Followers

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan

Salam

Hari ni bermulalah satu Ramadhan. Bulan yang dinanti nantikan setiap orang Islam. Insyaallah. Syukur kepadamu Ya Allah kerana aku masih diberi peluang untuk merasai Ramadhan kali ini. Bermulalah solat terawih pada malam ini. Bermulalah sahur. Bermulalah iftar di masjid. Lebih afdhal la kan. Duit habis beli buku wastewater, maaf Dr Shak. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat diriku dan kita semua. Semoga aku lebih merasai nikmat Ramadhan itu sendiri. Bukan lagi asyik sibuk pikir nak raya je. Ni bukan budak2 lagi. Seperti Ramadhan2 sebelum2nya,aku sentiasa berdoa nak jumpa malam Lailatul Qodar. Aku harap aku dapat berjumpa dengannya tahun ini. Insyaallah. Sama2 doakan.

Selain kisah Ramadhan yang berlaku pada hari ini,aku juga telah melakukan satu perkara yang dikira sangat kejam oleh adikku, Hanif. Aku lupa langsung hari ini adalah hari lahirnya. Susah aih ramai adik ni. Patut la banyak je miscall dari rumah hari ni. Tak pikir la plak diorang sedang bagi hint. Sampaikan waktu tengah mekap2kan resume untuk internshipku malam tadi,aku menerima satu sms dari adikku sendiri, mesej nye berbunyi begini, "x wish pon birthday aku,satu hari aku tunggu, kakak jenis ape mu ni". Oh! Tersentak kejap aku membacanya. Tak sangka lelaki pun mengharapkan Birthday wishes rupenye. Haha. Ingatkan tak kisah. Namun,aku tidak pedulikan mesejnya lantas sambung membuat resumeku yang ku kira lagi penting. Memang kakak yang sangat jahat kan. Tengah malam dah masuk hari seterusnya,baru aku wish. Namun gagal mendapat sebarang balasan. Dah makan dalam kot budak tu...

Buat adikku, Muhammad Hanif Muslihin, selamat ulang tahun yang ke 14. Jatuh pada 1 Ramadhan tu. Jadi entry kau la pulak. Okeh. Cukup.

Berbalik kepada topik Ramadhan pulak, aku harap hari2ku yang mendatang terutama pada bulan puasa ini lebih baik, lebih kuat dari hari hari sebelumnya dan setiap urusanku dipermudahkan olehNya. Amin.. Pesan seorang sahabatku, "Berdoalah sewaktu nak bukak puasa,sebab doa waktu tu sangat mustajab", sambil memberikan aku satu contoh sahabatnya yang telah dimakbulkan doanya oleh Allah pada keesokan harinya. Subhanallah.. Cepatnya doanya dimakbulkan. Nak tau doa apakah itu,do pm me okay! Haha. Apapun doa dia, lihatlah betapa Allah Maha Mendengar doa kita kan,terutama di bulan yang penuh barokah ini. So, Jom rebut peluang keemasan ini. Sementara stok masih ada. Oh maaf,kalau penggunaan istilah salah.Hmm, Setakat ini sahaja senaman tanganku sebelum bersahur. Oh,nasi goreng ayam. Cepatlah.


"Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan, manakala akhirnya adalah pelepasan dari seksa api neraka."

Selamat berpuasa semua! wassalam.

Friday, August 6, 2010

saya manusia yang sangat lemah rupanya

Salam

Merujuk kepada tajuk post di atas,yup. Memang betul. Baru aku sedar sekarang,aku seorang manusia yang sangat lemah sebenarnya. Aku tidak boleh buat perkara yang extreme,yang ganas,yang challenging. Dulu,aku rasa aku sangat kuat. Aku rasakan aku boleh lakukan macam abah lakukan. Aku boleh buat ape yang abang aku buat,dan aku juga boleh buat apa yang adik2 lelaki aku buat. Tapi baru aku sedar sekarang. Sebenarnya aku tidak sekuat itu. Dulu aku cuba berlagak kuat. Aku berlagak aku bukanlah seorang yang manja. Aku tidak takut pada cabaran. Aku tidak takut pada aktiviti2 extreme. Tapi,pada hakikatnya,tidak.

