Followers

Sunday, February 28, 2016

Kelahiran Semula

Salam

Last post tahun 2013. Now dah 2016. About 3 years ago aku tinggalkan blog ni tanpa berita. Masa tu belum mendirikan rumah tangga lagi. Sekarang dah ada anak sorang. Dah nak start berjalan dah pon.

Sepanjang 3 tahun ni banyak yang berubah, antaranya berubah status dari bujang ke isteri orang, pastu jadi ibu kepada seorang anak teruna yang comel. Tempat kerja pun dah berubah, tapi jawatan tetap sama, dulu di Kerteh sekarang dah berpindah ke KL. Banyak lagi la yang berubah. Rutin hidup la yang paling terasa perubahannya. Dulu malam boleh tidur dengan aman, sekarang tidak lagi. Haha. Tapi, alah bisa tegal biasa kata orang. Banyak lagi lah yang berubah. Haha.

Hurmm,betapa lamanya blog ni ditinggalkan. Untuk permulaan kelahiran semula ni, ringkas2 dah la. Ambik mood.


Till we meet again,

Farhana Roslee

Wednesday, February 13, 2013

Craving for Tulips

Salam..

Lately secara tiba-tiba aku terjatuh hati pada bunga tulip. Padahal hakikatnya aku ni bukan pencinta bunga. Sebabbb... aku memang pencinta lelaki..   (lagu irwan shah berkumandang)


Alangkah bagusnya kalau kat kerteh ni ada kedai bunga.. Boleh setiap minggu beli bunga tulip letak atas meja. Baru semangat nak buat kerja. Feeling Nora Elina gicew~


Nak tunggu orang kasi, memang gigit jari je la..Sampai putus pun belum tentu ada orang nak kasi. Kesian kau kan. uhuk3. Jadinya, kita letak je la gambar bunga tulip sebagai kertas dinding dekstop. Kan sedap mata memandang tu...

 







 

Thursday, February 7, 2013

Sementara server down....

Salam,
 
Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh yang Maha Esa untuk menyedut oksigen hingga ke hari ini. Banyak sebenarnya nikmat yang Dia berikan kepadaku, cuma kadang-kadang aku je yang tak sedar. Contoh, masuk hari ni dah dua bulan 5hari aku bekerja. Kalau dulu dua bulan aku menganggur lepas grad. Bagi aku tempoh dua bulan tu ibarat dua tahun lamanya, tatkala ramai kawan seusiaku dah dapat kerja,  aku masih di rumah abiskan beras mak aku. Tapi alhamdulillah berkat kesabaran (yang kadang-kadang tu kecundang jugak) dan doa ibu bapaku,akhirnya aku mendapat kerja dekat dengan rumah, 2jam tu dekat ke?
 
Kalau difikirkan, masih banyak lagi insan di luar sana yang masih menganggur tak dapat kerja. Bukan setakat dua bulan, 2 tahun pun ada. Itulah dinamakan rezeki kan. Rezeki setiap orang tidak sama. Janganlah pulak kita membandingkan diri kita dengan orang lain.
 
Contoh," tengok dia tu, kerja gaji besar, kerja sebulan dah pakai kereta besar, rumah besar..semua nak besar!". Biaq pi depa laa.. Diorang bukan beli kereta pakai duit mak bapak kau pun. Kau nak kereta besar,kerja la kuat sikit. Take it positive. Jadikan ia sebagai motivasi diri untuk bekerja lebih keras. Kadang-kadang aku pun macam tu, jeles tengok kejayaan orang. Biasala manusia, tak pernah terlepas dari perasaan iri hati. Jadi setiap kali perasaan macam tu datang, try to change it into positive feeling. Kan lebih baik tu.
 
Sebenarnya niat di hati ingin menyuarakan perasaan gembira, last2 melalut pula. Kah kah.. Sementara server ofis down selama satu hari ni, ape lagi kan. Nak buat kerja pun takleh. Bak kate ofismate aku "baik ofis declare cuti je hari ni". Hehe.
 
Sebenarnya..gembira sebab tak sabar menanti berlangsungnya Family Day kali ke 10 my big big bigg family sebelah Johor yang akan berlangsung 9-11February ni. Insyaallah akan ada entry khas untuk itu nanti kalau aku rajin laaa. Bukan untuk orang, untuk aku juga nanti tua tua nak baca balik. kalau sempat...
 
Hmm..bahu dah sakit, perlukan yoko yoko...
 
Doakan perjalanan kami selamat ye..
 
 
 
 
 

Saturday, February 2, 2013

Describe me in 5 words



SUNYI..
SEDIH..
ALONE..
INDEPENDENT..
RINDU..
 
