Hati Ingin Berbicara, Tetapi Lidah Kelu Untuk Berkata kata...
Followers
Sunday, July 31, 2011
Report dan Ramadhan
Salam
Blog diabaikan seketika gara-gara menyiapkan final report internship. Entry ni pun dah lama draft,tapi tak siap2 sampai lah hari ini.Sampai dua2 mata dah jadi macam mata panda dan terpaksa habiskan RM25 jumpa doktor. Doktor cakap mata aku terkena jangkitan kuman dan mata terlalu penat mengadap laptop lama2.
Tapi aku harus memandang sakit mata ku ini dari sudut positive. Mungkin Allah bagi mata aku sakit sebagai kifarah dosa2ku. Sebagai balasan apa yang telah aku lakukan kepdaNYA. Mungkin selama seminggu ni,aku terlalu taksub dalam menyiapkan reportku. Makan ku entah ke mana. Kesihatanku entah ke mana. Aku dah lama tak menjenguk tok dan tok ki aku sebab report ni. Dan yang besar adalah aku telah mengabaikan Dia. Beberapa hari ni aku rasakan solatku tidak kusyuk, asyik memikirkan pasal report, repot, report. Aku juga sering melewatkan solat dalam seminggu ni. Pernah sekali tu kat ofis, sebab nak kejar masa, lepas solat aku tadah tangan, then aku doa. “Ya Allah, Maafkn aku. Macam biasa la Ya Allah” . Terus aminkan doa. ASTAGHFIRULLAHALAZIM.. Ampun kan aku Ya Allah.
Lihat betapa manusia amat mengejar dunia kan? Oh Ya Allah,lagi sekali aku alpa dengan nikmatMu. Ampunkan dosaku Ya Rabbi.
Tapi itulah. Inilah lukisan alam. Ramai di antara kita hanya bersungguh-sungguh melakukan perkara duniawi. Akhirat, kita hanya memandang remeh. Ramai antara kita belajar bersungguh2 untuk menghadapi final exam sebab nak CGPA tinggi. Tapi berapa ramai antara kita yang bersungguh2 bangun malam nak ‘4flat’ kat akhirat kelak?
Same je dengan cerita aku di atas. Bab report bukan main pulun lagi. Tapi seruan Allah aku abaikan. Jangan jadi seperti ini. Berdosa. Ampunkan aku Ya Allah..
____x____
Azamku untuk Ramadhan kali ini:(ni antara yang kritikal je la)
- Kurangkan berfb.
- Kurangkan tido.
- Banyakkan mengaji.
- Banyakkan bersedekah.
- Tidak mahu tinggal Terawikh
- Banyak diam dari bercakap.
- Puasa penuh di rumah sendiri. Hehe.. (FYI, inilah kali pertama aku berpuasa penuh kat rumah sejak form 1 dulu)
p/s: Maafkan segala khilafku wahai sahabatku.
Tuesday, July 19, 2011
Kapal Persahabatan Selama Lamanya.
Kata amat, kapal bersahabatan kan
salamanya. (friendship forever). Yes! The picture is telling the truth of it.
Kami start jumpa dari form 1 kat Sekolah Menengah Agama Batu Rakit. Start dari kelas lain2. Sorang 1 Umar Al
Khatab, sorang 1 Usman Affan, sorang lagi 1 Ali Abi Talib.Then, masuk Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi Baru Rakit sama-sama, barulah kami ditempatkan dalam
kelas yang sama start dari form 2 hingga la abis SPM. Kami lah pemeriah Rumah
Biru dulu. Kami pernah tinggal sebilik. Sorang tu roommate aku dari form 3
sampai form 5. Yang sorang lagi sempat setahun je sebab dia diangkat jadi pengawas.Pengawas
tak boleh campur dengan students biasa. Hehe.
Tamatnya SPM kami ditawarkan ke universiti yang sama iaitu
Universiti Teknologi Petronas. Tambah menarik lagi kami belajar di dalam kursus
yang sama iaitu Civil Engineering. Cuma kiteorang tak sama in take. Aku masuk
lambat sikit. Orang cakap kalau Jan intake tu semua budak pandai2. So aku ni
kategori tak berapa pandai la sebab aku July intake. So aku ni adalah junior
diorang kat UTP.
Jadi 2 orang ni adalah roommate sampai sekarang. Dah la satu
sekolah. Satu kelas. Satu U. Satu kos. Satu housemate masa praktikal. Satu
bilik. Nasib baik tak satu katil. Jangan nanti kawin satu suami dah la ye.
Hehe.