Mak dan nenek aku selalu compare,antara aku dengan adik perempuanku, diorang salu cakap adikku sangat berani dan kuat,tapi aku pulak penakut dan lembik. Dan aku selalu berusaha untuk membuktikan kata2 mereka adalah salah sama sekali.

Beberapa detik ini baru aku perasan sesuatu pada diri aku. Aku sangat lemah sebenarnya. Lembik paling tepat. Sejak berOBS di tengah2 laut,aku rasa diri ini sangat lemah,dan cepat penat. Dan satu perkara yang aku tak dapat lupakan,waktu aku ke Genting 2 bulan yang lalu. Aku selalu berlagak,yang aku tidak takut dengan tinggi,kelajuan dan sewaktu dengannya. Tapi,bila dah cuba sendiri,baru aku tau,aku lemah sebenarnya. Aku takut dengan tinggi. Aku takut dengan kelajuan. Mungkin cerita2 yang memalukan itu,yang berlaku pada hari tersebut tidak perlu lah dipublish di sini. Bayangkan sendiri je ek. Maaf teman2 ku sebab aku selalu berlagak berani depan korang. :)

Dan minggu ini juga,aku telah menggatalkan diri join tournament futsal under Convo Fair 2010 di UTP. Ni la first time aku tendang bola. Selama ni aku tau tengok bola je. Even kat rumah, aku mengalahkan adik beradik lelaki aku ketika menonton perlawanan bola. Aku tau diorang malu dapat adik n kakak macam ni. Walau bagaimanapun, aku sebenarnya tak reti pon main. Main tendang je,janji bola tu gerak. Nak kaitkan dengan tajuk post di atas,walaupun belum start game, banyak anggota badanku injured. Tangan. Sebab orang lain main bola ngan kaki,aku pakai tangan. Kakiku,akibat beberapa kali terjatuh waktu praktis. Ditambah dengan krem nye. Apela nasib aku ni kan.Aku rasa sangat sedih. Kenapa aku sangat lemah?? Kenapa aku tak macam adik2 aku? Tak macam budak2 lain. Aku tak mengharapkan kemenangan pun pada perlawanan malam ini. Apa yang harapkan tidak ada team aku yang tercedera,terutama diri sendiri. Aku xnak pakai tongkat pegi kelas.

Dan lagi satu aku mungkin sangat lemah dengan perkara yang melibatkan soal hati dan perasaan. Aku ingatkan hati aku keras dalam bab ni. Rupanya tak.

Aku berdoa semoga Allah,berikan aku kekuatan dari segi fizikal,mental dan hatiku. Yang paling penting,kuatkan la iman ku. Hm lemahnya iman ni..

Wednesday, July 28, 2010

idea pliss

Salam,

Kenapa hari ke3 'sekolah' rase macam dah tengah2 sem ni. Banyak nye. Banyak. Banyak. Banyak benda nak kena buat and setelkan. Dapat rasakan dah kebusyan yang bakal kunjung tiba. Lepas ni tak update blog satu sem pulak la. Ok. Sekarang ni perlukan idea untuk Engineering Team Project (ETP). Idea tolong la datang. Tolong. Tolong. Nanti dalam group aku sorang je tak menyumbang idea. Tak pasal2 kena jadi SU nanti. xnak2..dah fobia jadi SU.

Oh,pukul 12 dah,birthday adikku yang ke 19. Selamat Hari Lahir Nur Fatehah Roslee. Hadiah tuntut nex birthday okay. Bajet takde sekarang. Maaf. Lagipun abah dah belanja makan kan malam ni. Ok la tu,birthday aku xde pape pon.

Tido la,mane tau dapat idea nanti. Selamat malam dunia.