 
 
 
 
 
Mode : sedih

Tuesday, November 27, 2012

Rijection

Salam

Hidup ini seakan dirancang. Tak tau la sama ada ia nya telah dirancang ataupun terjadi secara kebetulan. Tapi, perkara yang berlaku pada aku dulu, berulang lagi sekali dalam hidupku. Same situation, same victim!

Masa tahun 2010, aku kena membuat pilihan untuk memilih tempat intern. Antara kompeni A dan DNA. DNA dah offer aku untuk buat prektikal kat sana. Last2 aku rijek disebabkan result SWOT Analysis yang aku buat tidak mencapai piawaian. Buat swot analysis bhaii jgn main2.

And hari ini DNA lagi sekali offer aku untuk bekerja dengannya, at the same time juga, aku baru je accept kompeni lain. DNA lambat sikit je. Lagi sekali aku rijek DNA. Terasa kejam pun ada. Kesian pulak aku rasa. Bila nak, terhegeh2 mencarinya. Dah dapat,tolak pula. 

Aku belum bagi jawapan actually, sebab aku nak fikir cara terbaik untuk menolak ' pinangan orang' tu. Frankly speaking, aku ni jenis susah nak tolak permintaan orang and susah nak cakap TAK NAK pada orang. Sebab tu la kalau ada orang ketuk pintu nak jual barang, aku takkan bukak, sebab tak sampai hati nak cakap 'takpela dik,xnak beli la' kat orang tu. Pendek kata mudah kesian la.. FYI, here im not talking about tolak pinangan lelaki or sewaktu dengan nya ok. Jangan salah faham pule.

Baik kan aku..Orang je sanggup buat kat aku macam tu. Tolak or rijek aku kaw kaw punye. Takpelah, benda dah lepas, buat ape dikenang kan. Everything happens for a reason kan. Mungkin apa yang kita suka tu tak baik untuk kita, dan mungkin apa yang kita tak suka tu, itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita. Ni apa yang Allah janji tau..

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ia amat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu,sedangkan ia adalah amat buruk kepadamu. Dan Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”  (Surah al-Baqarah: 216)











Sunday, November 18, 2012

Daging Black Pepper Penganggur Terhormat

Salam

Happy working to those who start working today! Me? As always..keep waiting and waiting.. Don't bother about that.. Ada benda yang lagi best untuk dibuat sementara diberi nikmat yang lima ini, salah satunya nikmat lapang sebelum sempit..


Ok hari ini ceq berjaya menghasilkan satu lagi masakan baru yang ceq bagi nama " Daging Korban Black Pepper Penganggur Terhormat ". Hehe.. Nak abiskan stock daging raya korban ni. Dah lama nak belajar buat, tapi asyik tak yakin je. Sempena mak ayah ceq takde di rumah hari ni, ceq berani la mencuba.. Yela, kalau ade mak, ceq cuti la.. memang ceq anak bertuah kan..  ;)

TARAAAA.......



Daging Korban Black Pepper Penganggur Terhormat


Rupanya senang jer buatnya.. Bahan pun tak banyak pakai. Just daging, bawang merah, bawang putih, lada hitam. Yang lain tu, penambah je..  Masak ni  takde salah or betul pun, takde undang2  bak kate Chef Adu Master Chef tu.


Lagi satu bagi aku masak ni one of the best therapy. Bagi aku la.. Aku bukan suka shopping macam orang lain. And....lagi satu,nak masak kena ikut mood. Kalau mood baik, jadi baik la masakannya.. Kalau mood tak baik, haram jadah orang rumah ni nak sentoh. Sebab tu bila mood aku tak baik, aku tak masak. Hehe. Jadi bakal suami aku nanti, beware! Nak i masak, jangan buat i bad mood! #random advice . Hikhik~

Ok la tu je.. nak lunch free, mai la rumah. ;)





Saturday, November 17, 2012

Cuti cuti penganggur terhormat

Salam

Sejak  dah grad September lepas, pejam celik pejam celik hampir 2 bulan dah aku bergelar penganggur terhormat. Yeahh bangga sangat. (tangan bahu mata atas). Ok taknak citer benda sedih sedangkan ada benda yang lagi happy perlu dikenangkan..

Lama dah tak rasa happy macam ni. Thanx my beloved cousin, Piqa for visiting me at kampung, listen to my 'cerita dongeng', be my pillow talk partner, window shopping together-gether! Wooooo enjoy sesangat! Let pictures tell the stories.


Pantai Teluk Ketapang ni sudah meragut banyak nyawa. Tapi kami mencari nahas di situ dengan membawa budak 6tahun mandi sekali. Hehe. Tipu je, ni sebenarnya area yang kena tambak, so die jadi macam muara hati gitu. Jangan risau, tak dalam pun, paras lutut je. Ramai orang mandi petang2.