Hampir 9 tahun kami bersama. Kapal persahabatan kan
selamanya. Kepada Diyani dan Amatillah, terimakasih seinfinitinya sebab banyak
menolong juniormu ini dalam mewariskan buku2 dan lecture2 note kamu kepada ku.
Aku sangat terhutang budi dengan kamu berdua. Semoga kita grad dengan cemerlang ye nanti. Nanti mana tau
kerja pun tempat yang sama kan.
Sebab kapal persahabatan kan selama lamanya walaupun ia terjadi secara kebetulan kan..
Memori Zaman Muda
Salam,
Sungguh panas malam ini. Tidak tahu apa patut dibuat.
Tiba-tiba fikiranku melayang jauh teringat zaman sekolahku dahulu kala. Boleh dikatakakan
hampir separuh hidupku, aku dibesarkan bersama kawan-kawan. Aku telah dihantar
ke asrama penuh seawal usiaku 14tahun. Di saat kanak-kanak seusiaku ketika itu
masih mengharapkan ibu diorang membasuh pakaian dan kasut sekolah mereka.
Mengharapkan ibu diorang mengemas tempat tidur , bangun pagi dengan pakaian
yang sudah bergosok, kemudian terus duduk di meja makan dengan hidangan yang
sudah tersedia sebelum pergi ke sekolah. Sebelum ke sekolah peluk cium mak abah
dulu.
Tapi tidak kepada aku. Sejak aku dihantar ke asrama penuh,
semua benda aku terpaksa uruskan sendiri. Basuh baju sendiri. Bukan setakat
baju sekolah,tapi semua baju termasuk ‘adik2’ kena basuh pakai tangan. Nasib
baik time sekolah dulu aku pakai kasut hitam. Jadi tak payah basuh kasut. Yey
dah kat situ. Pastu bangun pagi tiada lagi suara merdu bunda, sebaliknya suara
orang mengaji dan berzikir mengejutku bangun subuh seawal 5 pagi. Kalau dulu
630pagi sempat lagi bangun, tapi masuk asrama, pukul530 pagi tak bangun lagi
alamatnya crowded la toilet tu. Then tertinggal jemaah. Rugi.
Selalunya pelajar perempuan takde masalah bangun pagi. Tapi
kalau lelaki tu siap kena ghodang pukul dengan rotan lagi dengan warden
atau PK HEM. Sebut pasal rotan, aku mengenal erti rotan semasa aku tinggal di
asrama. Sebelum itu,badan aku suci dari rotan. Abah aku tak pernah pukul aku
pakai rotan. Mak aku pernah kot. Sebab mak aku lagi brutal dari abah aku.
Teringat masa kecik2 dulu,aku dan adik kacau dia sembahyang,dia kurung kami
dalam bilik air pada waktu malam sampai dia siap sembahyang. Dulu bilik air kat
tanah beb. Atap terbuka. Nampak hutan. Gelap..Takut beb..
Sambung kembali, kena rotan adalah perkara biasa kepada
pelajar asrama. Budak baik macam aku pun kena rotan. Haha .Tak. Aku tipu. Aku
jahat masa sekolah dulu. Aku pernah kena rotan sebab tidak menghadiri kelas
tambahan. Aku juga pernah dirotan sebab cadarku tak tegang. Ulang lagi sekali, dirotan sebab cadar tidak
tegang. Kesian kan budak asrama. Banyak lagi la aku kena hukum. Kena buat entry
khas pasal ni. Kalau tak tahan takkan boleh hidup kat asrama.
Pastu sebelum pergi kelas,tiada lagi tangan kasar abah dan
tangan halus bunda nak cium. Yang ada hanya leteran kasar oleh pengawas2 dan
warden2 pasal perkara yang sama setiap pagi kat roll call sebelum bergerak
secara jemaah ke kelas.
Sebab itula zaman sekolah menengah,aku sangat anti prefect. Sekolah rendah tak,sebab aku pengawas.Aku
tak suka pengawas. Menyampah! Disebabkan seorang pengawas, aku benci semua
pengawas. Sori ye kepada pengawas2 sekolah ku dulu. Walaupun hampir semua budak
kelasku dulu adalah pengawas. Even kawan baikku sendiri adalah pengawas. But
prefect is prefect! Friend is friend! Cey wah macam dalam KL gangster pulak. Tu dulu la.. Sekarang takde lagi dah.
Tapi tak semua pahit tinggal kat asrama ni,ada manisnya
juga. Malam hujung minggu adalah paling best. Boleh buat pesta dalam bilik.