Monday, July 26, 2010

saya bukan hantu durian


Salam,selamat kembali ke sekolah. Post pembuka tirai untuk sem baru ini sekali dengan pembuka selera. Aku sangat mengidam benda ni sekarang. Sangat. Sungguh tak puas hati,cuti baru ni dapat makan sikit je sebab kena berebot dengan hantu2 durian yang lain. Nasib baek adik bongsu aku xmkn durian,dah lebih dah satu space kat situ.Time kasih adik. Alangkah bahagianya hidup kalau ada orang hadiahkan durian untuk hari lahir aku.akan ku kawin dengannya.tipu3~

Tapi serius,nak makan durian!!nak makan durian!!

Saturday, May 8, 2010

munyit oren

Walaupun ade 3 test minggu depan,aku tetap nak jenguk blog yang berhabuk ni. Ini kerana aku nak balas dendam dengan masa aku selama 2,3 hari ni habis untuk siapkan semua assignment and projek je. Biar,aku nak melagha gak dengan buat menda tah pape ni. Hasilnya aku dapat munyit oren. Ni semua sekai punye pasal aku terbuat menda ni. and the results are,,,



You are Orange Monkey, who is lively, fresh and give an active impression. ^_^
Your personality is straight forward, and is a very attractive person to be with.
You are also very sociable, and can keep an eye on people too. (mmg betol..)
Nevertheless, you tend to be rather nervous and worry about things bit too much.
You tend to have a needless fear.
You come up with ideas very quickly, but at the same time, you can easily give up.
You lack perseverance.
You should be more open and natural to have a foresight for the future.
You have an instinct to attract people. (tak paham ayat ni,tp naluri aku mmg sangat kuat..)
You are a charismatic person to whom people naturally get attracted.
You have a flexibility to be able to adapt to any circumstance, and know how to get ahead in life.
You never miss to calculate the profit and loss, and live life rationally.
This makes you difficult to have an intimate relationship. (x betol2)
Once you set an objective, you will work extremely hard to achieving it, and can exercise great tactics. (extreme ar ni,smpai berkampung kat cafe 4,5 pagi wat projek TPE)
Nevertheless, you tend to easily change your target as well.
You tend to be very independent woman, and will hate to be restricted to your family. (independent ye..yang kedua tu x betoi,)
You may start to feel your family to be an obstruction to your life. (ni mmg totally salah la,bagi aku family 1st.)
If you can have a job that would act as a freshener, your life would be smoother.
You tend to have a fantasy world in your head, and may hold a girlish dream all through your life. (girlish?helloo..i'm not that kin of person okay!)
After getting married, your family will be important to you, and you will be able to raise a happy family. (aminn,aku nak laki tua.wawawa~)


p/s:Nak sambung berTPE and berITM.Wish me luck for this coming exam.
Nak balik kampung... :(

Wednesday, May 5, 2010

KAU BOLEH!

Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh




p/s: Aku tujukan lagu ni khas buat teman2 yang rase dirinya tak boleh. Dan buat semua yang bakal menghadapi peperiksaan akhir tidak lama lagi.

Kenapa akhir2 ni asyik mimpi pasal subjek TPE (Transpotation Planning Engineering) je. Tido sekejap pun boleh mimpi jugak. Tolongla mimpi subjek lain pulak. Penat aku duk kira2 dalam mimpi! Dah la tak pakai kalkulator.



Wednesday, April 28, 2010

jiwa kacau

Saye serabot.Saye tak tau saya serabot dengan ape.Setiap ape yang saye buat,semua tak kena.Saya tak tahu kat mana silap.Saya rasa sedih.Saya rasa nak marah orang.Saya rasa sangat malas nak bercakap dengan orang.Setiap gurauan kawan2 saya,saya rasa sangat annoyying.Bila ada orang nak bercakap dengan saya,saya rasa macam nak tutup telinga.Malas nak dengar.Saya tak tahu kenapa.Saya rasa saya sangat jauh.Sangat2 jauh.Saya nak nangis.Saya nak nangissssss.Saya nak jumpa mak saya.Saya rasa nak peluk mak kuat2.Saya nak jumpa abah.Saya nak peluk abah erat2.Saya sedih....


adakah saya nk datang bulan?sy rase tidak.