Ni kali kedua aku pergi masjid kristal. Last pergi lepas SPM dulu. It's normal, yang jauh kita nak pergi sangat, yang dekat tak teringin pulak nak pergi. Ala, dah masjid  ni pun dibina untuk pelancong luar kan, nak tarik pelancong asing., bukan untuk rakyatnya. Sebab tu aku tak pergi. Ok, boleh terima? ;)







Ni pula Muzium Losong. Sebelah je dengan Taman Tamadun Islam tu. Muzium terbesar di Asia Tenggara. Betul ke tak tu, check sendiri. Last aku datang muzium ni masa sekolah rendah. Sebab dulu aku tinggal dekat dengan Losong. Jadi ni kawasan mainan aku la masa kecik2. Kawasan aku okay, jangan main2~ (bajet kak yong)





Penat2 window shopping kat Pasar Payang and Mydin Mall, pekena ICT kat Pantai Teluk Ketapang.  Awat? Ingat Shah Alam je ke ada ICT, Ganu Kiter pun ade tau. Tapi ICT ni boleh makan. Lagi sodapp.. Pikir la sendiri ICT ape ye...dah besar kan semua. Lepas makan window shopping lagi, shopping pasar bundle kat Pantai yang sama. Putih mata jela, duit dah banyak terbang... Lagipun, pengganggur terhormat kan.. Ni je la mampu buat.. 





Puas cuci mata sampai putih, ke tepi laut pule tengok keaguangan dan kekuasaan Allah swt. Tenang sangat dapat tengok pantai.. Subhanallah... (patutnya dari awal 1Oktober hari tu lagi aku datang ke sini kan.) Tenang sangatttt Ya Allah.. 

Tanx Piqa, sudi datang jaoh2 dari Sintok jenguk sepupu mu ini selama 4 hari.. Next time datang buat trip ke pulau pulak deh. Family trip lagiiii best!! Insyaallah next time jalan2 as a career person pulak, no more anggur anggur masam ni. So tak yah window2 dah, door teros!.

Ok, tu je nak cite.. tak suka boleh jalan! Peace yawww!












Monday, August 27, 2012

Antara Raya, Viva dan Percutian

Salam

Untuk pengetahuan semua, esok adalah final presentation untuk Final Year Project (ataupun Uni lain panggil thesis) untuk semua pelajar tahun akhir Civil Engineering. Kami gelarkannya sebagai VIVA. Pronunciation nye bukan macam kereta Viva tu tau. Tapi 'Vaiva'. Hehe.

Sekarang ni masih dalam mood raya, so mood nak present esok masih diawan awangan. So cam mane tu?? Tambah pulak girlfriends tercinta ajak bercuti satu malam di Tanah Tinggi Cameron lepas VIVA esok. AUUUWWW!! SYOKNYA! SYOKNYA!MAT COOL!! Terus lupakan debaran presentation sebaliknya fikir nak pakai baju ape ye nak pergi esok. Nak beli ape ye kat sane. HEHE takde la tipu jer.. Farhana Roslee seorang yang struggle kot. Ala takpe la kan. Sebab dua minggu je lagi kami nak bersama pun...

OMAIGOD 2 MINGGU JER LAGI?? :'(

Terus rasa sugul, hiba, pilu.. Sayuu hati ini makin sayuu~ (mood lagu raya sitinurhaliza). So untuk masa selama 2minggu ni biarla kami gunakan sebaik baiknya bersama kawan2 tersayang.. Lepas ni xde dah nak bergomol gomolan dengan rumet, housemate.. Huhu.. :( 

"Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan jua"

Walaubagaimanapun, hidup mesti diteruskan!!yeahh!yeahhh!yeaahh! Doakan presentation aku ye esok wahai reader2 yang setia..Semoga aku lulus dengan result yang diidamkan. Aminn..


Selemat Hari Raya Maaf Zahir Batin semua..


Keluarga sebelah Johor (sebelah abah)




Nota kaki : Kekuatan manusia itu pada hatinya, hati manusia itu milik Tuhannya. Ada Tuhan dihatinya, maka ada lah kekuatannya.

Tuesday, August 14, 2012

Kad Raya Dariku..

Salam,

Ni kad raya buat sendiri tau.. Khas buat semua yang mengenali diri ini, terutama kawan2 UTP, kawan2 SBPIBR, kawan2 SKPR, keluarga belah Terengganu, Keluarga belah Johor dan ofkos kamu yang sedang membaca..







Monday, August 13, 2012

Prestasi Ramadhan

Salam,

Hari ni dah 25 Ramadhan??? Cepatnyerrrr. Dah nak abis dah Ramadhan 1433.. (mode: sayu). Masihkah ada Ramadhan untuk ku lagi? 

Muhasabah balik, aku rasa Ramadhan aku kali ni graf dia macam ni.

