Followers

Monday, April 30, 2012

Final Exam Menjelang Lagi

Salam,

Aku bakal menghadapi lagi sekali final exam untuk final year ini pada 6hb-12hb Mei ini. Segala aktiviti bersosial di alam maya dan alam nyata terpaksa dikurangkan sebab target sem ni nak dapat 4 flet. Haha..  Melampau gila kan aku. Tak kisah pun 4flet ke tak, janji maintain.

Ni timetable exam aku untuk sem ini..



Doakan aku ye wahai my beloved readers. Doanya macam ni.



Ya Allah, Engkau permudahkanla urusan Nur Farhana Roslee dan sahabat2nya. Terangilah hati mereka. Permudahkanlah mereka menerima apa yang dibaca. Jauhilah mereka dari segala dosa dan perkara yang melaghokan seperti facebook dan twitter. Permudahkan mereka di hari peperiksaan. Bantulah mereka di dewan peperiksaan kelak. Berikanlah mereka petunjuk.. Kurniakanlah kepada mereka kecemerlangan dunia dan akhirat dan makbulkan lah doa2 ibubapa2 mereka..
Aminn..




Sila aminkan ye selepas baca.. :) Thanx a lot!

USAHA.DOA.TAWAKAL.insyaallah..

FIGHTING FARHANA!!Ni adalah exam kedua terakhir sebelum grad.so do the best!

Thursday, April 26, 2012

My Family My Life

Salam

Mode sekarang teramat rinduuuukan family. Rindu pelukan mak. Rindu pelukan abah. Rindu abang. Rindu adik2.   Dah lama kami tak berkumpul satu family. Semua balik rumah tak serentak. Yela,masing2 dah duduk jauh2. Adik perempuanku di Johor, Aku di Tronoh. Abangku pula di Ipoh. Walaupun abangku di Ipoh,tapi kami jarang jumpa. Hanya sesekali sahaja dia datang melawatku di utp..

Rindu untuk berkumpul satu family. Tak sabar tunggu raya tahun ni. Hopefully aku diberi kesempatan lagi tahun ini untuk menyambut Ramadhan al Mubarak dan menyambut Aidilfitri bersama family tercinta di kampung. If you read this, i want u to know that i really2 love u all. miss u all lillahitaala..





-Heart them, Miss them-


Teringat dulu2 selalu buat karangan bahasa arab, dan selalunya karangan aku akan berakhir macam ni. 

Uhibbu usrati.
(saya sayang keluarga saya)



“What can you do to promote world peace? Go home and love your family.” 

Wednesday, April 18, 2012

Buat Bakal Suami Yang Tidak Ku Tahu Siapa Dirimu

Salam

Selepas usai solat subuh pagi ni, mata aku terasa segar. Selalunya tidak. Mungkin dah dapat tidur yang cukup. Aku duduk di meja belajarku, lalu mataku tercapai satu buku di sudut kanan mejaku, Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul. Lantas aku terus mencapainya dan randomly bukak. Muka surat 18 yang menjadi mangsa. Satu persatu mataku meniliti baris2 ayat di muka surat 18 itu. Sungguh tersentuh...


Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua

Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..

~sajak Aminah Qutbi Buat Bakal Suami~



Sunday, April 15, 2012

Test lapan (8) jam yang mengerikan

Salam.

Pernah dengar pasal TEST 8 JAM tak?? Haaa aku la salah seorang calon yang menduduki test tersebut. Rasanya masih belum terlambat untuk aku membuat post pasal test 8 jam ku yang berlangsung semalam. Ikotkan hati nak je aku buat post ni masa tengah jawab test. Tapi apakan daya, soalan test pon tak terjawab. Mungkin suatu masa nanti anak cucu aku boleh baca pasal pengalaman ngeri ummi or tok wan die ni..hihi.

