Followers

Saturday, October 30, 2010

Antara Ego dan Dia

Salam

Kisah ini berlaku semalam. Sewaktu tengah syok2 tengok tv di common room bersama Marisini, aku mendapat satu panggilan dari jauh. Perbualan itu panjang, ku kira 3 orang berpas-pas telefon. Tapi aku ringkaskan. Pesanan dari penaja,kalau tak paham,buat2 paham je la ek.

Orang itu: Na,aku nk kabo satu bende ni,mu jgn kejut ek.
Aku: Ape. Kabo je la. (dengan tenang aku menjawab,padahal dalam hati dup dap dup dab)

Lebih kurang 5 minit jugak bermain tarik tali, akhirnya..

Orang itu: Abah accident waktu nak g jogging petang tadi dengan ego mu.
Aku: Ya Allah. Teruk dok??Abah cam mane??Guane boleh jadik lagu tu?? (ni tak berlakon,serius terkejut )
Orang itu: Terseliuh kaki dan luke2 la sikit. Tapi Na...tapi...tapi...(dengan nada yang sedih gile)
Aku: Ape???kabo jer la!!
Orang itu: Lepas aku balut2 luka abah tu, aku senyap2 pegi luor,aku tengok moto tu. Ya Allah,motoku teruknye....

...............

Sejak aku hantar balik egoku ke rumah, die dijaga dengan baik oleh orang itu. Tidak seperti layanan yang aku berikan sewaktu die di UTP. Die dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Cey. Bungo la pulok tibe2. So,kait2 kan la sendiri ye cerita ini dengan tajuk di atas.

Okeh,perlu pergi mandi..

p/s: Abah,semoga abah kuat!Get well soon. Sori x dapat jadik jururawat abah. Dan orang itu, biaq p la dulu ego tu,nanti baiki. Yang penting abah selamat. Jaga makan minum abah tau.

Friday, October 22, 2010

Gigi oh Gigi!

Salam

Sejak kecik aku jarang sakit dan jarang pergi klinik. Mak dan abah tak ajar aku terlalu manja. Diorang lebih suka aku melawan sendiri penyakit. Kate diorang, jangan dilayan sangat demam ni. Kena dan harus lawan. Munkin sebab itulah aku mempunyai daya ketahanan melawan penyakit sendiri. Antibodiku kuat mungkin.

Seingat aku, kali terakhir aku pergi klinik sebab demam masa darjah 3, ketika usiaku 9 tahun. Doktor tanya, kenapa lambat bawa datang klinik, suhu dah cecah 39 degree C. Kalau 40 ni,boleh kena sawan. OMG.. Naseb baek cepat sampai. Masa tu la kot aku demam yang sangat kuat, sampaikan malam tu, mata aku tetibe tak nampak pape. Aku jalan,terlanggar tiang. Aku ingat aku dah buta. Sebab terlalu kuat demamku, otak dan penglihatanku terjejas. Jangan main2 ye dengan demam panas ni.. Alhamdulillah,umurku masih panjang.

Pasai apa pulak ni cerite pasal demam,tajuk gigi.. haha. Takde,nak bagi tau kat situ yang aku jarang pergi klinik. Even selama 4tahun aku duk UTP ni,aku tak pernah pergi klinik UTP melainkan untuk timbang berat.Tapi semalam, 22 Oktober, sakit gigiku ini makin menjadi jadi. Sampai ke otak aku rasa. Sampaikan dalam kelas aku tak dapat tumpukan perhatian. Padahal memang salu mcam tu pon.

Sampai la petang tu,aku dah sangat tak tahan dengan sakit ni, aku buat keputusan nak pergi klinik gigi. Tenkiu rum8 dan adah. :) Oh memang sangat susah untuk aku pergi klinik. Kalau aku dah pergi klinik ni,bayangkan sahaja la bagaimana sakitnya. FYI,sakit gigi adalah sakit ke 4 selepas sakit mati,sakit bersalin, sakit putus anggota badan.

Jumpa doktor, after die masukkan perkakas die ke dalam mulutku, dia cakap, " Oh ni,gigi bongsu atas awak ni sedang bertumbuh dah menekan gusi bahagian bawah,sebab tu sakit. So awak kena cabut gigi geraham yang atas ni." Aikk?? Gigi bawah yang sakit, gigi atas pulak yang kena cabut. Sedangkan gigi atas aku tak salah pape pon. Walaubagaimanapon, dah dengar je perkataan cabut tu, aku terus cakap." Oh NO,NO,NO doktor. Saya tak nak cabut. Saya nak pergi dinner malam ni,nanti macam mana saya nak makan?"

Doktor tu akur je. Dan dia cakap,kalau tak nak cabut sekarang,datang esok cabut (hari ni la). Oh takde maknenya aku nak datang kembali untuk hilangkan satu anggota badanku. Then die bagi painkiller and antibiotic sahaje. Sampai sekarang ia masih lagi sakit,terutama ketika makan.


Oh gigi,fahamilah daku!!!

Rasa nak bawak berus gigi kemana mana saja.

