Followers

Tuesday, November 30, 2010

tragedi 29november

"Lepas ni kompem masuk blog ko kan?"
Ayat salah seorang kawanku yang berada di tempat kejadian semalam haha. Yer,aku tulis la kat blog ni sempena ingatan buatku sampai bila. Nanti tua tua boleh baca balik sambil tersenyum tiada gigi.

Kalau boleh nak jer aku update kat blog ni,sesampai je rumah semalam,tapi,otak dan otot2 minta direhatkan setelah 14jam perjalanan pulang dari Perak yang sangat memenatkan yang penuh liku dan ranjau. Selama 21tahun aku hidup,tidak pernah sekali terlintas di fikiran atau aku membayangkan kejadian kereta rosak apatah lagi aku mengalaminya. Ini lah kali pertama dan paling menakutkan berlaku padaku sekeluarga semalam dalam perjalanan pulang dari Tronoh,Perak pulang ke tanah air Kuala Terengganu.

Setibanya di hutan amazon Titiwangsa,tiba2 kami terdengar bunyi satu letupan yang sangat kuat. Abah terus memberhentikan kereta di tepi jalan yang agak sunyi dan tiada kenderaan yang lalu lalang di situ. Jantungku berdegup kencang cam nak buat presentation PCS. Lebih teruk lagi dari tu barangkali. Tambah2 tengok kiri kanan yang dipenuhi hutan2 yang tebal dan gaung2. Oh berdegup kembali jantungku saat menulis ni..Biarla situasi semalam pertama dan terakhir berlaku padaku.

Letupan yang kuat itu datangnya daripada hos radiator pecah,mungkin sebab temperature yang terlalu tinggi. Mak sudah mengucap panjang. Tambah lagi dengan kesihatannya yang tidak berapa baik. Adik bongsuku dah start menanges. Aku pulak dah menggeletar seluruh badan ketakutan memikirkan apa akan jadi pada kami sekeluarga di tengah2 hutan itu. Paling tidak rumah orang asli pon jadik la. Namun, Abah tetap cool dan tenang. Tidak sepertiku dan Mak. Siapa x takut, pekan paling dekat pon,ambik masa 1,2 jam dari situ. Dengan keretanya yang tak banyak lalu lalang di situ. Yang lalu pon hanya sekadar melihat dan yang baik sikit,'bang,tengok kereta diorang rosak, kesiannya diorang bang'.

Abah menelefon mekanik di Jeli,malangnya,die seperti tidak yakin dapat datang ke tempat kami sebab jarak yang terlalu jauh dan mengambil masa 2,3 jugak untuk sampai. Argghhhhh..hatiku menjerit. Ya Allah Ya Allah dugaan apekah ini. Aku hanya mampu berdoa agar diberikan petunjuk apekah patot kami buat saat itu. Aku pon menelefon kawanku Saadah yang sentiasa mengalami masalah dengan keretanya dengan harapan dia boleh bagi idea ape patot kami lakukan. Namun hampa, tiada jawapan. Ya Allah.. Kuatkan aku..mata sudah terasa berat menahan air mata daripada tumpah.

Aku call lagi dan lagi. Aku juga call kawan2 yang lain untuk dapatkan contact number mekanik terdekat dengan kawasan itu. Dipendekkan cerita,seorang sahabatku memberitahu bahawa ade kawanku sedang dalam perjalan pulang ke kelantan pada hari kejadian. Ya Allah..patotkah aku menghubunginya?? Aku lantas memberitahu abah, then abah cakap cepat call die. Dengan segera aku call Firman kawan sekelasku yang dalam perjalanan pulang ke Kelantan. Nak dijadikan cerita,die baru je melepasi kami 20minit yang lalu. Ya Allah....adakah ini kebetulan yang Engkau telah rancangkan? Terima kaseh Ya Allah...

