Followers

Saturday, June 25, 2011

Final presentation

Salam

Penat. Penat. Penat. Penatttt. Baru slide ke 25 dah sakit tekak. 40 slides more. Don't blame me,my SV wants that way. So, want or don't want I have to follow what he wants. Because dia yang nak bagi markah. Dia seksa aku camni suruh aku buat camni mungkin dia nak bagi aku rasa worth dapat A. Ok, try to think positive. Nak sedapkan hati ni.

Baru lepas release tension dengan melalak kuat2 nyayi kuat2 lagu-lagu yang menaikkan semangatku dengan bantuan handphone usangku. Rasa sedikit tenang. Maaf wa tak nyanyi lagu2 omputeh yang under2ground y heavy2 metal tu betol ke vocab aku ni, yang terhinjut2 kepala tu. Wa nyanyi lagu Insyallah lagu Maher Zain tu. He He.

Ok tak boleh banyak2. Nanti banyak dosa. :) Sebelum tu mari baca doa ni sama-sama. Baca tau. Tau.Tau.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Ya Allah, permudahkanlah urusan Nur Farhana Roslee. Permudahkanlah final  presentationnya pada hari Selasa 28 Jun 2011 ini. Bantulah dia untuk buat yang terbaik. Bantulah dia dan permudahkanlah segala urusannya. Bantulah dia dan permudahkanlah segala urusannya. Bantulah dia dan permudahkanlah segala urusannya. 3kali ulang tau.Aminn Ya Rabbal Alamin..

Terima kasih kepada siapa yang baca. Semoga hidupmu beroleh kesenangan di dunia dan akhirat. Aku juga doakanmu beroleh kejayaan dalam setiap apa yang kamu lakukan. Moga murah rezekimu. Amin.. Sayang kamu!

Wednesday, June 22, 2011

Aku perlu diriMU

Salam

Masuk hari ni dah 4hari aku pulun membuat preparation untuk final presentation yang akan berlangsung Selasa minggu hadapan 28 Jun 2011. Ingat tarikh ni tau,nanti ramai2 tolong buat solat hajat kat aku. Hoho. Namun begitu hari ni adalah hari yang pling teruk aku rasakan presentation stress itu. Sebelum ni yela,main2 je prepare. Buat slide 5minit. Fb 5minit. 5minit lagi joget2 jap. But today, I've sit down with my SV to discuss all the things about this 'special' presentation.

I can't deny that my SV is the best SV ever indeed. Today he even spent time for me for about half day. What the SV u are. Boleh dikatakan 80 % yang aku dah buat,dia tambah lagi 50%. Dia check slide aku from A-Z. Bayang la,aku dah 4 hari mengadap power point ni kat office. Rasa dah nak muntah tengok slide ni. Serius tak tipu. Then tadi,banyak lagi incompleted information plus the new one to be put soon. Tak masuk lagi yang aku kena study balik. Aa. Aa. Aa.

Sekarung jugak kena lecture tadi. Sampai semua orang dah balik,kiteorang masih berdiskusi lagi. Air jernih hampir menitis jugak tadi sebab tension sangat. Tapi kena tunjuk cool depan bos. Kate engineer. :P Mungkin my SV perasan kot air wajahku dah berubah. Then he keep on giving me support, kata2 semangat and bla bla bla... Aii, aku tak boleh orang cakap camni kat aku, memang rasa nak nanges situ le in situ.

Dah abes tu,aku terus masuk toilet nak smayang asar dan tengok mukaku kat cermin. Why so PUCAT?? Ni betul2 tension dah ni. Rilek2 tak boleh nangis dalam toilet. Pondan la nangis dalam toilet. Padahal takut bos dengar kat luar. Dalam hati dah start mencari seseorang,pada siapa aku patot mengalirkan air mataku ini. I need someone. Seriusly, I need someone. Hu Hu.

Lepas usai solat asar, and then macam biasa tadah tangan nak doa sekarung dua, Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, laju air jernih turun membasahi pipi gebuku. Macam air terjun. Aku mengadu semuanya pada Nya. Sebab hanya DIa yang memahami aku. Segala masalahku ku luahkan kepadaNya. Aku minta tolong dariNya. Aku minta jiwaku ditenangkan disaat perasaan tengah serabut ketika ini.

Dan  dengan izinNya, aku berasa suatu ketenangan yang berbeza selepas itu. Rasa dah tak ingat dah aku tension sebab apa. Rasa beban atas kepala ni tibe2 diambil orang. Ya Allah. Terima kasih ya Allah.. Aku sayang padaMu Ya Rabbi..