Yela hari sekolah sekor semut pun tak boleh nampak berjalan atas lantai. Apatah
lagi tahi hidung. Hujung minggu la boleh sepah2 kan bilik pun. Salunya tiap
hujung minggu kami akan bentang tilam kat bawah. Kami tidur berjemaah. Ingat
solat je ke boleh berjemaah. Kat asrama
semua benda kena berjemaah tau. Even nak erk2 pun kitaorang berjemaah. Sebelum
tidur,macam2 la nak sembangnya. Topik yang selalu digemari oleh pelajar wanita
ialah gosip2 pasal lelaki. Selalunya abang2 senior la yang menjadi mangsa .
Hehe. Sorry kawan2, aku terbocorkan rahsia wanita kita.
Dah menjadi rutin kami, light off je, kami tidak terus tutup
mata. Kami akan sembang2 dulu. Sampai tertidur sendiri. Seronoknya masa itu..
Sampai satu masa, ada satu cerita tersebar. Kita tak boleh sembang2 dah dalam gelap.
Sebab pernah terjadi kat sebuah sekolah
ni, pelajar2 perempuan nya suka sembang dalam gelap sebelum tidur,pastu tiba2 ada
suara lain yang menyapa. Ni cerita je la. Sohih atau tidak wallahu’alam. Lepas
tersebarnya cerita ni,kitaorang terus tak berani sembang dalam gelap. Kelakar
kan. Macam mak tengah takutkan anak2 nya
yang masih kecil yang tak nak tidur malam.
All and all, hidup di asrama ni telah menjadikan aku seorang
yang berdisiplin, berdikari, pandai mengurus masa dan menjadikan aku seorang yang
matang yeke matang?. Bila dah masuk U,aku tidak lagi kekok. Aku boleh
berdiri di atas kaki sendiri. Tapi satu je, perlu ada kawan. Kalau kat rumah
kita ada family. Kat hostel kawan2 la family aku.
Dah penat bebel sorang2. Kena light off pulak. Chow~
Monday, July 18, 2011
Habis Praktikal
Salam.
Ni adalah entry pertama selepas tamatnya prektikal selama 32minggu atau 8bulan. Lama tak? Eh, tak... tak lama pun. Rasa semalam baru je rasa cuak nak pegi lapor diri masuk keje. Macam yang ni ha. Tup tup dah dapat certificate Nur Farhana Roslee has successfully completed her internship at Mohd Asbi & Associates for eight month. Alhamdulillah. Dah boleh jadi engineer dah. Haha.
Gembira memang la gembira dah abis intern. Tak payah bangun pagi pagi lagi gosok baju. Mekap2. Drive jauh2. No more benda2 yang memenatkan ni. Tapi, dah abis, rasa macam satu kehilangan. Bosan. Biasa la,manusia tak pernah puas.
Orang lain dah abis intern, pergi melancong sana sini. Ada yang pergi pulau kapas mencandat sotong, pergi Singapore la, ada yang datang Terengganu la, yang bawak buah hati pergi Cameron la, yang jadi model la. Oh, nampk sangat aku stalk orang kan. Haha. Macam2 lagi la.Tak cemburu . Tak cemburu.
Aku pula,
Si Kecilku reportku memanggilku. Mama..mama... cepatla siapkan ku..
Sekian saja..
Nota kakiku : Tugasan untuk Liyana Rais, ko aktifkan ayat pasif di bawah ye.
Liyana, aku tak rindukan ko. Kalau ko tak sayangkan aku, tak yah la datang la sini.
Ni adalah entry pertama selepas tamatnya prektikal selama 32minggu atau 8bulan. Lama tak? Eh, tak... tak lama pun. Rasa semalam baru je rasa cuak nak pegi lapor diri masuk keje. Macam yang ni ha. Tup tup dah dapat certificate Nur Farhana Roslee has successfully completed her internship at Mohd Asbi & Associates for eight month. Alhamdulillah. Dah boleh jadi engineer dah. Haha.
Gembira memang la gembira dah abis intern. Tak payah bangun pagi pagi lagi gosok baju. Mekap2. Drive jauh2. No more benda2 yang memenatkan ni. Tapi, dah abis, rasa macam satu kehilangan. Bosan. Biasa la,manusia tak pernah puas.
Orang lain dah abis intern, pergi melancong sana sini. Ada yang pergi pulau kapas mencandat sotong, pergi Singapore la, ada yang datang Terengganu la, yang bawak buah hati pergi Cameron la, yang jadi model la. Oh, nampk sangat aku stalk orang kan. Haha. Macam2 lagi la.