Aku hanya menyuruhnya tengok2 bengkel kereta terdekat di depan sana, namun katanya,nak jumpa rumah orang susah la kawasan tu apetah lagi bengkel kereta. Kalau ade pon di pekan jeli.2,3 jam jugak dari situ. Aku bagaikan sudah putus harapan. Otakku melayang2. Lembik je lutut ni, ayat terakhir dari Firman "takper,tunggu.aku patah balik" dengar tak dengar jer.. Aku mematikan phone.. Ya Allah..Kuatkan kami ya Allah. Lindungilah kami..mengalir sudah air mata perempuanku... dalam hatiku,janganlah ade kenderaan berhenti untuk membuat perkara buruk pada kami,janganlah aku terlihat benda2 yang tidak patot seperti gajah or seumpamanya. Memandangkan itu memang kawasan gajah melintas. Janganlah malam. Lambatkanlah malam ya Allah.. Janganlahhh. Jauhkanlah Ya Allah..Jauhkan. Lindungilah keluargaku Ya Allah.

20minit selepas itu, Firman datang. Hatiku menjerit lega. Terima kaseh Ya Allah.. Hampir 30minit jugak berdiskusi,akhirnya kami membuat keputusan,biar abah dan Fiman patah balik ke pekan grik untuk dapatkan bantuan,dan seorang lagi kawan Firman, Zaim tunggu kami di tempat kejadian. Terima kasih Firman, Terima kasih Zaim. Lebih kurang 2jam setengah kami tunggu di tepi jalan itu,abah dan Firman pon pulang dengan membawa barang2 untuk digantikan.Oh sangat2 bersyukur waktu itu. Dengan kepakaran abah dalam bab2 mekanik ni,akhirnya keretaku dapat bergerak kembali.. Alhamdulillah..Alhamdulillah. Rase seperti mahu mencium cium tanah waktu itu. Terima kasih Ya Allah.. Terima kasih.

Selesai je baiki,hari sudah mula gelap. Nasib baik semuanya selesai sebelum malam. Selepas solat dan makan di puncak Titiwangsa,kami meneruskan perjalanan. Firman dan Zaim follow kereta kiteorang sampai kiteorang separate jalan in case pape lagi berlaku. Baiknya insan yang Kau ketemukan pada kami ini ya Allah.

Apepon terima kasih Firman. Ko bukan setekat menolongku bab2 assignment,tapi semalam ko dan zaim telah menjadi heroku.. Tarzan pon susah nak dapatkan kat kawasan tu. Zaim pulak,aku xkenal pon ko sebelum ni, tapi ko sanggup tunggu berjam2 bersama kami sekeluarga di tengah2 hutan amazon tu. Allah saja dapat balas kebaikan korang berdua.

Itula kisahnya..ni semua salah aku,kalau la mak ayah aku x datang ke Perak untuk mengambil barang2ku,mesti semua ni xjadi kan. Maaf mak,abah. Aku dah susahkan mak ayah aku lagi. Ni last. Lain kali, Ana tak paksa lagi mak abah datang. Maaf abah. Maaf mak...maaf adik2ku..maaf adikku yang kena tinggal sebab pekse. Maaf semua..

Tragedi 29 November takkan berulang lagi..

p/s: terima kasih adah sebab send no eon.terima kasih liyana yang tak berhenti henti tnya khabar kiteorang dan search no majlis daerah grik dengan cepat.dan terima kasih fadzil asri cepat memberitahu tentang Firman itu.tambahan,terima kasih amir zaid atas sumbangan kredit telephone anda.terima kasih semua. Inilah gunanya sahabat..

6 comments:

  1. dugaan b4 intern...anda n famili kuat!sbb tu thn uji anda..

    ReplyDelete
  2. hargailah sahabat anda hohoho

    kalo aku mesti duk nengung situ sapa gajoh mari..pastu naik gajoh je la haha

    ReplyDelete
  3. kalo pman msk minang, kompom mak bpk ko xrejek...wahhahaha

    ReplyDelete
  4. adah,ye sekuat harimau

    syibie,rindu kamu juge..aku duk umah dah taon depan..meh la jenguk2 aku..hehe

    hazwan, family aku 5org mane muat naik gajah.

    pain,kompem..xabes2 puji diorg dalam keter lepas kejadian tu..haha..

    ReplyDelete
  5. firman ngan zaim hero..kool2..nnt bg link nih kat diorg la..hehe

    ReplyDelete