Whatever it is, seberat mana pun masalahmu pucuk pangkalnya, BACK TO BASIC. Turn to Allah. Not to your mum. Not to your boyfriend/girlfriend. Because diorang memang tak boleh hilangkan tension kita. Abis sikit, hilang la sekejap. Then nanti cari lagi. Cerita lagi menda yang sama. Jadi berbalik la kepada Pencipta kita Yang Agung. He knows you better.

Pray for my success and happiness in the world and the hereafter. Insyaallah.

Tuesday, June 7, 2011

Cikgu Nur

Salam

Jadi cikgu? Hari ni tercapai impian aku untuk menjadi cikgu. Aku menjadi cikgu Nur kepada si comel Ain Maisara. Ain Maisara adalah anak Kak Wan kat opis aku ni. Dah 2 hari dia datang opis sebab cirit birit. Dan dua hari ni juga aku menjadi cikgu Nur. Seronok la jadi cikgu Nur ni.

Kebetulan pula sv dan engineer aku takde. So,keje pon tak banyak la. So buat la part time job. Cikgu Nur nye sikit jer. Main je lebih dengan Sara. Sara ni suka bergambo. Macam2 dia suruh aku ambik gambo dia. Posing maut kalah cikgu Nur. Ha Ha.

Meet Ain Maisara
Sara ni asalnya cirit birit. Mungkin jumpa cikgu Nur kot terus baik cirit biritnya. Agaknye la. :P Opis aku 2 hari ni meriah sikit. Walaupun dia sorang tapi macam 5 orang. Macam kat nursery pulak rasenya. Tetibe terpikir nak bukak nursery bila tua2 nanti. Tu pon kalau panjang umur. Takdela masa tua bangka tu. Dah puas2 makan gaji boleh la bukak nursery kan. Haha. Berangan la cikgu Nur ni.

Engineer kecik
~Sara~


Sebenarnya dari kecik lagi aku bercita cita nak jadi cikgu sebab kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan. Tapi apakan daya,takde rezeki kat situ. Namun begitu,jadi cikgu Nur 2 hari ni pon jadi la. Insyaallah nanti cuti 2 bulan lepas intern aku nak jadi cikgu tuisyen. Cikgu Nur.. He He..



~ Sara dan Cikgu Nur ~
Ok,cikgu Nur dah puas berangan. Ha Ha Ha. Sila like banyak2 kalau suka aku jadi cikgu Nur. Hoho..

Sunday, May 29, 2011

Lapuran Hari Ini

Salam

Penat buat report. Abis satu minggu. Huh. Tatkala orang lain tengah bergelak ketawa melihat maharaja lawak, aku bergelak ketawa seko2 dengan laporan aku ni. HU HU. Tensi. Presentation tinggal sebulan lagi. My SV dah suruh buat slide presentation. Die lagi bersemangat dari aku. Ape ceghite ni. Reportnye banyak lagi tak setel. Ni satu.

Lagi satu,

Selalunye setiap pagi kalau aku bersiap nak pergi kerja tak pernah ade orang tegur aku. Semua dah tau aku nak pergi kerja. Tapi pagi tadi,siap2 mandi masuk bilik, adikku tercengang melihatku. Cemas dia. "Oi,mu nak g mane awal ngat mandi ni???" Sangkanya hari ni hari cuti.

Menyirap darah manisku mendengar soalan itu. Aiiii...aiiii..

Pastu dah siap2 pakai tudung then keluar bilik, adik lakiku pulak? Yang ni memang tak ley bla. Siap marah aku lagi. " Kak Na!! Kak Na nk g mane pakai lawo2 ni????" Siap marah aku tu. takot aku tinggal die.

Aku: GGGrrrrrrrrr.(makin menyirap2 darah aku. Tak jawab pun soalan die. Geram3)

Tak suka bila musim cuti sekolah. Aku sorang je kena kerja. Mak Abah dan adik2 semua cuti!!! WAAAAA!! Cemburuu3!! Pergi kerja dengan perasaan cemburu dan geram. Sampai perut sakit pun abaikan. Tak nak erk2 kat umah la camni,erk2 kat opis je la.. :(

Kesimpulannya,

AKU NAK JADI CIKGU JUGAKKKK!!

Friday, May 27, 2011

Perginya seorang sahabat baik.. Al fatihah

Kau Sahabat Kau Teman


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Rasa baru semalam mendengar suaranya. Rasanya baru semalam bergelak ketawa dengannya. Masih terngiang2 suara halusnya di telinga ku. Masih terbayang2 wajahnya yang comel. Rasa macam satu mimpi bila menerima satu panggilan mengatakan dia telah pergi dan tak kan kembali lagi. Arwah merupakan sahabat baikku di sekolah rendah. Studi grup same2. Waktu rehat makan same2. Jaga kelas sama2. Main bola jaring sama2. Kongsi masalah sama2. Rasanya baru semalam semua ni berlaku. Cepatnya dia meninggalkan kami.... :'(

Tak dapat meneruskan penulisan. Jariku semakin lembik. Semoga aku kuat menerima berita ini. Mungkin Allah lebih sayangkan die. Orang meninggal muda, Allah sayangkan??

