Followers

Tuesday, March 6, 2012

I miss them

Salam

Aku nak share something kat sini. Dulu-dulu masa darjah 3,4,5,6 ade satu permainan yang aku sangat suka main. Aku rasa perempuan je kot main permainan ni. Kalau ade lelaki yang main jugak, something wrong letew dengan jiwa raga dia. Kalau ade lelaki yang baca blog aku ni yang pernah main sorry ye menyentuh sensitiviti anda. Hehe. No heart feeling tau. Nak tau permainan ape??

....



........



............


TARAAAA!


Tak tau la korang panggil ape. Kiteroang panggil anak-anakan. Haha. Comel kan permainan aku dulu2? Haha. Kenapa aku suka main anak-anakan ni.. Sebabbbnya.... dia ada baaaanyak baju cantik2! Pelbagai design dan warna pulak tu. Lumrah la kan, baju cantik dengan wanita kan memang tak dapat dipisahkan. Bagai mulut dengan bibir.  

Dah lama aku mencari gambar ni. Hari ni terjumpa tiba2 teringat kisah kecik2 dulu. Kalau dulu,setiap kali nak main anak-anakan ni selalunya kiteorang berkumpul rumah sorang kawan aku ni, nama dia Mimi. Mimi ni antara pengumpul terbanyak mende2 ni. Macam2 design ada.

Selalunya aku buat alasan kat nenek aku nak pergi rumah Mimi nak buat kerja sekolah same2.  Sampai sane, takde pun buat homework nya, kiteorang main menda ni la! Haha. Teruk kan aku. Dah dosa dengan nenek aku. Dulu aku tinggal ngan nenek ngan atuk aku masa mak abah aku pergi kerja.

Lagi satu apa yang best nya tentang anak-anakan ni ialah, kiteorang perlu menggunakan imaginasi yang tinggi untuk melakonkan watak2 nya. Macam main mak2-yang ade-masak2 tu. Cuma permainan ni kita yang melakonkan patung2 kertas ni. Seghonokk.. Rasa macam orang kaya boleh tukar2 baju cantik.Haha. Ikut occasion la..For example, nak pergi jalan2 pakai baju ni, nak gi jumpa boyfriend pakai baju ni. Macam tu la.  Comel jugak ye permainan aku dulu2. Hikhikhik. (Senyum sorang2)

Sebenarnya bukan ni je permainan yang aku main, banyak la lagi. Cuma ni salah satu permainan yang boleh buat aku tersenyum bila aku ingat kembali. So Sweettyy i tell u!! Gedix nyeww  Rindu teman sepermainan aku dulu, Fatin, Mira, Aina, Seha.. huhu.. Ni kisah 14-15 tahun dahulu,sekarang semua orang dah patut kawin dah.. hehe.. Nanti dah ada anak,kita cite kat anak2 kita tau tentang kecomelan kita waktu dulu.  :)

Ok,dats all...actly aku tension sekarang,dengan pelbagai kerja yang nak kena setelkan within 1month ++. sebab tu aku menulis. Dengan menulis aku rasa happy! Tanx my blog sudi dengar cerita saya..

Pray for my me ya,so that Allah will ease me in this world and hereafter. Amin..

Sunday, March 4, 2012

Kisah Nur Farhana Roslee


Salam,

Nak dengar satu cerita tak kawan2? Rugi tau kalau tak bace sampai habis..hehe..Kisahnye bermula macam ni..Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau korang nak tau kan...

Si Hamba Allah itu adalah sebenarnya kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.

Tali yangg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita, kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullahalazim...

Tula kisah Nur Farhana Roslee..sekian sahaja..

kredit to satu blog ni

Saturday, February 25, 2012

I'm bored and I need to fill my blog. So, copy and paste!

1.        Grab the book nearest to you, turn to page 18, and find line 4.

Tak nak la..banyak sangat buku2 dari IRC. cewahh nunjuk skit buat Final Year project (FYP)

2.       Stretch your left arm out as far as you can, What can you touch?

Bedak Johnson

3.       Before you started this survey, what were you doing?

Buat proposal FYP sambil stalk orang sambil baca Twitter.

4.      What is the last thing you watched on TV?

Bola, Terengganu lwn Kelantan kat Restoran Mek

5.       Without looking, guess what time it is?

5.20pm

6.      Now look at the clock. What is the actual time?

5.30pm. waah terer jugak aku ni dalam meramal masa..

7.      With the exception of the computer, what can you hear?

Bunyi kipas

8.       When did you last step outside? What were you doing?

Semalam. Pergi IRC. mengNERDkan diri.

