Salam
Esok 6 Disember 2010,bermula la hari internship or praktikal kami, pelajar tahun tiga Universiti Teknologi Petronas. Good luck kepada semua kawan2 baek yang intern kat Malaysia,overseas or over the sea, Sabah and Sarawak. Jadikan hari pertama ni,hari bersejarah buat kamu semua. Eh, silap..kita semua.. OKEY??!
Kepada sahabat2 tahun tiga, terutama warga CIVILIAN, Adah, Mareney, Farhana, Farahin, Nad, Nisa, Cikin, Sekai, Liyana, Wani, Soleh, Sya, Afaf, Balqis, Ain, Robi, Eniza, Put, Kel, Eton eh silap Izzatun, Gee, Ecah, Syazliyana, Iryani, Husna, Catherine, Su Jane, Goh, Huilin, Tracey,Meili sori kalau ade yang tertinggal,ALL THE BEST OKEY. wah tahniah untuk aku mampu ingat semua nama budak perempuan kelas aku .. Tunjukkan kemampuan kita dalam bidang ni walaupun kita ni wanita. Kita pun mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki. Kan kan?Sorry lelaki.hehe.
Yang lelaki pun same. Sori,xleh nak list nama,terlalu ramai. Dua kali ganda kami. Apepon, Gud Luck. Keje sungguh2. Cukup2. Yang lelaki tak payah pesan panjang2..Diorang ade satu telinga je. Hee. Semoga ketemu lagi 10bulan akan datang. Huhu. Yang bukan warga civilian pun same. Selamat berinternship semua.
Amboi farhana roslee..sibuk duk bagi wasiat kat orang. Sebenarnye aku sendiri cuak ni.. Debor.. Buat ni tak kena. Buat tu tak kena. Hadoi. Macam macam aku fikir untuk menghadapi hari esok. Baju ape nak pakai. Kasut ape nak pakai. Ape nak bawa. Nak pergi pukul berapa. Macam mana keaadaan tempat kerjaku nanti. Macam nak g jumpe bakal mak mertua pulak. Waa.. Cuak cuak. Cuak dandan. Istilah OBS dulu.
Jadi pagi tadi pergilah call bakal office ku esok, cewah..dah boleh sebut officeku konon konon nak memberitahu atau dengan kata lain nak memberi ingatan terakhir kepada pihak mereka akan ketibaan aku di ofis mereka esok. Bajet la diorang nak sambut aku dengan paluan kompang. Jangan berangan Farhana. Tolong. Tolong jangan berangan. Dalam hati cuak ni.. Berhati hati je menyusun ayat. Skima wa tertib terenim (tertib dan teratur) je struktur dan intonasiku. Jaga imej UTP kununnye lah.
Orang yang menjawab panggilanku pun perasan,barangkali budak ni terlalu nervous nak datang esok ni. Aku pun istiqomahkan lagi bicaraku, sebelum aku menekan butang End call hp aku,aku bertanya soalan last, "Cik, ade pape tak saya perlu bawa esok". Cik tadi jawab," Oh tak perlu bawok pape. Bawok diri jer.. Bawok pisang sikat bace dalam loghat ganu ye". Aku: ????? Aku yang mulanya kontrol bicaraku, akhirnya berguling guling ketawa atas katil. Cik tadi juga ketawa berdekah dekah bersamaku...
Hilang rungsingku. Hilang debaranku seketika. Terima kasih cik..
bwk pisang x tahannye..
ReplyDeletegudlak esok!