Untuk pengetahuan semua, sekali lagi kami telah menjadi tikus putih untuk TEST 8 JAM ni. Kami adalah batch yang pertama dalam Civil Engineering yang menjadi perintis menjawab test selama lapan jam ini. Bukan 4jam. Bukan 6 jam. Lapan jam okey! Rasanya pernah dibuat orang tak? Kalau pernah bagi tau aku. Aku rasa exam nak ambil IR je kot 7-8jam. Final exam pon paling lama 3jam je. Tu pon satu subjek je. Ini 8 jam, merangkumi semua subjek yang aku ambil start dari 1st year sampai la Final Year ni. 

Antara subjek2 nya adalah:
  1. Steel Design
  2. Reinforced Concrete Design
  3. Structural Analysis
  4. Geotechnical Engineering
  5. Fluid Mechanics
  6. Wastewater Engineering
  7. Water Treatment Plant Design
Masa TEST 8 JAM ni, kami dibenarkan untuk membawa buku, laptop dan makanan. Walaupun boleh bawa buku, tapi sebenarnya tak sempat pun nak selak satu2 buku tu. Buku satu2 tebal 3inci. Bukan macam buku teks zaman sekolah dulu.


Liyana sedang tekun menjawab test.


Walaupun kami dibenarkan keluar untuk ke toilet, solat dan makan, namun 8jam bagi aku sangat berguna. Aku hanya keluar untuk solat zohor dan ke toilet sebanyak 2 kali. Tu pun sebab cirit birit. Sampai cirit birit doe jawab test 8jam. Kamu pernah? Makan sorry la. Bawak bekalan makanan punya la banyak. Satu pun tak sempat usik.
Cukup pukul 5, abam2 GA nak pungut kertas, tapi kami protes suruh tambah lagi extra time 30minit. Ingatkan 8jam dah lebih dari cukup, rupanya tidak. Bagi 4hari 4malam pun belum tentu boleh siap dengan sempurna.

Detik inila aku rasa aku guna otak aku dalam jangka masa yang paling lama NONSTOP sepanjang hidup aku bergelar pelajar. Serious, mustahil untuk aku lupakan pengalaman menjawab TEST 8 JAM ni sampai bila2. Rasa nak menangis pun ada tengah jawab test. Balik je dari test, terus rasa nak peluk mak. Tapi apakan daya, mak tiada di sini.. Otak pun dah jadi weng weng weng lepas 8 jam bekerja keras. Balik je dari test tu, tanpa tukar pakaian terus aku keluar dari kampus untuk lari jauh2 dari zone UTP ni dan bermalam di rumah kawanku di Ipoh. Rasa macam mau lari jauh2 dari UTP ni. Tapi tak boleh jauh2,tak larat nak berlari.

Tengok buku si wan tu..satu kerusi untuk buku saja.

Ni antara buku2 yang dibawa semasa test. Bawak luggage beb. Bukan beg sekolah. Sampai semua orang tegur, 'nak balik kampung ke kak??'


Siap bawak anak patung in case nak nap sekejap. hehe. Xde maknenye..

Buat junior2 Civil Engineering, be prepared! Next is your turn. Bersedia la jiwa raga mental fizikal zahir dan batin untuk subjek Civil Engineering Design/Capstone ini. Dulu,masa awal2 senior2 yang takutkan kami dengan CED ni. Bagi aku, 'ala,lek2 suda..' Tapi selepas merasai sendiri pahit maung CED ini, aku tidak nafikan Capstone ini la climax bagi students Civil. Orang tua2 cakap, sebabkan CED, boleh bercerai berai rumah tangga. Hehe. Tapi tak pe, sesusah mane pun, insyaallah, ALLAH pasti akan tolong kalau kita mintak tolong dari dia. 


CED JE PON! TAK MATI NYEE..

Setakat ni je la umi/tok wan dapat share buat anak2 and cucu2 tok wan..sebelum mengundur diri, kredit to abam Fazren atas gambar2 and  blog imba UTP atas post mengenai TEST 8 JAM kami. Gud luck buat sesiapa yang amik test EIS esok!

