Salam
Hari ni bermulalah satu Ramadhan. Bulan yang dinanti nantikan setiap orang Islam. Insyaallah. Syukur kepadamu Ya Allah kerana aku masih diberi peluang untuk merasai Ramadhan kali ini. Bermulalah solat terawih pada malam ini. Bermulalah sahur. Bermulalah iftar di masjid. Lebih afdhal la kan. Duit habis beli buku wastewater, maaf Dr Shak. Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik buat diriku dan kita semua. Semoga aku lebih merasai nikmat Ramadhan itu sendiri. Bukan lagi asyik sibuk pikir nak raya je. Ni bukan budak2 lagi. Seperti Ramadhan2 sebelum2nya,aku sentiasa berdoa nak jumpa malam Lailatul Qodar. Aku harap aku dapat berjumpa dengannya tahun ini. Insyaallah. Sama2 doakan.
Selain kisah Ramadhan yang berlaku pada hari ini,aku juga telah melakukan satu perkara yang dikira sangat kejam oleh adikku, Hanif. Aku lupa langsung hari ini adalah hari lahirnya. Susah aih ramai adik ni. Patut la banyak je miscall dari rumah hari ni. Tak pikir la plak diorang sedang bagi hint. Sampaikan waktu tengah mekap2kan resume untuk internshipku malam tadi,aku menerima satu sms dari adikku sendiri, mesej nye berbunyi begini, "x wish pon birthday aku,satu hari aku tunggu, kakak jenis ape mu ni". Oh! Tersentak kejap aku membacanya. Tak sangka lelaki pun mengharapkan Birthday wishes rupenye. Haha. Ingatkan tak kisah. Namun,aku tidak pedulikan mesejnya lantas sambung membuat resumeku yang ku kira lagi penting. Memang kakak yang sangat jahat kan. Tengah malam dah masuk hari seterusnya,baru aku wish. Namun gagal mendapat sebarang balasan. Dah makan dalam kot budak tu...
Buat adikku, Muhammad Hanif Muslihin, selamat ulang tahun yang ke 14. Jatuh pada 1 Ramadhan tu. Jadi entry kau la pulak. Okeh. Cukup.
Berbalik kepada topik Ramadhan pulak, aku harap hari2ku yang mendatang terutama pada bulan puasa ini lebih baik, lebih kuat dari hari hari sebelumnya dan setiap urusanku dipermudahkan olehNya. Amin.. Pesan seorang sahabatku, "Berdoalah sewaktu nak bukak puasa,sebab doa waktu tu sangat mustajab", sambil memberikan aku satu contoh sahabatnya yang telah dimakbulkan doanya oleh Allah pada keesokan harinya. Subhanallah.. Cepatnya doanya dimakbulkan. Nak tau doa apakah itu,do pm me okay! Haha. Apapun doa dia, lihatlah betapa Allah Maha Mendengar doa kita kan,terutama di bulan yang penuh barokah ini. So, Jom rebut peluang keemasan ini. Sementara stok masih ada. Oh maaf,kalau penggunaan istilah salah.Hmm, Setakat ini sahaja senaman tanganku sebelum bersahur. Oh,nasi goreng ayam. Cepatlah.
"Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan, manakala akhirnya adalah pelepasan dari seksa api neraka."
Selamat berpuasa semua! wassalam.
selamat menyambut ramadhan al- mubarak..sama2 lah kite beribadat kepadaNya..insyaAllah..
ReplyDelete