Followers

Monday, July 18, 2011

Habis Praktikal

Salam.

Ni adalah entry pertama selepas tamatnya prektikal selama 32minggu atau 8bulan. Lama tak? Eh, tak... tak lama pun. Rasa semalam baru je rasa cuak nak pegi lapor diri masuk keje. Macam yang ni ha. Tup tup dah dapat certificate Nur Farhana Roslee has successfully completed her internship at Mohd Asbi & Associates for eight month. Alhamdulillah. Dah boleh jadi engineer dah. Haha.

Gembira memang la gembira dah abis intern. Tak payah bangun pagi pagi lagi gosok baju. Mekap2. Drive jauh2. No more benda2 yang memenatkan ni. Tapi, dah abis, rasa macam satu kehilangan. Bosan. Biasa la,manusia tak pernah puas.

Orang lain dah abis intern, pergi melancong sana sini. Ada yang pergi pulau kapas mencandat sotong, pergi Singapore la, ada yang datang Terengganu la, yang bawak buah hati pergi Cameron la, yang jadi model la. Oh, nampk sangat aku stalk orang kan. Haha. Macam2 lagi la. Tak cemburu . Tak cemburu.


Aku pula,

  1. Kembali menjadi Lisa Surihani. Hehe. Tak la, now I'm becoming Farhana Surirumah. Nasib baik la ada part time job yang ni. Takde la bosan sangat bangun pagi jemur baju, sapu sampah, kemas rumah,masak, fesbuking and so on. Siapa nak tempah kek coklat mesej aku ya.
  2.  Cuti 2 bulan ni aku berazam akan turunkan kembali berat badan. Aku nak jadi wanita normal kembali. Oh, bukan pegi jogging tiap2 pagi. Tidak sama sekali. Aku tak suka jogging2 ni. Tak suka lelaki jogging belakang aku. Lelaki kan suka jogging sambil minum air. Ops! Sorry.. Padahal memang malas.
  3. Aku akan pulihkan kembali kulit kulit yang rosak akibat berjemur kat site.
  4. Habis pektikal juga, aku dapat job baru, aku jadi penggubal soalan SPM. Haha. Tolong abah je sabagai penggubal soalan. Ha nak tau soalan bocor cepat sediakan pengeras. Hehe. Bukan semua soalan la. Soalan yang abah aku ngajo je. Sebab dah ada terima mesej mintak aku kumpulkan contoh2 soalan SPM. Hahaha. Sorry ye abang2 dan kakak2, adik tak buat semua tu..
  5. Ni yang paling menyampah, abis pektikal, berhempas pulas kena buat report. Nak muntah dah buat report. Walaupun due date 5 Ogos nanti, tapi kena siapkan awal2. Nanti nak kena hard bound lagi sebelum kurier ke UTP. Pastu nanti nak pergi Paris lagi jumpa abang. Abang betul okey. Bukan 'abang'. Nak tak nak kena siapkan by next week. Janji pada dirimu wahai Farhana.
Oh aku dah sebut pasal report,jadi aku kena stop. Terngiang ngiang kat telinga ni Si Kecilku reportku memanggilku. Mama..mama... cepatla siapkan ku..

Sekian saja..



Nota kakiku : Tugasan untuk Liyana Rais, ko aktifkan ayat pasif di bawah ye.

Si gendut

Liyana, aku tak rindukan ko. Kalau ko tak sayangkan aku, tak yah la datang la sini. 

Wednesday, July 13, 2011

Mana kawan-kawanku?

Mana kawan-kawan saya?
Mana kawan-kawan saya???
Mana kawan-kawan saya?????
Mana kawan-kawan saya???????????



KALAULA DUNIA TAHU BETAPA AKU MERINDUI DAN MEMERLUKAN KAWAN2 AKU SAAT INI. SERIUS AKU TAK TIPUUU.8 BULAN AKU HILANG KAWAN2 AKU.8 BULAN AKU RASA AKU SUDAH TIDAK REMAJA. AKU RINDU TEMAN2KUUUU!!!SUMPAH RINDU!!!WALAUPUN  EGOKU JATUH  SAAT INI, AKU NAK BAGI TAHU DUNIA,AKU SANGAT RINDU  KAWAN2KUU TAHAP INFINITI!!!