Kadar iman inversely proportional to hari dalam Ramadhan

Omaigod.. Farhana,wut happeng to you? Mak tau kompem mak sedih ni.. Ok,mungkinla salah Final Year Project and beberapa lagi hal2 dunia yang tidak pernah ada penghujungnya (selagi nyawa dikandung badan), tapi actually punca terbesarnya diri sendiri. Diri sendiri yang tidak cuba untuk bermujahadah. ceh mane aku dapat perkataan ni. Sigh.

The graph above shows (opss sorry2, ingatkan report FYP tadi, ate dah banyak sangat graf dalam report fyp aku). Ok, kalau tengok graf atas tu, awal2 je semangat pergi Terawih masjid, lately banyak terawih kat bilik and ada yang paling teghok skip terus terawih. Teruk kan? Dah la terawih sekali je setahun. 

Pastu kalau awal2 dulu cuba untuk habiskan tadarus al quran kalau boleh satu juzuk sehari. Lately, tak tau la kenapa susah sangat nak konsisten, paling teghok 2 muka je sehari. Hmm..nnd lagi satu, kalau dulu pukul 5pagi otomatik bangun untuk sahur dengan bunyi alarm hanya sekali je Lately, sampai berkali2 alarm bunyi, campur lagi dengan 20,30 miskol, tak bangun2 jugak. YA ALLAH, TEGHOK NYA AKU! teghok.teghok,teghok..

Oh Allah, help me to improve my iman. Ok ada baki 5 hari lagi ni, sempat lagi kan kalau aku nak change graf tu jadi macam ni?


Itu bukan sebab parkinson ok,tapi menunjukkan iman goyah


 Harap2 boleh la kan. Hmm.. Actually awal2 tadi aku nak buat post pasal hari raya, tapi tak jadi bila mikiorkan performance Ramadhan aku teruk kali ni. Ok sama2 kita renung balik amalan kita sepanjang Ramadhan ini, hidup ni tak lama, ntah ada lagi ke tak Ramadhan tahun depan untuk kita. Selamat Menghabiskan Baki Baki Ramadhan yang tinggal. 


"Permulaan (awal) Ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya (penghujungnya) pembebasan dari api neraka."


Renung2kan dan selamat beramal~ peace. :) 


Saturday, August 11, 2012

Kehilangan terbesarku.

Salam,

Di tengah kesibukan menyiapkan report FYP, aku tetap ingin menulis di sini. Sebab aku tau, report aku tak kan siap selagi belum tiba due date. Biasa la, student universiti. Bagi awal2 pun, bukan nak buat kan, esok nak hantar malam ni kompem siap nya. So aku bermain main la dulu di sini.

Hari ni genap seminggu pemergian atuk aku yang ku panggil tok ki pergi menemui Rabbul Izzati. Masih terbayang-bayang lagi wajah tok ki menyuruhku urut tangannya, picit belakangnya. Hmm..masih terasa lagi kekasaran tapak tangannya tatkala aku bersalam dengannya, kelicinan dahinya tatkala aku menciumnya. :(

Aku tidak pernah merasa kehilangan orang yang sangat rapat denganku. Ini adalah kali pertama dalam hidupku. Ya memang, atuk dan nenek sebelah abah dah meninggal. Tapi diorang meninggal masa aku masih kecik, dan aku sangat jarang berjumpa mereka disebabkan jarak Terengganu-Johor yang jauh. 

Berbanding dengan tok ki, aku lebih rapat dengannya. Sebab, masa kecik aku dibesarkan oleh tok dan tok ki aku. Semasa mak dan abah pergi kerja, tok dan tok ki lah menjaga kami. Kalau kami balik lewat dari sekolah, tok ki la akan pergi cari kami di sekolah. Betapa risaunya dia kalau aku balik lambat, rupanya di sekolah sedang bermain tiang. Kalau hujan, tok ki la datang menjemput aku dari sekolah dengan berjalan kaki sambil memegang sekaki payung berwarna hitam. Aku tak boleh lupa itu. Tak kan boleh lupa. Tak kan.. :'(

Teringat masa dulu2, tok ki pernah menghantar aku untuk menghadiri reunion bersama kawan sekolah rendahku dengan menaiki motosikalnya. Masa tu, aku menolak untuk dia memboncengku, sebab aku malu naik motosikal lamanya, motosikal lampu bulat, takut ditertawakan oleh orang kampung yang melihatnya. Biasalah budak2 kan. Hidup nak bergaya je. Tapi itulah yang tinggal kenangan sampai sekarang, motosikal tua tu dah dijual, Tuannya pun dah diambik oleh Pemilik kekalnya. 

