Followers

Saturday, February 20, 2010

nak pahala free x?

Sering kali kita dapat dosa free je kan melihat maksiat di mana2. Kali ni kita cuba dapat pahala free pulak dengan melihat 4 perkara ni. Semoga dapat redeem balik dosa2 yang pernah kita lakukan. Insyaallah..


(1) Melihat kaabah

bila la dapat pergi haji ni..

(2) Melihat ibu kita dengan penuh kasih sayang

lama tak tengok dia senyum macam ni..

(3) Melihat al-Quran nul karim

jangan tengok sahaja, luang la masa untuk membacanya..

(4) Melihat laut sambil memikirkan kekuasaan Allah swt

tengok laut je tau,jangan tengok buih,nanti otok benok (otak lembab+dungu). Ini fakta.

Senang je kan nak dapat pahala? Tapi jangan duk asyik tengok mende ni je sampai x smyang bang.. Yang wajib tetap wajib. Sekian,sharing is caring.


p/s: teringat kat mak sebenarnya lepas dengar suara dia, mak pesan suruh teruskan hidup walau ape pun terjadi..mak doakan saya jadi anak yang kuat,doa orang yang sakit apetah lagi seorang ibu tidak disia siakan Allah..kuat ye mak!

Thursday, February 11, 2010

kisah seorang cooking disorder

Disebabkan tidak tahan dengan insiden yang berlaku,aku terus melepaskannya di blog ini. Sangat susah untuk aku makan hati or terasa dengan orang. Aku tidak suka ambil kisah apa orang cakap pasal aku,apatah lagi mengutuk aku. Mungkin satu kelebihan yang Allah bagi pada aku. Alhamdulillah. Aku bersyukur. Namun, untuk satu benda ni,memang aku tak boleh tahan. Memang aku tak boleh berlakon untuk tidak menagambil peduli kata2 orang itu. Aku dah cuba. Tapi masih tak boleh.

Sebenarnya dah lame aku nak keluarkan isu ni. Tapi tahap sabar aku masih di bawah tahap boleh kawal. Sekarang dah sampai tahap optimum kot,sampai aku berani buat entry ni. Aku boleh terima ape saje kutukan orang,tapi bila orang kutuk aku mengenai "kisah hidupku di dapur" aku sangat sensitip. Serius. Tak tipu.

Insiden di rumah, aku mengaku, kalau dibandingkan dengan adik pompuan aku,aku memang tidak arif pasal ilmu memasak ni. Tapi,bukan bermakna aku tidak pernah sekali pon sentuh kuali or pisau. Aku perempuan. Aku tahu,aku harus lakukan semua itu. Ayat yang aku salu terima, "na,xkan mende senang ni pon x tau buat.buat malu je jadi pompuan.." sirius tak tipu. Kalau aku x ke dapur,cakap aku pemalas. Anak dara tak tau masak la. Ape la. Bila aku ke dapur,semua yang aku buat,semua tak kena. Walaupun sekecil zarah mende yang aku buat MESTI WAJIB ade komen!! Tensionnnya aku!!!Tak masuk lagi kutukan adik2 lelaki ku. Lagi la dasyat. Kate laki. Kenapala aku dilahirkan macam ni????Ini kisah di dapur sahaja ya.

Itu kisah adikku,abah pulak. Kalau aku masak sesuatu atau sediakan kopi kegemaranya,mesti ade yang tak kena. Dan setiap kali abah suruh aku buat kopi or anything,aku menjadi trauma. Macam2 doa aku baca nak kasi sedap dan tak mau kena kutuk.Kalau aku igt satu quran tu,aku bace kot. Kadang2 tu aku mengambil masa stgh jam nak siapkan satu cawan kopi. Aku tak mintak jadi begini. Aku nak belajar. Tapi setiap kali aku nak belajar,kenapa semua orang meruntuhkan semangat aku? Kenapa? Adakah aku ada cooking disorder? Tidakk...xdapat terima semua tu.

Kalau semua orang buat aku macam ni,semakin lama nanti,aku akan semakin takut untuk ke dapur. Dan yang paling malang nanti ialah suamiku. Ni kisah akan datang. Abaikan buat masa sekarang.

Itu baru di rumah,x masuk lagi kat UTP,aku paling sensitip bila aku buat or masak sesuatu,dan beri pada orang,then orang akan cakap," ko ke yang masak ni,cam x caye je". Tahun lepas,aku pernah masuk pertandingan memasak di universitiku, dan memenangi tempat ke dua. Sangat gembira. Tapi, hampir semua orang cakap,"alah,setakat ko tolong potong bawang je,boleh la." Semangatku runtuh lagi. Aku tidak minta untuk dihargai. Tapi at least tolong la jangan jatuhkan semangat aku. Aku dalam proses nak belajar. Aku pun manusia jugak. Kambing pun menangis cakap die busuk. Memang aku sangat sensitip bab ni. Kalau korang nak kutuk aku ape benda pon aku tak kisah. Sirius. Aku tak kisah. Tapi,part ni,sorry to say ar. Jangan terkejut la kalau satu hari nanti,tetibe masuk paper sorang budak mati bunuh diri makan bawang dan cili cicah mauripan akibat tekanan. Aku harap xde la.