Semoga arwah Wan Nur Hafizah Binti Wan Chik ditempatkan di tempat yang mulia bersama sama orang-orang yang beriman.Ya Allah, cucurilah rahmat ke atas rohnya. Amin..

Buat arwah Wan Nur Hafizah,

KAU SAHABATKU, KAU TEMAN SEJATI..

SEMOGA KAU BAHAGIA DI SANA..

AL FATIHAH.....

Wednesday, May 25, 2011

Senaman jari

Salam.

Apa kabo peminat2 ku sekalian. HA HA HA. Dah lama tak menulis. Bukan malas. Tapi kekurangan masa. Pagi ni aku rasa sikit kelapangan dan kekenyangan selepas bekpes dengan 5 menu di opis pagi tadi. Bekpes paling banyak pernah aku ambil. Nasi kerabu, nasi kuning, nasi goreng, tepung bungkus dan cucur bawang. Oh..sangat murah rezeki aku pagi ini. Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak kan.. JANGAN TIRU AKSI AKU NI. One more time, JANGAN TIRU AKSI AKU INI.

Betul la orang kate, ramai orang naik berat badan after intern. What less me. HE HE. Tak kesah la. Naik pun naik la. Ayat dah pasrah. Nanti after intern aku pergi la jogging kat tasik stadium runtuh tu. Tangan bahu mata atas.

Sejak kerja ni, aku rasa selera makan aku besar la. Aku sentiasa rasa lapar. Tambah2 bila pergi site. Balik kerja makan. Upah penat drive. Jauh woo. Malam pulak makan lagi dengan family. Mana tak mok mok. Hujung minggu pulak sekarng ni penuh dengan jemputan kenduri kahwin la. Kenduri kesyukuran la. Cukur jambul la. Baca yasin dan sebagainya. Hmm..takpe,aku suke makan2 ni. Ha Ha.

Bunda selalu pesan, “ Na, jaga makan. Nanti kencing manis macam tok ki. Kebanyakan penyakit berpunca daripada pemakanan kita”. Insaf sekejap. Nanti buat lagi. HA HA.

Okay la..nak sambung kerja. Jari aku dah sihat dan kuat. HEHE. Lambat lagi ke pukul 1. Perut lapar balik ni.huhu..

Sunday, May 8, 2011

Chocolate Moist Cake

Salam

As what I had promised before, nak upload gambar2 kek yang berjaya dijual. Hari ni tak banyak kerja kat opis, pendek kata free la, so luangkan masa jap untuk my part time job. Haha.


~As colurful as her~

Ini kek yang ditempah oleh Sue. Sue telah tempah 2 biji kek yang sekilo. Ni kek pertama. Hiasan oleh my sister. Cantek kan..(tangan dada mata atas)


Ni pulak kek kedua yang ditempah oleh Sue pada hari dan waktu yang sama. Hiasan oleh Farhana Roslee. Hehe. Mak cakap simple sikit yang ni. (Cakap je la tak cantik mak). So,boleh bezakan perwatakan kami melalui cara menghias kek? Haha. Dari kecik my sis tak boleh dipisahkan dengan kaler pink2 gitu. Aku pulak tanpa hijau tak bermakna hidup. So? Inilah hasilnya...


~As simple as me~


Seterusnya...



~Kek eksperimen oleh kami~

Atas ni kek yang telah ditempah oleh Kak Nor, hasil kerja kami berdua. Messy sikit. Kata Kak Nor, isi dalam sedap doh, hiasan tu kenapa jadikan Kak Nor bahan eksperimen korang.?? (Hehe, sorii Kak Nor :) )

~Goodbye everyone. Gudluck in Future~

Ini kek yang telah dtempah khas oleh Nana atau Syazana Asyila untuk majlis perpisahannya di UDM. Beliau dah abis diploma. So sebelum berpisah ngan kawan2 die, ni lah hadiah Nana untuk sahabat2nya sebagai kenangan.

Ok, setakat ini tu saja dulu. Di lain hari nanti aku paparkan lagi hasil kerja kami. :) Rasa puas bila customer suka. Customer2 boleh memberikan sebarang feedback kat sini or at our fb. Nak kutuk pun tak kesah. Because we want to improve it.

Konklusinya, Aku rasa aku suka bekerja sendiri la daripada bekerja di bawah orang. Hehe.