Wednesday, October 20, 2010

hambar

Salam

Oh blog usangku,aku sedih. Dengarlah luahan hatiku ini. Hari ni,banyak benda yang berlaku buatkan aku sangat sedih. Dah la gigi tengah sakit ni,nak bertumbuh. Tambah dengan ulsernye. Hilang selera makan aku. Makan bakso pon,hambar jer. Pergi pasar malam semua beli,bila balik, tak teringin pun nak makan semua tu. Mungkin sebab mood tak berapa baik hari ni.

Bila aku tension,geram, aku akan main Tumblebugs. Peberet game di kala sunyi. Bila keadaan macam ni, game aku jadi hambar je. Memang tak kan naik level. Tu nunjukkan jiwa tengah kacau.

Member usik sikit pon rase nak tampo je laju2, tapi pikir anak orang je. Sabor.. Jangan usik aku buat masa ni,takot ade yang patah gigi je nanti. Farhana Roslee boleh jadi ganas bila2 masa je.

Sedih!! Pedih. Sakitt.. Rasa nak cabut semua gigi. Rasa nak demam pun ade ni. Arghh. Tak sukanya.

Nur itu maksudnya cahaya. Farhana itu maksudnya Gembira. Jadi, keluarkan cahaya kegembiraan itu Nur Farhana. Jangan sedih lagi. Cuba memujuk diri sendiri.

Wahai manusia, jangan pedulikan perasaan ini.

Sunday, October 17, 2010

Entry ucapan

Salam

Convo fair sudah habis! Maka habis la masa berhepi-hepian aku. Seriusly,this is the best weekend ever for this sem. Rase macam first time ade weekend. Naseb baik ade convo fair. Terime kaseh UTP! Terima kasih urusetia2 dan semua komiti2 Convo Fair 2010. You did it! Congratulation!

Setengah orang cakap, habis convo, habis la duit. Tapi aku tak. Kali ni aku berjaya mengcontrol nafsu 9 aku untuk membeli belah. Satu sen pon aku tak kuarkan duit untuk shopping, melainkan habis duit untuk makan. Itupon disupport barang seringgit dua oleh budak2 yang tengah intern. Hehe. Terima kasih u olls. Kalau cam ni,nak convo selalu la..

Sejak abis ETP hari tu,terasa sangat freeeeee. Dah takde mood nak belajar. Hadoiyai.. Ni semua penangan ETP. Sem ni la rasa sangat abaikan pelajaran. Bukan abaikan, terabai. Lain tu maksudnye. Okey nak buat ucapan pulak ni..

Hm,to mak and abah,sorry tak dapat balik minggu ni. Hati sangat membuak2 nak balik umah ni. Tapi tunggu masa je ni. To my friends, sorry kalau banyak terasa kebelakangan ni. Aku dah cuba nak puaskan hati semua orang. Tapi,at certain time, aku gagal jugak. Sorry ye my beloved friends. To sahabat2 yang tengah intern,terima kasih sudi datang. Terima kasih belanja 'adik-adik' yang belom kerja ni. Jangan serik ye melawat kami. Hehe.

To Mr Razol, leturer PCSku, kami minta maaf sangat.sangat.sangat.. Kami sangat banyak buat masalah and menyusahkan sir. Walaubagaimanapun, u're the best lecturer ever we ever had. Thanks for your understanding and keep giving us chances after chances. Nanti,abis sem saye belanje sir makan Pak Ali. Hehe. Ayat bodek nak dapat A. Haha..

To my ETPmate, Siti, Razmi, Faiq, Faris and Virgi, highlite sikit. I miss u all. hakhak.. Serius tak tipu. Jangan lupe kite ade lagi satu final report. Be ready on that guys. This is the best experiences working with u guys. Not much 'songeh'. Mambu jambu. Ayat examiner kite. Ingat perkataan ni sampai bile2 tau. Haha.

To senior yang dah grad,tahniah ye semua. Walaupun xkenal u all..tahniah jer la. Selamat kembali bekerja. Jadilah product UTP yang berguna kepada bangsa, agama, dan negara. Cey..

Dan lagi satu nak seru kepada semua yang layak,jangan la segan,takot dan malu menderma darah. Derma lah darah walaupun sedikit.Tak kan habisnya darah anda. Tak sakit pun. Nyamuk gigit lagi sakit. Dan lagi satu, kepada yang sudah layak, daftar la mengundi. Tunaikan kewajipan anda pada negara. Tak bayar pun. Luangkan sedikit masa jer pergi pejabat pos or mane2 tempat yang patot. Cey nak bagi tau semua ni aku dah buat time convo fair. Hakhak. Astaghfirullah. Riak2.. Abaikan2 ye.

Ok,la nak try sentuh and bukak buku yang dah lame ditinggalkan. Sedih buku2 saye. Back to work people!!