9.       Did you dream last night?

Aku x pernah tido tak mimpi

10.    Do you remember your dreams?

Nightmare.. aku mimpi orang yang aku sayang meninggal dunia.. T_T

11.      When did you last laugh?

Masa bekpes tadi ngan hosmate..

12.    Do you remember why / at what?

Pasal sorang budak laki ni..dia kan... hahaha.

13.    What is on the walls of the room you are in?

Jadual class and timeline Final Year Project+ Civil Engineering Design
             
14.    Seen anything weird lately?

Yes,aku makin malas.. weird la kan,sbb aku rajin kot sebelum ni.. 

15.    What do you think of this quiz?

Boleh menghilangkan sengsara aku buat FYP...bosanla buat FYP..i need sumthing to entertain me!

16.    What is the last film you saw?

Hafalan Shalat Delisa..rujuk post before..giler xminat tgk muvie aku ni..

17.    If you could live anywhere in the world, where would you live?

Kat mane2 la yang ade suasana hijauu. aku suke hijau! macam ni..best kan kalau depan umah ade pemandangan macam ni?




18.     If you became a multi-millionaire, what would you buy?

Tanah instead of kereta2 mewah kan..

19.    Tell me something about you that most people don't know.

Aku boleh buat gimnastik...close2 friend je yang tau rahsia ni..hehe..

20.   If you could change one thing about the world, regardless of guilt or politics, what would you do?

Hapuskan kemiskinan becos aku tak boleh tengok pengemis terutama bila pergi pasar malam.

21.    Do you like to dance?

Like.Like!tp aku tak reti dance pun..ciken dance tau la..

22.   Would you ever consider living abroad?

Sumtimes pernah jugak berangan nak sambung master abroad..hmm.. 

23.   Does your name make any interesting anagrams?

Nur Farhana. terai la buat sendiri.. 

24.  Who made the last incoming call on your phone?

Bunda Tercinta

25.   What is the last thing you downloaded onto your computer?

Article for my FYP things.. FYP.FYP.FYP!

26.  Last time you swam in a pool?

Last year..dengan housemate..

27.  Type of music you like most?

I just listen to any kind of good music. 

28.   Type of music you dislike most?

Heavy Metal.

29.   Are you listening to music right now?

No. 

30.   What color is your bedroom carpet?

Tak pakai carpet sbb carpet memerangkap habuk..kiteorg pakai tikar serawak..

31.    If you could change something about your home, without worry about expense or mess, what would you do?

I nak rumah i ada satu bilik macam ni..




32.   What was the last thing you bought?

Mee Goreng Mamak

33.   Have you ever ridden on a motorbike?

Dulu aku awek rempit kot..hehe..naik ego je la..

34.  Would you go bungee jumping or sky diving?

2 perkara yang aku xkan cuba buat.

35.   Do you have a garden?

Secret garden cite korea tu aku ade la..

36.  Do you really know all the words to your national anthem?

Gila tak tau..

37.  What is the first thing you think of when you wake up in the morning?

Pukul 630 belom ni?

38.   If you could eat lunch with one famous person, who would it be?

Prof Dr Muhaya..aku teringin nak sembang ngan die..

39.   Who sent the last text message you received?

Along.

40.  Which store would you choose to max out your credit card?

Semua store dalam JPO..

41.    What time is bed time?

12.00am.

42.  Have you ever been in a beauty pageant?

Nantila depan suami aku..

43.  How many tattoos do you have?

Im a Muslim ok..

44.  If you don't have any, have you ever thought of getting one?

Once again, Im a Muslim!no reason for me to have one,two or three tatoos. paham?

45.  What did you do for your last birthday?

Buat2 sakit and demam..supaya orang tak prank aku lagi macam birthday before ni..hahaha!berjaya doe..dapat makan kek secret recepi pulak tew!

46.  Do you carry a donor card?

Dulu salu ade dalam dompet..tp sekarang dompet kecik kan,so kena minimumkan barang dalamnye..

47.  Who was the last person you ate dinner with?

Housemate..

48.   Is the glass half empty or half full?

Mane?xde glass pon..

49.  What's the farthest-away place you've been?

Perak la kot..jauh kot setiap kali nak balik Ganu..9-10jam...jauhnye mak bapak aku anto aku blajo..huk3..

50.   When's the last time you ate a homegrown tomato?

Beberapa hari yang lepas..buat ulam..

51.    Have you ever won a trophy?

Hmm..never! (malu3)

52.   Are you a good cook?

Tidak. Seriously. Padan muka suami aku nanti..haha

53.   Do you know how to pump your own gas?

Pump minyak kereta ke?

54.  If you could meet any one person (from history or currently alive), who would it be?

Parameswara. Nak tanya die pasal mitos anjing ngn kancil tu..betul2 berlaku ke?

55.   Have you ever had to wear a uniform to school?

Ni kisah 6 tahun yang lepas..