Korang please la berkenalan dengan abam fazren ni..nanti aku rasa bersalah..



Sorry Fazren.LARIII!!!!

Friday, March 23, 2012

Mak nak menantu yang tak tinggal solat

Salam

Sejak kecil lagi aku diajar oleh kedua orang tua ku untuk solat. Teringat kisah masa kecil dulu, aku solat untuk mendapatkan ganjaran dari orang tua ku. Sebagai contoh, aku tidak dibenarkan untuk ikut mak dan abah keluar jalan-jalan selagi aku tak solat. Kadang2 aku sanggup menipu dalam solat semata-mata takut ditinggalkan. Menipu dalam solat? Macam mana tu.. 

Bila mak dah tinggikan suara suruh solat sebelum keluar rumah, aku cepat2 amik wuduq, masuk bilik, kunci pintu, pakai telekung, sembahyang 'patuk ayam'. Tok aku cakap sembahyang patuk ayam ni sembahyang laju2 tanpa toma'ninah macam ayam patuk makanan tu.. Bayang. Bayang.. :)

Dah besar sikit, mak aku beli rotan. Sebab nak rotan anak2 dia yang tak solat dan malas mengaji. Sudah menjadi rutin harian kami adik beradik untuk mengaji depan abah atau tok atau mak setiap kali lepas solat magrib. Kalau tak kami dilarang sama sekali buka tv pada waktu malam.

Aku ingat lagi masa darjah 6, Ustaz Ishak suruh kami buat buku solat harian. Kalau solat tick. Kalau tinggal solat cross kan. Aku tak tau la kenapa aku terlalu jujur waktu tu, so aku buat la apa yang ustaz tu suruh, sebab Ustaz Ishak takutkan kami, kalau menipu perut akan kembung. 

So disebabkan itu aku makin rajin solat tanpa disuruh oleh mak,abah, tok dan tokki. Tapi kalau tinggal, aku cross kan je. Takut perut kembung betul. Setiap hari khamis buku solat harian kami akan dihantar kepada Ustaz untuk disemak. Kemudian kami akan dipanggil ke depan kalau ada tanda cross kat dalam buku tu. Ustaz Ishak akan merotan tapak kaki kami mengikut bilangan cross untuk seminggu. Sejak dari itu, aku semakin rajin untuk solat, sebab takut kena rotan tapak kaki. Sakit woo. Banyak kali la jugak kena.

Tapi kenapa di kaki?why? why? Rotan la kat bontot ke. Banyak sikit isinya. Ustaz Ishak cakap, sebab kaki ni malas nak pergi ambik wuduq untuk solat. Ouw macam tu.. kay ustaz,rotan la banyak2.

See? Masa aku kecik2 dulu, aku solat, mengaji semata-mata untuk nak dapat ganjaran manusia. Sebab takut kena tinggal. Sebab takut kena rotan. Sebab takut tak boleh tengok tv. As I grew up, aku sendiri belajar untuk solat sebab Allah. Sebab takutkan azab dari Allah. Sebab nak ganjaran dari Allah. That's why,  walau di mana aku dicampakkan,jauh dari orang tua ku,tok dan tokki ku, aku cuba untuk tidak meninggalkan solat dengan sengaja.

Bila dah besar, aku hanya berkongsi perasaan aku dengan ibuku, sebab ibuku adalah orang yang paling aku percaya. Kalau aku cakap pada mak aku nak kawin,(ni main2 je). Soalan pertama mak akan tanya, solat dia macam mana? Bukan dia nak tanya anak siapa ke, belajar kat mana, kaya ke x,hensem ke x? Bukan semua tu. Sebab mak cakap, kalau solat cukup, insyaallah yang lain tu pun akan cukup untuk membimbing dan menyara aku dan anak2 nanti.

