Followers

Friday, August 6, 2010

saya manusia yang sangat lemah rupanya

Salam

Merujuk kepada tajuk post di atas,yup. Memang betul. Baru aku sedar sekarang,aku seorang manusia yang sangat lemah sebenarnya. Aku tidak boleh buat perkara yang extreme,yang ganas,yang challenging. Dulu,aku rasa aku sangat kuat. Aku rasakan aku boleh lakukan macam abah lakukan. Aku boleh buat ape yang abang aku buat,dan aku juga boleh buat apa yang adik2 lelaki aku buat. Tapi baru aku sedar sekarang. Sebenarnya aku tidak sekuat itu. Dulu aku cuba berlagak kuat. Aku berlagak aku bukanlah seorang yang manja. Aku tidak takut pada cabaran. Aku tidak takut pada aktiviti2 extreme. Tapi,pada hakikatnya,tidak.

Mak dan nenek aku selalu compare,antara aku dengan adik perempuanku, diorang salu cakap adikku sangat berani dan kuat,tapi aku pulak penakut dan lembik. Dan aku selalu berusaha untuk membuktikan kata2 mereka adalah salah sama sekali.

Beberapa detik ini baru aku perasan sesuatu pada diri aku. Aku sangat lemah sebenarnya. Lembik paling tepat. Sejak berOBS di tengah2 laut,aku rasa diri ini sangat lemah,dan cepat penat. Dan satu perkara yang aku tak dapat lupakan,waktu aku ke Genting 2 bulan yang lalu. Aku selalu berlagak,yang aku tidak takut dengan tinggi,kelajuan dan sewaktu dengannya. Tapi,bila dah cuba sendiri,baru aku tau,aku lemah sebenarnya. Aku takut dengan tinggi. Aku takut dengan kelajuan. Mungkin cerita2 yang memalukan itu,yang berlaku pada hari tersebut tidak perlu lah dipublish di sini. Bayangkan sendiri je ek. Maaf teman2 ku sebab aku selalu berlagak berani depan korang. :)

Dan minggu ini juga,aku telah menggatalkan diri join tournament futsal under Convo Fair 2010 di UTP. Ni la first time aku tendang bola. Selama ni aku tau tengok bola je. Even kat rumah, aku mengalahkan adik beradik lelaki aku ketika menonton perlawanan bola. Aku tau diorang malu dapat adik n kakak macam ni. Walau bagaimanapun, aku sebenarnya tak reti pon main. Main tendang je,janji bola tu gerak. Nak kaitkan dengan tajuk post di atas,walaupun belum start game, banyak anggota badanku injured. Tangan. Sebab orang lain main bola ngan kaki,aku pakai tangan. Kakiku,akibat beberapa kali terjatuh waktu praktis. Ditambah dengan krem nye. Apela nasib aku ni kan.Aku rasa sangat sedih. Kenapa aku sangat lemah?? Kenapa aku tak macam adik2 aku? Tak macam budak2 lain. Aku tak mengharapkan kemenangan pun pada perlawanan malam ini. Apa yang harapkan tidak ada team aku yang tercedera,terutama diri sendiri. Aku xnak pakai tongkat pegi kelas.

Dan lagi satu aku mungkin sangat lemah dengan perkara yang melibatkan soal hati dan perasaan. Aku ingatkan hati aku keras dalam bab ni. Rupanya tak.

Aku berdoa semoga Allah,berikan aku kekuatan dari segi fizikal,mental dan hatiku. Yang paling penting,kuatkan la iman ku. Hm lemahnya iman ni..

7 comments:

  1. laa,asal x mntk ak jer jd coach ko?

    ReplyDelete
  2. hmm..
    sbb tu bwk moto slow je..
    mcm kure

    ReplyDelete
  3. xp fana..
    jogging bile free..
    ko x lemah la..
    come on!!aja2!!

    ReplyDelete
  4. setiap orang ade kelemahan dan kelebihan diri..same2 kite perbaiki kelemahan diri kite ek nur..kaman2..nur b0leh!!!

    ReplyDelete
  5. time kasih atas cemuhan,nasihat dan dorongan.

    i lap u oll~

    ReplyDelete
  6. wanita kan kaum yang lemah,sebab tu perlukan lelaki..da bole stat cari la tu.. :P

    soal hati dan perasaan,selagi kita manusia yang boleh merasa kita takkan lari dari rasa sedih dan kecewa..sandarkan sedih dan dukamu padaNya,kerna Dia tak pernah mengecewakan.. :)

    ReplyDelete