FARHANA, NAPE LA KAU ....................................... DULU. (syaitan sedang mencucukku saat ini)

OH YA ALLAH,KUATKAN IMANKUUU.. tapi apakan dayaku. Aku nak kawan2 aku balik. Bagilah aku peluang Ya Allah. Kau tahukan perasaan aku tika ini.... Bagilah kawan2 aku balikkkkk ya Allah......

Monday, July 11, 2011

Jangan Baca

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!

Hmmm. legaaaa..

p/s: Sori ye blog,aku lepas tension jap. Nak abis intern ni macam2 pulak rase.

Thursday, July 7, 2011

Post Nakal

Salam

Aku percaya setiap orang pernah ada crush on someone kan. Kalau takde tu tak normal la kot. Mesti ada. Walaupun sikit. Tapi ni aku nak cerita pasal first crush aku. Hehe

Aku ni memang nakal jugak la. Nak tau buktinya, first crush aku masa aku darjah 2. Ha ha. Aku mula ade perasaan terhadap jantina berlainan masa aku darjah dua beb. Masa zaman pakai tudung nampak anak kepala lagi. Masa zaman kanak2 seusia aku duk sibuk  kumpul patung2 kertas yang cantik2 tu. Orang yang tak beranak kat oversea tau la kot mende ni.

Nak cerita kat sini my first crush tu. Sebab dia jugak la saya suka pergi sekolah dulu. Kalau dia tak attend, mesti rasa tak ceria pergi sekolah. Lagi satu kalau periksa, mesti nak tau dia dapat nombor berapa. Kalau dia dapat nombor lagi bagus dari aku, mesti cemburu macam dalam drama tu. Tapi paling suka part gaduh gaduh. Memang suka BANGAT. Aku rasa aku pernah buat dia menangis. Tapi tak ingat sebab apa. He He.

Bila fikir fikir balik kan nakal jugak aku ni dulu. Kecik kecik dah pandai. Ni pengaruh tv la ni. Ha Ha. Tapi, adik bongsu aku lagi dasyat. Ade awek masa masuk taska umur 5tahun. Balik school je cerita pasal awek dia. Menyampah aku.

Tak nak la reveal sape first crush aku tu. Jatuh la pride aku nanti. He. Tapi aku tak pernah bagi tau dia aku suka dia. Ha Ha

Ok, tu je catatan nakal aku. Sekian.

p/s: Happy Birthday My Beloved SV, Ir  Ismail Mamat..nanti saya but kek special ek untuk En Is.. :)

Wednesday, July 6, 2011

Roadblock


Salam

Selama aku dapat lesen and bawak kereta selama 5tahun ni, tak pernah aku kena tahan dengan polis or JPJ. Setakat lalu and pura-pura senyum yang agak tak ikhlas then pecut. Tak pernah pun lesen aku kena check. Dan agak berlagak jugak la kalau ade roadblock tu. Maklumla, aku ade lesen. Buat pe nak takut. Nak tengok,tengok la lesen aku. Hehe. Lagi satu aku agak annoying la kalau tengok JPJ tu. Kalau nak tau Farhana Roslee adalah seorang yang anti JPJ. Adalah peristiwa hitam sikit yang berlaku dulu menyebabkan aku anti JPJ.

Namun, langit tak selalu cerah.  Haha. Lesen aku ditakdirkan mati 22 Jun yang lalu. Gara2 sibuk dengan final presentation, aku jadi lupa nk renew lesen aku. So selama 3minggu sebelum ni aku memandu secara haram la.

Nak dijadikan cerita, semalam masa balik dari kerja, ada satu roadblock JPJ kat Jalan Kuala Ibai. Kt situ memang selalu ade roadblock time petang2. Tapi dah tertulis bahawa pada hari itu, aku harus lalu jalan tu. What can I do? He.

Selalunye kalau roadblock,takde la sampai tahap beratur panjang. Lalu,senyum sikit,blah. Kalau kereta la. Nak2 yang pompuan cam aku ni bawak. Mind set aku dari dulu roadblock hanya untuk motosikal and lorry. So, bawak kete takyah takut. Sebab tu aku relax2 je kalau ada roadblock.