Tapi alhamdulillah,aku mempunyai seorang sahabat yang selalu menaikkan semangat aku untuk terus belajar memasak. Namun nauzulillah,apabila masakan aku lagi sekali dikutuk. Kat umah boleh la nak menangis dalam jamban,kat sini,jamban terbukak atas,nanti orang dengar. Menangis dalam hati je la.

Aku mintak maaf jikalau entry ini melukakan hati sesetengah pihak,walaupun aku tahu mereka tidak berniat melakukannya. Tapi,just luahan hati seorang insan yang bernama perempuan. Mungkin bukan aku seorang yang mengalaminya.

Tuesday, February 9, 2010

Merapu merepek

Genap sebulan tak update blog. Mesti semua menyampahkan,bukak2 tengok gambo bawah ni.hee~ Maaf semua. Terlalu malas sekarang. Malas nak belajar. Malas nak hidup. Malas nak update blog. Serba serbi malas. Tak tau la penyakit ape ni. Macam kena curse pulak. hahaha..
Ni saje try bukak,tengok pandai tak lagi buat entry baru..

Jumaat ni balik kampung,tak sabar nak jumpa family,terutama ibu tercinta. Semoga ibu dapat mengukirkan senyuman yang manis kepadaku nanti. Balik nanti harap2 aku tak kena masak dah.

Hari ni hari Rabu, 2 briefing aku ponteng. Tidak ada sebab lain,sebab MALAS jugak.haishh.

Tadi sempat tidur 3 jam sebelum zohor, tetibe termimpi apa ntah,mimpi sedih jugakla. Menangis bagai aku. Bangon2 tengok mata dan pipi sudah basah. Harap2 tangisan itu tidak berbunyi semasa aku tido. Malu dengan rummate kalau dia dengar.

Aku dah kurangkan aktiviti lagho aku sekarang iaitu berfesbuking. Alhamdulillah, 2 hari ni ada improvement.yeah~ But then,kita tengok 20 hari lagi cam mane...hehe

Aku dah memulakan gaya hidup yang sihat sekarang. Setiap petang aku akan bersenam di bilik selama 15-20 minit bersama sama Liyana dan rummatenye,mira. Alhamdulillah 2 hari ni menjadi. Kita tengok 20 hari lagi cam mane...hehe~ Yana,you go girl!!you can do it!we'll see the result later.

Aku rindu dengan kawan2 lamaku. Today,my bestfriend Aliaa will fly to Australia. Good luck, dear. ^_^ Kepada yang lain termasuk aku teruskan perjuangan walau di mana kita berada.


Aku merepek...tapi alhamdulillah aku pandai lagi rupanya menulis.

Monday, January 11, 2010

Monday, January 4, 2010

new post for new year


Salam alaik.salam satu Malaysia..

Hari ini 5 Januari 2010,genaplah usiaku selama 20tahun 3bulan 1hari.tidak tahu untuk mengkategorikan sebagai apa..sama ada remaja atau dewasa.yang pasti bukan kanak2 lagi..Syukur alhamdulillah,kerana aku telah diberi kesempatan lagi untuk bernafas hingga ke saat ini…dan diberi kesempatan lagi untuk menulis dalam blog yang serba kekurangan ini…

Sedar tak sedar dah 2010 dah kita kan?pantas masa berlalu!tapi sedarkah kita,makin lama masa berlalu,makin hampir kita dengan kematian...mungkin kita lupa satu perkara ini tatkala kita rakus mengejar nikmat dunia yang fana ini..bukan nama aku.nau'zubillah..

Tahun ini juga aku akan memasuki sem baru..bermulalah kehidupanku sebagai pelajar tahun 2,sem 2 di UTP ini...hope this sem will be better than previous sem ..hopefully.insyaallah..yela..semua orang nak yang terbaik kan..dan itu juga salah satu azamku pada tahun ni..cewah..ada azam jugak beb..haha

Sebut pasal azam ni kan,teringat kat adik aku,nama dia bukan azam,tapi azim..,adalah satu malam ni sedang kami makan malam satu family,abah start la memberikan motivasinya..dan ini juga merupakan salah satu tradisi keluarga kami ketika makan bersama2.nak dijadikan cerita,tibalah giliran adik mendengar perutusan dari abah,abah pon berkatalah pada adik, “adik,tahun ni adik mesti ada azam.adik mesti tahu apa adik nak capai darjah tiga nanti,tau.”,dan tiba2,aku terpandang wajah adik yang kebingungan kepelikan sambil menggigit sudunya..seraya berkata, “ape pulak abah suruh adik azan kat masjid,adik mana reti lagi”,menyalahkan abahku yang tidak bersalah apa2..suasana menjadi sunyi sebentar sambil memikirkan kata2 adikku tadi..apa lagi bermulalah sesi gelak guling2 secara berjemaah kami yang mendengarnya.aduii..adik2..hmm..rupanya masih lemah lagi kosa kata adikku yang sorang ni..penat aku ngajonye..