Ibarat kata rummate aku, tak mintak yang grad dari Al-Azhar, cukuplah dapat yang tak tinggal solat and tahu hukum Allah. :) 



“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan-Ku. Oleh itu, sembahlah Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha, ayat 14)





Thursday, March 15, 2012

Petua Hilangkan Sunburn

Salam

Baru-baru ini aku pergi bercuti di Port Dickson sempena Family Day yang ke-9 keluarga sebelah abah. Tambah2 pulak cuaca time tu sangat panas. Tambah2 lagi pulak ada aktiviti air. Lama pulak tu aku mandi. Maklum la lama tak jumpa sedara mara kan. Tambah2 pulak dilantik sebagai urusetia acara..duduk la ko tengah panas tu. Haha. *Padan muka*


Jadi selama 3hari 2 malam di sana,best la jugak kan kena sunburn..ton warna muka dan pergelangan tangan terus berubah mendadak. Orangnya dah la sebelum ni hitam manis dah..hihi. Bertambah lagi hitam.. Balik je UTP, salah seorang housemate aku tegur masa tengah gosok gigi kat toilet, "weh hitamnye ko!" *GULP!tettelan sedikit ubat gigi mendengarkan pujian yang jujur itu*

Teruk jugak la effect sunburn ni. Muka merah2.. Kalau orang tanya, asal muka ko merah weh? Aku jawab, pakai blusher kak.. *amik ko pakai blusher sampai satu muka*. Kulit pun mula menunjukkan rebel. Pasai apa hangpa p jemuq aku kat sinaran UV yang terik ha?? Merekah2 sana sini. Macam nak bersalin kulit. Pedih tu xyah cite la. Jerawat pun mula la bertapak sebijik dua bijik tiga bijik.

Kesian aku tengok kulit muka ni. Rasa malu nak berhadapan dengan masyarakat. Naseb baik class semua cancel sejak balik bercuti ni,kurang la sikit masa aku di luar. Haha. Bibir pon terkena 2bijik ulser sepanjang aku di sana. See! Betapa sensitip nya aku pada cuaca panas ni...maklumla puteri lilin...

So sejak balik tu aku salu google macam mana nak pulihkan sunburn ni..Banyak jugak aku godek2 blog2 orang..Abes la naik kat stat counter die..ape aku kesah.yang penting aku nak pulihkan balik kulit aku ni.So godek punya godek jumpa la ni..


  • Bila sunburn,kulit jadi kering,so beli la bio oil atau minyak zaitun untuk dipakai dikulit.*ok,nanti p tesco carik*
  • Biarkan kulit rehat tanpa mekap. Tak payah nak tempek bedak banyak2 kasi putih kan.*aku letew*.Ingat kulit tengah terkejut beruk dengan UV yang ko bagi tempoh hari.
  • Toner juga sangat penting untuk membuang sel mati. Tu kulit menggelupas tu la sebenarnya sel mati. So tak perlu nak tarik2 kulit tu macam buang masker.
  • Sebelum tidur jangan lupa cuci muka. Kalau nak lagi best, sebelum tidur timpek bedak sejuk kat muka. Aloevera pun elok juga. Yang original lagi elok *mane aku nak curik carik pokok aloevara  kat UTP ni* Any idea??





  • Banyak minum air untuk kembalikan kesegaran badan. Sebab time berjemur tu,badan kita dehydrate. Banyak air telah hilang..minum la banyak2 sampai terkencing.
  • Jaga pemakanan.Banyak makan buah-buahan di samping boleh hilangkan jerawat2 comel di muka anda...
  • Yang paling penting untuk kembalikan cahaya di wajah anda, setiap kali basuh muka tu,selawat banyak2. Biar air selawat tu meresap ke dalam kulit.


Lepas ni jadi camni la muka i.....






HAHAHAHAHA.IDOK LA KAN... :)


So kepada kawan-kawanku yang baru balik dari Pulau Perhentian dan field trip Offshore tu, boleh cuba mana yang berkenan. Alhamdulillah aku praktikkan beberapa petua di atas,kulit aku semakin pulih,walaupun tak putih...



ok,esok ada test ACM,sedo2 la diri sikit oi..babai!