56.  Do you touch-type?

Depends.

57.  What's under your bed?

Katil aku xde bawah..seriously..

58.   Do you believe in love at first sight?

hmm..kurang mahir la dalam bab2 ni..

59.   Think fast, what do you like right now?

proposal aku siap!

60.  Where were you on Valentine's day?

Hari ape ni?xpernah tau pon..

61.    What time do you get up?

9.00am.dis morning la..weekend kan..

62.  What was the name of your first pet?

Aku tak pernah ade pet..aku xpernah pegang any animals dengan sengaja..

63.  Who is the second last person to call you?

Along






DONE! sebenarnye dah lame ade dalam draft tag ni..tapi malas nak buat sebab banyak sangat..ni gara2 buat proposal FYP la ni. Hopefully ni adelah sebagai ubat untuk aku lebih fokus lagi menyiapkan proposal FYP ku ini. Due date next week okey Farhana oi! Rajin sikit!



Monday, February 13, 2012

Hafalan Shalat Delisa



Salam

Baru saja menghabiskan sebuah cerita Indon. Bukan Bawang Putih Bawang Merah tu. Citer tu langsung tak de pengajaran. Mengarut je lebih. Pari-pari la. Mati hidup semula la..

Cerita yang aku maksudkan adalah Hafalan Shalat Delisa. Cerita ini mengisahkan seorang gadis kecil yang ceria bernama DELISA, tinggal di sebuah kampung kecil di Pantai Acheh. Ayahnya bekerja di luar negara dalam sebuah kapal tangki minyak.

DELISA sangat rapat dengan ibunya yang dipanggil UMMI. DELISA ditemani UMMI menjalani ujian solat, tiba-tiba Tsunami melanda, memusnahkan kampung kecil mereka. Kakak-kakak dan UMMI nya meninggal dunia dalam kejadian itu. DELISA diselamatkan oleh seorang askar bernama SMITH. Malangnya, kecederaan menyebabkan kaki kanan DELISA terpaksa dipotong. Namun begitu, selepas peristiwa itu DELISA tetap berkongsi tawa dengan semua orang. DELISA ibarat Malaikat kecil yang selalu membawa tawa disetiap kehadirannya.


Bagi aku cerita ini penuh dengan pengajaran. Antaranya ialah ketaatan kepada suruhanNYA, ikhlas dalam beribadat, nilai kekeluargaan dan kesabaran menghadapi ujian NYA. Sepatutnya cerita-cerita begini yang harus disiarkan di TV, bukan cerita Sumpahan Kum Kum, Hantu Dalam Botol Kicap, BUKAN! Bukan jugak cerita sinetron yang ada pari-pari yang selalu disiarkan itu.

Siapa yang tengok pasti menangis. Paling ego pun berkaca la mata tu. Aku bagi 9/10 la. Kata best, kenapa tak 10? Sebab... 10 tu hanya untuk Allah je.. Hanya DIA yang TERBAIK.. Nak tau, tengok sendiri. Hehe..


Sekian,...





Sunday, February 12, 2012

Memori Gua Tempurung

Salam

Aku tau mesti semua dah bosan kan,bukak blog aku tak de update. Kan kan.. Asyik tengok jadual exam aku je, sampai dah keluar pun resultnya. Hehe. Biasa la kan,rajin manusia ni ada naik ada turun. Macam iman la kan. Ok abes muqoddimah.

Semalam 12 Februari 2012, aku telah meneroka sebuah gua yang terletak di Kampung Jeram di Perak yang dikenali sebagai Gua Tempurung. Setelah 2 tahun, aku lagi sekali kembali ke sini. Dulu bersama-sama Tunas Cemerlang, tapi dulu kami hanya mengambil pakej Half Tour je. Semalam aku pergi bersama-sama 27 orang termasuk Budak Civil dan beberapa orang Budak Chemi. Kami ambik yang Grand Tour punye. So, abis satu gua tu la kami teroka. Al maklumla tak pernah merasa jadi orang gua.

Ekspedisi kami bermula seawal 7 pagi. 7 pagi tu janji Melayu punya la. Selepas breakfast di sebuah restoran mamak iaitu Restoran Ameeth kami memulakan perjalanan secara berkonvoi 7buah kereta menuju ke Gua Tempurung yang memakan masa selama 45minit dari Tronoh.

Breakfast di Ameeth di hadapan sinaran matahari. Ada VITAMIN B tu.

Konvoi 7 kereta. Dah macam X Tuned dah. Haha
Sampai di sana bergambar lagi sebelum masuk. Gambar dengan manusia memang tak dapat dipisahkan bagai ikan dengan air. Sebenarnya nak tengok different sebelum masuk gua dan selepas keluar dari gua.