Tok ki la yang selalu membuatkan kami layang2 waktu dulu kalau ada musim layang2 di kampung. Walaupun hanya memakai surat khabar lama, kami tetap eksaited. Kalau tak, kami tak tahu macam mana nak buat layang2 sendiri. Sekarang ni, kalau nak, tunjuk je,mak bayar. It's not the same. Not at all. :(

Banyak kenangan dengan tok ki yang kalau diceritakan boleh menangis air mata berdarah depan laptop ni. Aku redha dia pergi sekarang. Tambah2 di bulan Ramadhan penuh barakah ini. Biarlah dia pergi, sebab dah lama dia menderita dengan sakitnya. Semoga kesakitan yang dialaminya selama ini adalah sebagai kafarah dosa2nya. Semoga terhapus segala dosa2nya selama dia sakit tu.

Tok ki selalu pesan, jangan sesekali tinggal solat. Nak keluar rumah tutup aurat. Belajar betul2 sampai berjaya. Sayangnya, aku tidak sempat menunjukkan segulung ijazah pada tok ki. 

Tok ki, rindukan tok ki SANGAT5! Ya Allah tempatkanlah tok ki ku dikalangan orang beriman, Permudahkanlah urusannya di sana. Masukkanlah dia ke dalam syurga bersam orang2 yang beriman.al- fatihah..

Dalam kenangan..with tok, adik dan tok ki.

Arwah pergi meninggalkan kami buat selama lamanya pada 15 Ramadhan 1433 bersamaan 4 Ogos 2012 jam 740 petang waktu berbuka..



"Yang pasti adalah tidur dan mati merupakan duahal dari jenis yang sama. Hanya saja kematian adalah putusnya hubungan secara sempurna, sedang tidur adalah putusnya hubungan tidak sempurna dilihat dari beberapa segi." surat Al-Zumar(39): 42 

Ok, masa untuk mati sementara. (Tidur) Maafkan segala dosa2ku. Wassalam.





Friday, August 10, 2012

Malam yang Indah

Salam,

Malam ni adalah malam terindah aku habiskan bersama-sama girlfriends ku yang manis-manis belaka.. Tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata rasa bahagia itu.. Memandangkan tinggal beberapa hari saja lagi aku berada di universiti ini, i will enjoy to the maximum level every single things i do with my beloved friends.

Blog akan diupdate kemudian. Cuma nak bagi tahu lagi sekali, aku rasa sangat bahagia malam ini. Thanks besties for tonite! Heart you because of Allah..

Terawih pukul 1pagi bersama civilian gegurl~





Thanks Afaf for the pix!  Mareney takde dalam gambar sebab hanya dia yang sudi pegang kamera.  Hehe. Ok,setakat ini dulu buat masa ni, masa untuk tidur. Selamat Malam Cinta. hewhew~




Thursday, August 9, 2012

Sahur terakhir

Salam,

Jarang aku turn on laptop pagi2 buta camni, bagaikan ada aura atau semagat baru hari ni. Hihi. Keinginan untuk menulis sudah kembali barangkali. Sebenarnya aku takut terlajak kalau aku tidur, pukul 830 jap gi ada temujanji dengan groupmate EMS. Kalau terlajak,malu la kan. Diorang semua lelaki. Hihi.

Takut pulak aku baca tajuk post aku kali ni, haha. Cakap pasal sahur, aku ni bukan jenis berkira sangat nak sahur dengan apa. So, pagi tadi aku decide nak makan je apa yang ada atas meja. Ada semut makan je la semut. Nasib baik xde. Hehe. 

Lepas panaskan air, aku pun gabung la 2 benda yang aku nampak ada atas mejaku iaitu Nesvita Oat dengan Nestum Perisa Apple and Cranberry tu. Jadila macam ni.. Rasepi suka hati mak bapak aku kan..

Gabungan yang tidak tepat!
Makan 2,3 suap, terus hilang selera aku! Cis! Rasa macam makanan bayi. Yeckkks yeckkks yeckkks!! Pui pui puiii!. Terus tolak jauh2. Actually,aku tak beli pun nestum perisa buah tu, tu aku dapat masa TEC hari tu, booth Nestle yang bagi. Patutla dia kasi, tak sedap rupanya. 

Last..last ini jugak yang jadi pengganti sahur aku..

Yusuff Taiyobbb~ (rendah kan nada)

Nasib baik ade Yusuf Taiyob~~ (sebut dengan nada yang betul). Bersahurla aku dengan setangkai kurma Yusuf Taiyob~~ Hehe. Tiba2 teringat sahur suatu ketika dahulu bersama mereka dua tahun yang lepas.

Sahur tahun 2010 kot kat cafe v2.

Ni mungkin sahur terakhir aku sebagai pelajar UTP. Next year insyaallah kalau panjang umur and ada rezki, sahur as a career woman pulak.. tiba2 rasa sebak pulak bila fikir x sampai sebulan lagi aku di UTP ni. Sobs.. Gonna miss all the memories we had spent together for all this while. :(

Testing..Testing..

Salam

Ni cubaan mengupdate kali ke sepuloh. Banyak sangat halangan dan rintangan nak publish post. Ini hanya testing semata mata. Kalau jadi nanti esok aku update lagi. Ok,publish! hehehe..