Aku pula,
- Kembali menjadi Lisa Surihani. Hehe. Tak la, now I'm becoming Farhana Surirumah. Nasib baik la ada part time job yang ni. Takde la bosan sangat bangun pagi jemur baju, sapu sampah, kemas rumah,masak, fesbuking and so on. Siapa nak tempah kek coklat mesej aku ya.
- Cuti 2 bulan ni aku berazam akan turunkan kembali berat badan. Aku nak jadi wanita normal kembali.
Oh, bukan pegi jogging tiap2 pagi. Tidak sama sekali. Aku tak suka
jogging2 ni. Tak suka lelaki jogging belakang aku. Lelaki kan suka
jogging sambil minum air. Ops! Sorry..
Padahal memang malas. - Aku akan pulihkan kembali kulit kulit yang rosak akibat berjemur kat site.
- Habis pektikal juga, aku dapat job baru, aku jadi penggubal soalan SPM. Haha. Tolong abah je sabagai penggubal soalan. Ha nak tau soalan bocor cepat sediakan pengeras. Hehe. Bukan semua soalan la. Soalan yang abah aku ngajo je. Sebab dah ada terima mesej mintak aku kumpulkan contoh2 soalan SPM. Hahaha. Sorry ye abang2 dan kakak2, adik tak buat semua tu..
- Ni yang paling menyampah, abis pektikal, berhempas pulas kena buat report. Nak muntah dah buat report. Walaupun due date 5 Ogos nanti, tapi kena siapkan awal2. Nanti nak kena hard bound lagi sebelum kurier ke UTP. Pastu nanti nak pergi
Parislagi jumpa abang. Abang betul okey. Bukan 'abang'. Nak tak nak kena siapkan by next week. Janji pada dirimu wahai Farhana.
Sekian saja..
Nota kakiku : Tugasan untuk Liyana Rais, ko aktifkan ayat pasif di bawah ye.
Si gendut
Wednesday, July 13, 2011
Mana kawan-kawanku?
Mana kawan-kawan saya?
Mana kawan-kawan saya???
Mana kawan-kawan saya?????
Mana kawan-kawan saya???????????
KALAULA DUNIA TAHU BETAPA AKU MERINDUI DAN MEMERLUKAN KAWAN2 AKU SAAT INI. SERIUS AKU TAK TIPUUU.8 BULAN AKU HILANG KAWAN2 AKU.8 BULAN AKU RASA AKU SUDAH TIDAK REMAJA. AKU RINDU TEMAN2KUUUU!!!SUMPAH RINDU!!!WALAUPUN EGOKU JATUH SAAT INI, AKU NAK BAGI TAHU DUNIA,AKU SANGAT RINDU KAWAN2KUU TAHAP INFINITI!!!
FARHANA, NAPE LA KAU ....................................... DULU. (syaitan sedang mencucukku saat ini)
OH YA ALLAH,KUATKAN IMANKUUU.. tapi apakan dayaku. Aku nak kawan2 aku balik. Bagilah aku peluang Ya Allah. Kau tahukan perasaan aku tika ini.... Bagilah kawan2 aku balikkkkk ya Allah......
Mana kawan-kawan saya???
Mana kawan-kawan saya?????
Mana kawan-kawan saya???????????
KALAULA DUNIA TAHU BETAPA AKU MERINDUI DAN MEMERLUKAN KAWAN2 AKU SAAT INI. SERIUS AKU TAK TIPUUU.8 BULAN AKU HILANG KAWAN2 AKU.8 BULAN AKU RASA AKU SUDAH TIDAK REMAJA. AKU RINDU TEMAN2KUUUU!!!SUMPAH RINDU!!!WALAUPUN EGOKU JATUH SAAT INI, AKU NAK BAGI TAHU DUNIA,AKU SANGAT RINDU KAWAN2KUU TAHAP INFINITI!!!
FARHANA, NAPE LA KAU ....................................... DULU. (syaitan sedang mencucukku saat ini)
OH YA ALLAH,KUATKAN IMANKUUU.. tapi apakan dayaku. Aku nak kawan2 aku balik. Bagilah aku peluang Ya Allah. Kau tahukan perasaan aku tika ini.... Bagilah kawan2 aku balikkkkk ya Allah......
Monday, July 11, 2011
Jangan Baca
AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!
Hmmm. legaaaa..
p/s: Sori ye blog,aku lepas tension jap. Nak abis intern ni macam2 pulak rase.
Hmmm. legaaaa..
p/s: Sori ye blog,aku lepas tension jap. Nak abis intern ni macam2 pulak rase.
Subscribe to:
Posts (Atom)