Wajah bersih sebelum masuk gua

Ekspedisi yang penuh onak duri, liku dan ranjau ini mengambil masa selama 4jam. Dari jam 10 pagi hingga 2 petang. Oh,jangan ingat kat dalam macam hotel ye, boleh landing2 dalam aircond yang diterangi cahaya malap. Tidak sama sekali. Hanya yang kuat fizikal dan mental sahaja boleh melaluinya. Kalau rasa diri tak kuat, kena gigit nyamuk sikit pun dah nanges, disarankan tak payah la pergi. Ini bukan main2, ini serius. Bukanlah nak berlagak aku ni kuat sangat. Tapi kalau dah berjaya keluar senyum nampak gigi tu, boleh dikategorikan sebagai kuat la kan. Haha.

Ekspedisi ini banyak mengajar erti semangat setiakawan dan teamwork. Baru aku tau, ramai jugak kawan2 aku yang sayang aku rupenye.. Hehe. Terima kasih kepada yang menyelamatkan aku semalam. Tak kisah la pertolongan korang besar ke kecik ke, even yang bagi aku minum air pun semalam, aku hargai niat baik korang.

Selepas 4 jam bertarung nyawa di dalam gua yang gelap itu, akhirnya kami nampak cahaya, menandakan kami hampir sampai ke pintu keluar gua. Fuhh. Alhamdulillah. Finally, WE DID IT!!!

YESSS!!WE DID IT!!!
Ekspedisi yang sangat mencabar bagi aku. Cukup la dah merasa sekali. Nanti kalau orang tanya, tak de la malu sangat kan cakap aku dah pergi. Sangat penat tapi sangat best! Walaupun dah keluar tu rasa macam dah hilang lutut, bontot dan tangan, tapi kenangan Ekspedisi ke Gua Tempurung tak kan dapat ku lupakan. Banyak kali la jugak aku test kekuatan bontot ni.. jatuh dalam kurungan. Haha. Sampai ke hari ni rasa sakit lagi. Skru2 pun rasa dah longgar. Nasib baik boleh makan nasi pakai tangan lagi..

Penat2 meneroka gua, inilah makannya....


Bila orang gua jumpa KFC

Macam ni lah jadinya..

Untung orang gua zaman sekarang....

Senyum sampai telinga dapat makan KFC...

Kalau korang, mesti pandang sebelah mata je kan kalau KFC. Hekeley KFC je pun... Yela kat dalam gua ada tanah, air sungai, limestone, kala jengking ngan batu je weh.. Kami nak merasa pulak makan ayam pulak.. Bajet duduk gua dua bulan. Haha

Mungkin dengan sedikit coretan ini, dapat ku jadikan sebagai diari hidupku. Nanti tua2 baca balik, dapat sengih sorang2. Boleh cerita kat cucu2.. Bukan nak suruh orang baca pun. Haha. Kalau dah terbaca tu,terima kasih la ye..

Sekian,...

Wednesday, January 4, 2012

Final Exam Mode


Salam,

Doakan aku dan kawan2ku...Maafkan segala kesilapanku...Halalkan segala gurauan dan makan minumku...All the best kepada semua yang sedang menjalani peperiksaan akhir sekarang ni.. Caiyokk2!!







6 January..birthday bunda..happy birthday bunda..doa pada hari lahir mudah dimakbulkan..lagi2 dari seorang ibu...bunda,doakan anakmu ini...supaya tidak gentar di dewan di dewan peperiksaan.ok, quick update!bai,sambung studi..

Monday, January 2, 2012

Biar gambar yang menceritakan segalanya


2 January 2012

Beberapa minit sebelum present...

~ada banyak rama-rama dalam perut





Semasa presentation sedang berlangsung....



~the very crucial and critical time. 
~attacked by the examiner pam pom pam!!
~malangnya jadi grup kedua out of 18 groups
~examiner berkobar kobar sempena tahun baru kot
~20minit bagaikan 20tahun lamanya







habis je presentation.........


aaahhhhh.....





hidup ini ada suka dan duka.......


orang lain celebrate kat KFC,SECRET RECEPI...
tapi kami,setia bersama anney taman maju..
-nasi lemak-roti canai-telur separuh masak-teh o beng-






itulah kisah suka dan duka kami pada hari bersejarah ini...meet us..

Einstein Consultancy Services

kredit toTracey



our project......

Faculty Science of UTM, Skudai.





kesimpulannya.... 

MAK, KAN DAH CAKAP DARI DULU, TOKSE JADI ENJINIOUR..TOKSE!!!






p/s: ada tak kekosongan jawatan suri rumah tangga sepenuh masa?kalau ada sila hubungi saya sekarang.