Selingan:


Maka bertambahlah lemak dan kalori aku malam ni

Peneman aku buat dissertation report malam ni bersama secawan old town white coffee hadiah dari Nestle masa TEC hari tu. hehe.sume free..

Thanks Ms Q for the superb chocolate!(mengharapkan kad raya, tapi yang dapat coklat raya, ok la tu daripada takde kan!) ^_^. Tua2 baru dapat coklat..

Ok,PUBLISH!


Tuesday, May 29, 2012

Final Semester

Salam,

Cukup lama tak update blog. Dari start exam hari tu sampai la dah dapat result sekarang. Baru jenguk balik blog ni. Cakap pasal result ni, Alhamdulillah, doaku, doa2 ibu dan abahku serta doa2 sahabatku dimakbulkan Allah. Thank You Allah. Walaupun tidaklah segempak mana, tapi sudah cukup bagi ku sebab mampu buatkan ibuku tersenyum. Tahniah buat sahabat2 seperjuangan , especially to my rumate atas result yang mumtaz. Pada yang belum dapat apa yang dia nak, jangan putus asa, Allah sedang merancangkan yang lebih baik untuk anda sebenarnya. A wise man said, ilmu bukan pada pointer.

"Sesungguhnya Allah tidak memandang pada hasil, tetapi Allah memandang pada usaha seseorang."

Habis sudah Final Year 2nd Semester, one more semester to go before graduating. YEAHH!! Sekejap je rasa 5tahun, tup tup dah nak abes dah zaman peruniversitian aku. Actually, takut nak menghadapi Final Semester ni. Tak tau lepas ni ke mana arah tujuku. Adakah masih di Perak? Atau beralih ke Johor? Atau ke Kolumpo? Atau ke UK sambung belajar?or balik kampung tunggu pinangan orang? wallahualam.. tu semua ada di tangan Allah, sebagai hambanya, aku mampu berdoa dan berusaha je mengharapkan yang terbaik daripadaNya.

Apa yang aku boleh cakap sekarang dan apa yang selalu aku cakap kat kawan2ku dan adik2ku,

TIDAK ADA APA-APA YANG MUSTAHIL KALAU DOA, PERCAYALAH KAWAN2, That's it!





oh Allah, janganlah Engkau jadikan aku seorang hambuMU yang riak atas pemberian nikmat Engkau yang sementara ini. Jadikanlah aku seorang hambaMu yang sentiasa bersyukur dan tidak pernah melupakanMu..hamdan wa syukurillah..




Monday, April 30, 2012

Final Exam Menjelang Lagi

Salam,

Aku bakal menghadapi lagi sekali final exam untuk final year ini pada 6hb-12hb Mei ini. Segala aktiviti bersosial di alam maya dan alam nyata terpaksa dikurangkan sebab target sem ni nak dapat 4 flet. Haha..  Melampau gila kan aku. Tak kisah pun 4flet ke tak, janji maintain.

Ni timetable exam aku untuk sem ini..



Doakan aku ye wahai my beloved readers. Doanya macam ni.



Ya Allah, Engkau permudahkanla urusan Nur Farhana Roslee dan sahabat2nya. Terangilah hati mereka. Permudahkanlah mereka menerima apa yang dibaca. Jauhilah mereka dari segala dosa dan perkara yang melaghokan seperti facebook dan twitter. Permudahkan mereka di hari peperiksaan. Bantulah mereka di dewan peperiksaan kelak. Berikanlah mereka petunjuk.. Kurniakanlah kepada mereka kecemerlangan dunia dan akhirat dan makbulkan lah doa2 ibubapa2 mereka..
Aminn..




Sila aminkan ye selepas baca.. :) Thanx a lot!

USAHA.DOA.TAWAKAL.insyaallah..

FIGHTING FARHANA!!Ni adalah exam kedua terakhir sebelum grad.so do the best!

Thursday, April 26, 2012

My Family My Life

Salam

Mode sekarang teramat rinduuuukan family. Rindu pelukan mak. Rindu pelukan abah. Rindu abang. Rindu adik2.   Dah lama kami tak berkumpul satu family. Semua balik rumah tak serentak. Yela,masing2 dah duduk jauh2. Adik perempuanku di Johor, Aku di Tronoh. Abangku pula di Ipoh. Walaupun abangku di Ipoh,tapi kami jarang jumpa. Hanya sesekali sahaja dia datang melawatku di utp..

Rindu untuk berkumpul satu family. Tak sabar tunggu raya tahun ni. Hopefully aku diberi kesempatan lagi tahun ini untuk menyambut Ramadhan al Mubarak dan menyambut Aidilfitri bersama family tercinta di kampung. If you read this, i want u to know that i really2 love u all. miss u all lillahitaala..





