Followers

Monday, January 4, 2010

new post for new year


Salam alaik.salam satu Malaysia..

Hari ini 5 Januari 2010,genaplah usiaku selama 20tahun 3bulan 1hari.tidak tahu untuk mengkategorikan sebagai apa..sama ada remaja atau dewasa.yang pasti bukan kanak2 lagi..Syukur alhamdulillah,kerana aku telah diberi kesempatan lagi untuk bernafas hingga ke saat ini…dan diberi kesempatan lagi untuk menulis dalam blog yang serba kekurangan ini…

Sedar tak sedar dah 2010 dah kita kan?pantas masa berlalu!tapi sedarkah kita,makin lama masa berlalu,makin hampir kita dengan kematian...mungkin kita lupa satu perkara ini tatkala kita rakus mengejar nikmat dunia yang fana ini..bukan nama aku.nau'zubillah..

Tahun ini juga aku akan memasuki sem baru..bermulalah kehidupanku sebagai pelajar tahun 2,sem 2 di UTP ini...hope this sem will be better than previous sem ..hopefully.insyaallah..yela..semua orang nak yang terbaik kan..dan itu juga salah satu azamku pada tahun ni..cewah..ada azam jugak beb..haha

Sebut pasal azam ni kan,teringat kat adik aku,nama dia bukan azam,tapi azim..,adalah satu malam ni sedang kami makan malam satu family,abah start la memberikan motivasinya..dan ini juga merupakan salah satu tradisi keluarga kami ketika makan bersama2.nak dijadikan cerita,tibalah giliran adik mendengar perutusan dari abah,abah pon berkatalah pada adik, “adik,tahun ni adik mesti ada azam.adik mesti tahu apa adik nak capai darjah tiga nanti,tau.”,dan tiba2,aku terpandang wajah adik yang kebingungan kepelikan sambil menggigit sudunya..seraya berkata, “ape pulak abah suruh adik azan kat masjid,adik mana reti lagi”,menyalahkan abahku yang tidak bersalah apa2..suasana menjadi sunyi sebentar sambil memikirkan kata2 adikku tadi..apa lagi bermulalah sesi gelak guling2 secara berjemaah kami yang mendengarnya.aduii..adik2..hmm..rupanya masih lemah lagi kosa kata adikku yang sorang ni..penat aku ngajonye..

Apa pun,aku harap yang terbaik kepada keluargaku menjelangnya tahun baru ini. Baik dari segi kesihatan mahupun pencapaian masing2..hopefully,insyaallah..and for me,i hope this year,i’ll be a strong farhana.no more cengen2 girl..walaupun aku tahu,tahun ini adalah tahun yang agak sukar bagiku dan sahabat2 yang seangkatan denganku..dan aku harap apa yang berlaku sepanjang cuti sem ni,menjadi pendorong untuk aku terus berusaha ke arah yang lebih baik..let by gone be by gone..mak cakap,aku kuat! Yeahh~

Memang aku kuat pon!

Ok.got to go..sampai menulis lagi..wassalam..


p/s: to nana and dedek,membesarlah dengan sihat!makan jek epal tu,jangan memilih sangat..hehe..




No comments:

Post a Comment