Salam
Sejak kecik aku jarang sakit dan jarang pergi klinik. Mak dan abah tak ajar aku terlalu manja. Diorang lebih suka aku melawan sendiri penyakit. Kate diorang, jangan dilayan sangat demam ni. Kena dan harus lawan. Munkin sebab itulah aku mempunyai daya ketahanan melawan penyakit sendiri. Antibodiku kuat mungkin.
Seingat aku, kali terakhir aku pergi klinik sebab demam masa darjah 3, ketika usiaku 9 tahun. Doktor tanya, kenapa lambat bawa datang klinik, suhu dah cecah 39 degree C. Kalau 40 ni,boleh kena sawan. OMG.. Naseb baek cepat sampai. Masa tu la kot aku demam yang sangat kuat, sampaikan malam tu, mata aku tetibe tak nampak pape. Aku jalan,terlanggar tiang. Aku ingat aku dah buta. Sebab terlalu kuat demamku, otak dan penglihatanku terjejas. Jangan main2 ye dengan demam panas ni.. Alhamdulillah,umurku masih panjang.
Pasai apa pulak ni cerite pasal demam,tajuk gigi.. haha. Takde,nak bagi tau kat situ yang aku jarang pergi klinik. Even selama 4tahun aku duk UTP ni,aku tak pernah pergi klinik UTP melainkan untuk timbang berat.Tapi semalam, 22 Oktober, sakit gigiku ini makin menjadi jadi. Sampai ke otak aku rasa. Sampaikan dalam kelas aku tak dapat tumpukan perhatian. Padahal memang salu mcam tu pon.
Sampai la petang tu,aku dah sangat tak tahan dengan sakit ni, aku buat keputusan nak pergi klinik gigi. Tenkiu rum8 dan adah. :) Oh memang sangat susah untuk aku pergi klinik. Kalau aku dah pergi klinik ni,bayangkan sahaja la bagaimana sakitnya. FYI,sakit gigi adalah sakit ke 4 selepas sakit mati,sakit bersalin, sakit putus anggota badan.
Jumpa doktor, after die masukkan perkakas die ke dalam mulutku, dia cakap, " Oh ni,gigi bongsu atas awak ni sedang bertumbuh dah menekan gusi bahagian bawah,sebab tu sakit. So awak kena cabut gigi geraham yang atas ni." Aikk?? Gigi bawah yang sakit, gigi atas pulak yang kena cabut. Sedangkan gigi atas aku tak salah pape pon. Walaubagaimanapon, dah dengar je perkataan cabut tu, aku terus cakap." Oh NO,NO,NO doktor. Saya tak nak cabut. Saya nak pergi dinner malam ni,nanti macam mana saya nak makan?"
Doktor tu akur je. Dan dia cakap,kalau tak nak cabut sekarang,datang esok cabut (hari ni la). Oh takde maknenya aku nak datang kembali untuk hilangkan satu anggota badanku. Then die bagi painkiller and antibiotic sahaje. Sampai sekarang ia masih lagi sakit,terutama ketika makan.
Oh gigi,fahamilah daku!!!
Rasa nak bawak berus gigi kemana mana saja.
nnti bila dh hilang sakit baru bleh cabut..
ReplyDeletetp besenye kalo dh hilang sakit msti mls nk cabut haha
sekarang pon aku xmo cabut
ReplyDeletent dah tak sakit lagi la xmo cabut..
huk3~
sakit gigi mmg menyeksakan huhuhhu
ReplyDelete