Tapi semalam berbeda. Dah la beratur lama. Tengok kat tepi banyak kereta and motor yang kena tahan. Aduhh.. Tak kan nak check lesen jugak. Tiba2 rasa nebes. Otak dah berpusing ligat. Fikir camne nak berlakon nanti. Camneni2?? Mula la baca surah2 yang kuingat. Doa banyak2 supaya pegawai JPJ tu lembut hati denganku and lepaskan aku.

Tiba giliran kereta depan aku,dia mintak sesuatu. Suddenly, pegawai JPJ tu suruh ke tepi. Aduh..lagi la nebes aku ni. Tekan cluch pun dah terketar2,Parkinson. Ya Allah selamatkanlah aku! Lepas ni aku janji aku pergi renew lesen. Aku tak nak berlagak dah kalau ada roadblock.Aku janji aku tak anti JPJ lagi dah. Ampunkan aku Ya Allah…

Sampai je turn aku, aku cuba senyum seikhlas, selebar dan semanis yang mungkin kepada pegawai JPJ tu. Tunduk kepala sikit tanda hormat. Sebelum2 ni hagham la aku nak buat semua tu. SUDDENLY lagi, JPJ TU BAGI SIGN SURUH PERGI!! FUHHHHH~ WHAT A MIRACLE AGAIN HAPPENED TO ME!! Rasa kan ,nak turun kereta la tu jugak buat sujud syukur.

Then aku tengok la kenderaan belakang aku. Pegawai JPJ tu suruh berhenti and mintak something. Aaaa.. Syukur3 kepadaMu Ya Allah kerana menyelamatkan duit aku.

Moral of the storey, jangan kedekut pitih duit nak sambung lesen. Ni tidak,jadi dulu baru nak menyesal. The most important thing, He always listens to your doa not matter wherever you are. So jangan sesekali melupakan Dia yang tak pernah melupakan kita. Sekian ~

Tuesday, July 5, 2011

Pelangi Indah Untukku...


Salam

Aku rasa masih belum basi kalau aku nak cerite pasal final presentation aku yang berlangsung minggu lepas. Sebab blog aku bukan makanan. Alhamdulillah. Everything was run smoothly on that day. I’m not even feel cold, nervous  and rasa nak erk2 as usual. Berkat doa bundaku dan sahabat-sahabat semua barangkali.

Million thanks to my beloved supervisor, Ir. Ismail Mamat. Ternyata seksaan  bantuan yang diberikan beliau amat berbaloi.Secara keseluruhan,dia yang lagi bersemangat dari aku. Actually, awalnye takde la risau sangat. Tapi semangat dia yang membuatkan aku rasa takut. Sanggup usung TV besar dari rumahnya untuk presentationku ini.  Kalau dia abahku,dah lama aku peluk terharu.

Perasaan seminggu sebelum presentation amat menyakitkan. Aku dipush over my limits. Diasah. Digilap. Diclorox sampai putih. Aku diminta untuk menghantar logbook ku selama 7bulan itu untuk disemak segala grammar dan contents. Kalau salah aku diminta betulkan semula and then print balik.

Slide presentation jangan cakapla, yang aku buat dalam 40, dia tambah jadi 65 slides altogether. Sehari sebelum presentation, my SV asked me to do rehearsal in front of him and his wife at their house. 3jam aku berlatih depan dia and bini dia. Comment from them: Still have many lacks and need to improve more.  Tomorrow I nak u present dalm masa sejam je tau. OMG. Bolehke3?? Down gila. Esok dah nak present ni.

Sampai satu tahap aku muntah2 sekaligus air mata wanitaku tergugur. Jangan ada yang cop aku sebagai pondan selepas ni. Ni nak kasi pengajaran je.

Tapi dengan semangat yang kuat dan iman yang agak lemah ketika itu, aku cuba positive dan mencari kekuatan dari NYA. Aku abaikan rasa lemah itu sebaliknya banyak bercakap pada diri sendiri bahawa I CAN DO IT!! Aku mesti buat yang terbaik. Aku tak boleh kecewakan sv ku yang sangat mengharapkan aku perform nanti. Dia dah banyak berkoraban. Turn aku pulak sekarang ni. Yeahhhh!!!