Apa pun,aku harap yang terbaik kepada keluargaku menjelangnya tahun baru ini. Baik dari segi kesihatan mahupun pencapaian masing2..hopefully,insyaallah..and for me,i hope this year,i’ll be a strong farhana.no more cengen2 girl..walaupun aku tahu,tahun ini adalah tahun yang agak sukar bagiku dan sahabat2 yang seangkatan denganku..dan aku harap apa yang berlaku sepanjang cuti sem ni,menjadi pendorong untuk aku terus berusaha ke arah yang lebih baik..let by gone be by gone..mak cakap,aku kuat! Yeahh~

Memang aku kuat pon!

Ok.got to go..sampai menulis lagi..wassalam..


p/s: to nana and dedek,membesarlah dengan sihat!makan jek epal tu,jangan memilih sangat..hehe..




Monday, December 14, 2009

luahan perasaan

ALHAMDULILLAH...akhirnya khemah ibadah 2009 selesai la sudah...terasa masa begitu pantas berlalu..walaupun waktu cutiku dicuri selama 2 minggu,xpe..aku rase sangat berbaloi dapat bersame adik2 dan semua keluarga KI..banyak yang aku belajar baik dari segi ilmu agama mahupon ilmu kerja..betol kate abg cik [abg nuar],sebenarnye kite pon nk belajar sekali time KI ni..bagi aku sekeping sijil tu xde makne pon,kalo nak dibandingkan dengan ape yang aku dapat sepanjang Ki ni berjalan..

walaupun penat yang teramat sangat,tapi terasa sangat puas..walaupon ade certain thing yang kurang memuaskan jiwa..tp xper..tu semua pengalaman dan pengajaran untuk mase hadapan..terima kasih kepada semua keluarga KI atas tunjuk ajar, nasihat, semangat yang diberikan..lagi satu bertambah lagi kawan2 saya..alhamdulillah..

bukan itu yang aku mahu luahkan sebenarnye..hm..aku risau pasal mak..mak,tolong la kuat..maafkan ana mak,tinggalkan mak selama 2 minggu....rase sangat berdosa ngn mak..kejamnye aku kan..ya Allah,sembuhkan la mak sy..saya nk balik umah cepat..tahan la air mate ni jangan bagi keluar..
FARHANA KUAT!!

Tuesday, December 1, 2009

masalah berpunca dariku..

salam satu dunia

2,3 hari lepas,satu peristiwa bodoh berlaku ke atas ku.aku mengaku memang totally salah aku dan kecuaian aku.semua penghuni rumahku,menunding jari kepadaku.bini abahku tak abes2 marahkan aku.anak2 abahku yang lain,macam2 perli dan mengutuk aku.termasuk yang paling kecik tu..satu hari tu,hidupku tak tenang..memikirkan ape akan jadi pada waktu malam nanti bila suami mak aku dapat tahu..aku mula memikirkan cara2 nak solvekan masalah aku ni..aduii..

untuk pengetahuan semua,kalo benda ni terjadi kat rumah aku,ha tu masalah paling besar la..abesla aku..cuai nye la aku..nape la benda kecik macam tu pon aku xleh nak pikir.bape lame dah orang tua ku didik aku..

tp kate2 anak abah yang bongsu iaitu adikku amat memberi perangsang kpdku yang tengah gundah gelana ini berbanding orang2 yang besar yang hanya tahu menunding jari kepadaku sahaja.."xpe kak na,kak na berdoa je kat Allah,die tolong nye kak na nanti"..begitulah kate adikku yang berusia 8tahun yang mungkin banyak terpengaruh dengan cerita2 indonesia kebelakangan ini..walaupun nampak seperti menganjing-anjingkanku dlm kamus ganu bererti memerli namun aku turunkan egoku and take it as positive.

aku mula berpikir,macam mane Allah nak tolong aku..macam mustahil je..namun,aku terus berdoa dan bedoa sepanjang hari tu supaya Allah keluarkan aku dari kegelapan,kebuntuan, supaya Allah berikan aku kemudahan dan jalan keluar kepada masalahku.

di malam itu,setelah mendengar selori ceramah dari suami ibuku,aku mula berusaha menyelesaikan masalahku sendiri.dan aku berlagak pandai,kononnye xnak mintak pertolongan orang tuaku.yela,aku yang mencari mslah,aku sndri la yang kena selesaikan..ni ayat suami mak aku..

akhirnya..dengan izin Allah,masalahku selesai...alhamdulillah..terima kasih ya Allah..pintu bilikku yang terkunci dari dalam berjaya dibuka dengan sekeping kad..aku tau,mesti orang kate huk olo..setakat pintu terkunci jer..walaupun nampak kecik,,tp kalau bukan dengan kehendak Allah,xdpt jgk aku bukak tombol besi itu..nampak kan kat sini??

the moral of the story,doa itu senjata orang mu'min.segala masalah, kegagalan, kejayaan, kesedihan, kegembiraan datang dari DIA. Kalau Dia nak ia terjadi,maka terjadilah..tiada yang mustahil. so, BERDOALAH,JANGAN SOMBONG..