku tak dapat lupakan,waktu aku ke Genting 2 bulan yang lalu. Aku selalu berlagak,yang aku tidak takut dengan tinggi,kelajuan dan sewaktu dengannya. Tapi,bila dah cuba sendiri,baru aku tau,aku lemah sebenarnya. Aku takut dengan tinggi. Aku takut dengan kelajuan. Mungkin cerita2 yang memalukan itu,yang berlaku pada hari tersebut tidak perlu lah dipublish di sini. Bayangkan sendiri je ek. Maaf teman2 ku sebab aku selalu berlagak berani depan korang. :)

Dan minggu ini juga,aku telah menggatalkan diri join tournament futsal under Convo Fair 2010 di UTP. Ni la first time aku tendang bola. Selama ni aku tau tengok bola je. Even kat rumah, aku mengalahkan adik beradik lelaki aku ketika menonton perlawanan bola. Aku tau diorang malu dapat adik n kakak macam ni. Walau bagaimanapun, aku sebenarnya tak reti pon main. Main tendang je,janji bola tu gerak. Nak kaitkan dengan tajuk post di atas,walaupun belum start game, banyak anggota badanku injured. Tangan. Sebab orang lain main bola ngan kaki,aku pakai tangan. Kakiku,akibat beberapa kali terjatuh waktu praktis. Ditambah dengan krem nye. Apela nasib aku ni kan.Aku rasa sangat sedih. Kenapa aku sangat lemah?? Kenapa aku tak macam adik2 aku? Tak macam budak2 lain. Aku tak mengharapkan kemenangan pun pada perlawanan malam ini. Apa yang harapkan tidak ada team aku yang tercedera,terutama diri sendiri. Aku xnak pakai tongkat pegi kelas.

Dan lagi satu aku mungkin sangat lemah dengan perkara yang melibatkan soal hati dan perasaan. Aku ingatkan hati aku keras dalam bab ni. Rupanya tak.

Aku berdoa semoga Allah,berikan aku kekuatan dari segi fizikal,mental dan hatiku. Yang paling penting,kuatkan la iman ku. Hm lemahnya iman ni..