Macam orang gila jugakla seminggu tu. Bercakap sorang2 dalam kereta. Makan tak lalu. Mandi tak berapa nak basah. Kat rumah pantang selisih sikit dengan adik2 mesti nak marah. Mcam ibu tiri dalam drama2 tu. Tidur malam sampai terngigau2 tengah present. Penat hang tau dak present dalam mimipi!!

Walaubagaimanapun, semuanya berjalan lancar pada hari presentation. Tangan tak sejuk. Tak rasa nak erk2 pun. Rasa sangat tenang yang luar biasa. Siyes tak tipu. Tambah2 lecturerku adalah Dr IK yang sangat sempoi and kelakar gila. Tiba2 rasa ni presentation ke maharaja lawak ni. Oh sedikit pun tak pressure. 

Alhamdulillah3. Walaupun tak la sampai tahap excellence, tapi aku bersyukur aku dapat habiskan dengan baik. Start 1130 tengah hari habis 130 tengah hari. Siap sembang2 pasal sutera pasar payang bagai dengan Dr IK. Thanks to Syuk, enginnerku dan Kak Wan yang banyak menolongku dari segi emosi dan sokongan. Diorang pun sampai tak lalu makan tunggu aku present. Syuk sampai bawak cucur bawang kat aku pagi tu sebagai semangat. Walaupun selama ni dia di mataku adalah seorang engineer yang sangat ganas,rupanya ada taman di hatinya. Hee . Balik rumah pulak petang tu adikku menghadiahkan aku sekotak donut big apple. Sampi telinga senyum.Dah la pagi tu aku macam VIP. Siap ada driver pi anto. Takut pape terjadi. Hee.

 thanks sista.. :)

Ini lah yang orang cakap, Dia beri kita hujan,panas . Rupanya Dia nak hadiahkan kita Pelangi yang sangat indah selepas itu.  Thank to kawan2 dan siapa2 yang wish Good Luck kat FB,Gtalk and blog. Yang sms. Yang call. Yang tolong doakan.Tenkiu3. Love you all.

Thanks to Dr Mohd Asbi sebab sponsor percutian saya selama 4hari di Paris Port Dickson selepas presentation.Hehe.. Sekian terima kasih.

All Praises To Allah.

Saturday, June 25, 2011

Final presentation

Salam

Penat. Penat. Penat. Penatttt. Baru slide ke 25 dah sakit tekak. 40 slides more. Don't blame me,my SV wants that way. So, want or don't want I have to follow what he wants. Because dia yang nak bagi markah. Dia seksa aku camni suruh aku buat camni mungkin dia nak bagi aku rasa worth dapat A. Ok, try to think positive. Nak sedapkan hati ni.

Baru lepas release tension dengan melalak kuat2 nyayi kuat2 lagu-lagu yang menaikkan semangatku dengan bantuan handphone usangku. Rasa sedikit tenang. Maaf wa tak nyanyi lagu2 omputeh yang under2ground y heavy2 metal tu betol ke vocab aku ni, yang terhinjut2 kepala tu. Wa nyanyi lagu Insyallah lagu Maher Zain tu. He He.

Ok tak boleh banyak2. Nanti banyak dosa. :) Sebelum tu mari baca doa ni sama-sama. Baca tau. Tau.Tau.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Ya Allah, permudahkanlah urusan Nur Farhana Roslee. Permudahkanlah final  presentationnya pada hari Selasa 28 Jun 2011 ini. Bantulah dia untuk buat yang terbaik. Bantulah dia dan permudahkanlah segala urusannya. Bantulah dia dan permudahkanlah segala urusannya. Bantulah dia dan permudahkanlah segala urusannya. 3kali ulang tau.Aminn Ya Rabbal Alamin..

Terima kasih kepada siapa yang baca. Semoga hidupmu beroleh kesenangan di dunia dan akhirat. Aku juga doakanmu beroleh kejayaan dalam setiap apa yang kamu lakukan. Moga murah rezekimu. Amin.. Sayang kamu!