Friday, October 15, 2010

Medical check up di kala bosan

Salam

Weekend ni terasa sangat bahagia sebab terasa sangat free sebab dah abis ETP sebab ade Convo Fair sebab ramai membe2 yang tengah intern datang sebab dah tak de assignment. Waa.. Penat2. Cakap dalam satu nafas. Jap,tarik nafas lu... Hm,banyak sebab tu.. Rase macam dah grad pulak. Rase rimas duduk dalam bilik tak tau nak buat ape. Mula la rumateku pengaruhi aku suruh main Tumble Bugs, tau x ape? ala lebih kurang zuma la. Dah addicted sekarang sampai TERponteng kelas wastewater semalam. Kau la ni Farah. Semua salah kau. Haha.

Eh nak cakap pasal medical check up ni. Nak cerite ni, betapa free nye aku weekend ni sampai ade mase nak bermedical check up pulak. Sebab tak tau nak buat ape sangat. Bahagia sangat sampai tahap gula dalam darah aku pon tinggi tadi. Hampir kencing manis. Lihat. Betapa free nye aku. Kesimpualannya,tak boleh duduk diam la ni. Kena buat koje. Tak boleh terlalu free.

Farhana Roslee..Farhana Roslee.. Free susah. Busy sangat pun susah. Biasa la lumrah kehidupan kan? Kesimpulan yang kedua, kena bermoderate ataupon bersederhana. Lek2 sudey. Ha macam tu la lebih kurang. Kan? Kan?

Ha yang penting tadi masa buat medical check up, aku sihat dan normal. Syukur Alhamdulillah. Cuma kandungan gula la tinggi sikit. Bahagia sangat kot. Haha. Dan berikut adalah keputusannya. Jangan mengutuk apa yang tak patot okey. Ni sebagai role model seorang wanita yang sihat. Oh Farhana, pliss la jangan angkat bakul sendiri..

NAME : NUR FARHANA ROSLEE

AGE : 21 tahun 12 hari

BLOOD PRESSURE : 110/70 (normal)

BMI :19.5 ( tersangat normal )

HEIGHT: 158.5 cm (pengukur rosak ni)

WEIGHT : 49 kg (ni sebab baru jer lepas makan ni)

SUGAR LEVEL : 8.0 mg/L ( normal below 6 )

PEAK FLOW : 400 L/min (xde asthma,dan tak merokok) -->normal

WAIST CIRCUM : TOTAL,22mm

FAT : 10% ( normal bagi tinggi saya)

CONSULTATION :
Banyakkan exercise, jage makan, Makan untuk hidup,bukan sebaliknya. minum air kosong banyak.banyak.banyak. ( sebab saya sangat kurang minum air,1.5 L= botol mineral yang besar tu, tahan selama 5hari) So sape2 yang mengenali saya,bile terjumpe jer saya,ingatkan saya supaya minum air ye, Tak pon,jumpe je saya hulur la sedikit air. Sedih giler ayat.. :P

Nasihat saya,amalkan gaya hidup yang sihat. Jap nak upkan sikit budak2 UNIKL RCMP atas medical check up free ni. Hehe.. Terima kasih korang, bakal dokter yang berjaye! :)

Lagho time~

Tuesday, October 5, 2010

Kerja. Kerja. Kerja.

Salam


Aku menulis bila aku dalam keadaan serabut. Tertekan dengan kate lain. Walaupun sekarang ni tengah sibuk membuat preparation untuk presentation projek EDX ku yang TERCINTA itu,namun ku curi2 juga menaip sepatah dua kate di blogku ini. Hidup ni tak habis2 dengan kerja. Kerja. Kerja. Kerja. Bila la nak berhenti buat kerja ni. Otak sangat serabut sekarang ni. Banyak kerja dan banyak masalah. Mau balik umah. Nak kahwin. Abes citer. Haha. Cepat cariakan calon untuk aku. Hee. Gatai meghela Farhana Roslee ni.

Takpe2. Kurang2 aku boleh senyum sikit time otak tengah serabut ni. Nasihat saya pada pelajar di luar sane,jangan masuk third year ye..teros masuk final year tau. 3rd year is a nightmare for me. Ini serius. Tak tipu.

Ok Farhana. Jangan teriak. Be cool. Sekejap je menda ni. Bertahan! Kate semalam dah genap 21 tahun. Dah besar. Dah besar. Jangan nanges lagi.

p/s:
1) Tenkiu Yau tolong aku malam ni. Ringan sikit beban aku. Mu la sahabat aku dunia akhirat.

2) Selamat Hari Lahir kepada Encik Roslee B Sabar aka abah yang hensem, cool, dan segala macam lagi. Walaupun sampai saat ini aku masih lagi tidak mendapat ucapan dari die.. Xpe abah,xpe..

3) Terima kasih kepada semua yang ingat hari lahir aku,yang wish kat fesbuk,message, kat cls,kat cafe, kat toilet, yang call, yang tak wish tapi bagi hadiah, yang bagi kad, yang dah bagi hadiah, yang belom bagi hadiah, yang wish awal sehari, yang wish lambat sehari, yang wish on time..Tenkiuuuu.. Tenkiuuu.. Tenkiuuu.. I'm really appreciate it.