-Heart them, Miss them-


Teringat dulu2 selalu buat karangan bahasa arab, dan selalunya karangan aku akan berakhir macam ni. 

Uhibbu usrati.
(saya sayang keluarga saya)



“What can you do to promote world peace? Go home and love your family.” 

Wednesday, April 18, 2012

Buat Bakal Suami Yang Tidak Ku Tahu Siapa Dirimu

Salam

Selepas usai solat subuh pagi ni, mata aku terasa segar. Selalunya tidak. Mungkin dah dapat tidur yang cukup. Aku duduk di meja belajarku, lalu mataku tercapai satu buku di sudut kanan mejaku, Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul. Lantas aku terus mencapainya dan randomly bukak. Muka surat 18 yang menjadi mangsa. Satu persatu mataku meniliti baris2 ayat di muka surat 18 itu. Sungguh tersentuh...


Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya

Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga

Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua

Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..

~sajak Aminah Qutbi Buat Bakal Suami~



Sunday, April 15, 2012

Test lapan (8) jam yang mengerikan

Salam.

Pernah dengar pasal TEST 8 JAM tak?? Haaa aku la salah seorang calon yang menduduki test tersebut. Rasanya masih belum terlambat untuk aku membuat post pasal test 8 jam ku yang berlangsung semalam. Ikotkan hati nak je aku buat post ni masa tengah jawab test. Tapi apakan daya, soalan test pon tak terjawab. Mungkin suatu masa nanti anak cucu aku boleh baca pasal pengalaman ngeri ummi or tok wan die ni..hihi.

Untuk pengetahuan semua, sekali lagi kami telah menjadi tikus putih untuk TEST 8 JAM ni. Kami adalah batch yang pertama dalam Civil Engineering yang menjadi perintis menjawab test selama lapan jam ini. Bukan 4jam. Bukan 6 jam. Lapan jam okey! Rasanya pernah dibuat orang tak? Kalau pernah bagi tau aku. Aku rasa exam nak ambil IR je kot 7-8jam. Final exam pon paling lama 3jam je. Tu pon satu subjek je. Ini 8 jam, merangkumi semua subjek yang aku ambil start dari 1st year sampai la Final Year ni. 

Antara subjek2 nya adalah:
  1. Steel Design
  2. Reinforced Concrete Design
  3. Structural Analysis
  4. Geotechnical Engineering
  5. Fluid Mechanics
  6. Wastewater Engineering
  7. Water Treatment Plant Design
Masa TEST 8 JAM ni, kami dibenarkan untuk membawa buku, laptop dan makanan. Walaupun boleh bawa buku, tapi sebenarnya tak sempat pun nak selak satu2 buku tu. Buku satu2 tebal 3inci. Bukan macam buku teks zaman sekolah dulu.


Liyana sedang tekun menjawab test.


Walaupun kami dibenarkan keluar untuk ke toilet, solat dan makan, namun 8jam bagi aku sangat berguna. Aku hanya keluar untuk solat zohor dan ke toilet sebanyak 2 kali. Tu pun sebab cirit birit. Sampai cirit birit doe jawab test 8jam. Kamu pernah? Makan sorry la. Bawak bekalan makanan punya la banyak. Satu pun tak sempat usik.
Cukup pukul 5, abam2 GA nak pungut kertas, tapi kami protes suruh tambah lagi extra time 30minit. Ingatkan 8jam dah lebih dari cukup, rupanya tidak. Bagi 4hari 4malam pun belum tentu boleh siap dengan sempurna.

Detik inila aku rasa aku guna otak aku dalam jangka masa yang paling lama NONSTOP sepanjang hidup aku bergelar pelajar. Serious, mustahil untuk aku lupakan pengalaman menjawab TEST 8 JAM ni sampai bila2. Rasa nak menangis pun ada tengah jawab test. Balik je dari test, terus rasa nak peluk mak. Tapi apakan daya, mak tiada di sini.. Otak pun dah jadi weng weng weng lepas 8 jam bekerja keras. Balik je dari test tu, tanpa tukar pakaian terus aku keluar dari kampus untuk lari jauh2 dari zone UTP ni dan bermalam di rumah kawanku di Ipoh. Rasa macam mau lari jauh2 dari UTP ni. Tapi tak boleh jauh2,tak larat nak berlari.

Tengok buku si wan tu..satu kerusi untuk buku saja.

Ni antara buku2 yang dibawa semasa test. Bawak luggage beb. Bukan beg sekolah. Sampai semua orang tegur, 'nak balik kampung ke kak??'


Siap bawak anak patung in case nak nap sekejap. hehe. Xde maknenye..

Buat junior2 Civil Engineering, be prepared! Next is your turn. Bersedia la jiwa raga mental fizikal zahir dan batin untuk subjek Civil Engineering Design/Capstone ini. Dulu,masa awal2 senior2 yang takutkan kami dengan CED ni. Bagi aku, 'ala,lek2 suda..' Tapi selepas merasai sendiri pahit maung CED ini, aku tidak nafikan Capstone ini la climax bagi students Civil. Orang tua2 cakap, sebabkan CED, boleh bercerai berai rumah tangga. Hehe. Tapi tak pe, sesusah mane pun, insyaallah, ALLAH pasti akan tolong kalau kita mintak tolong dari dia. 


CED JE PON! TAK MATI NYEE..

Setakat ni je la umi/tok wan dapat share buat anak2 and cucu2 tok wan..sebelum mengundur diri, kredit to abam Fazren atas gambar2 and  blog imba UTP atas post mengenai TEST 8 JAM kami. Gud luck buat sesiapa yang amik test EIS esok!

Korang please la berkenalan dengan abam fazren ni..nanti aku rasa bersalah..



Sorry Fazren.LARIII!!!!

Friday, March 23, 2012

Mak nak menantu yang tak tinggal solat

Salam

Sejak kecil lagi aku diajar oleh kedua orang tua ku untuk solat. Teringat kisah masa kecil dulu, aku solat untuk mendapatkan ganjaran dari orang tua ku. Sebagai contoh, aku tidak dibenarkan untuk ikut mak dan abah keluar jalan-jalan selagi aku tak solat. Kadang2 aku sanggup menipu dalam solat semata-mata takut ditinggalkan. Menipu dalam solat? Macam mana tu.. 

Bila mak dah tinggikan suara suruh solat sebelum keluar rumah, aku cepat2 amik wuduq, masuk bilik, kunci pintu, pakai telekung, sembahyang 'patuk ayam'. Tok aku cakap sembahyang patuk ayam ni sembahyang laju2 tanpa toma'ninah macam ayam patuk makanan tu.. Bayang. Bayang.. :)

Dah besar sikit, mak aku beli rotan. Sebab nak rotan anak2 dia yang tak solat dan malas mengaji. Sudah menjadi rutin harian kami adik beradik untuk mengaji depan abah atau tok atau mak setiap kali lepas solat magrib. Kalau tak kami dilarang sama sekali buka tv pada waktu malam.

Aku ingat lagi masa darjah 6, Ustaz Ishak suruh kami buat buku solat harian. Kalau solat tick. Kalau tinggal solat cross kan. Aku tak tau la kenapa aku terlalu jujur waktu tu, so aku buat la apa yang ustaz tu suruh, sebab Ustaz Ishak takutkan kami, kalau menipu perut akan kembung. 

So disebabkan itu aku makin rajin solat tanpa disuruh oleh mak,abah, tok dan tokki. Tapi kalau tinggal, aku cross kan je. Takut perut kembung betul. Setiap hari khamis buku solat harian kami akan dihantar kepada Ustaz untuk disemak. Kemudian kami akan dipanggil ke depan kalau ada tanda cross kat dalam buku tu. Ustaz Ishak akan merotan tapak kaki kami mengikut bilangan cross untuk seminggu. Sejak dari itu, aku semakin rajin untuk solat, sebab takut kena rotan tapak kaki. Sakit woo. Banyak kali la jugak kena.

Tapi kenapa di kaki?why? why? Rotan la kat bontot ke. Banyak sikit isinya. Ustaz Ishak cakap, sebab kaki ni malas nak pergi ambik wuduq untuk solat. Ouw macam tu.. kay ustaz,rotan la banyak2.

See? Masa aku kecik2 dulu, aku solat, mengaji semata-mata untuk nak dapat ganjaran manusia. Sebab takut kena tinggal. Sebab takut kena rotan. Sebab takut tak boleh tengok tv. As I grew up, aku sendiri belajar untuk solat sebab Allah. Sebab takutkan azab dari Allah. Sebab nak ganjaran dari Allah. That's why,  walau di mana aku dicampakkan,jauh dari orang tua ku,tok dan tokki ku, aku cuba untuk tidak meninggalkan solat dengan sengaja.

Bila dah besar, aku hanya berkongsi perasaan aku dengan ibuku, sebab ibuku adalah orang yang paling aku percaya. Kalau aku cakap pada mak aku nak kawin,(ni main2 je). Soalan pertama mak akan tanya, solat dia macam mana? Bukan dia nak tanya anak siapa ke, belajar kat mana, kaya ke x,hensem ke x? Bukan semua tu. Sebab mak cakap, kalau solat cukup, insyaallah yang lain tu pun akan cukup untuk membimbing dan menyara aku dan anak2 nanti.

Ibarat kata rummate aku, tak mintak yang grad dari Al-Azhar, cukuplah dapat yang tak tinggal solat and tahu hukum Allah. :) 



“Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan-Ku. Oleh itu, sembahlah Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha, ayat 14)